14/01/2022
🔊 PENGAMBILAN APRIL 2022 KINI DIBUKA
ANDA ingin menyambung pengajian SARJANA semasa bekerja?
Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam) mungkin pilihan yang tepat.
5 sebab penting MENGAPA program ini sesuai untuk anda:
1. Masa yang pendek
Tempoh minimum pengajian cuma 3 semester (atau 18 bulan)
2. EMPAT kursus Bersepadu
TIGA kursus wajib dan SATU pengkhususan. Anda boleh pilih mana-mana satu pengkhususan berikut:
• Pembangunan berteraskan Islam
• Pengurusan Pembangunan Aset Islam
• Pengurusan Institusi Pembangunan Islam
• Ekonomi Politik Islam
3. Bimbingan penyeliaan disertasi
Hasilkan kajian disertasi anda dengan bimbingan dan komitmen penuh pensyarah berpengalaman dari ISDEV dan pusat pengajian lain di USM
4. Kuliah pada hari Sabtu
Semua kuliah diadakan pada hari Sabtu. Ini memberi ruang untuk anda kekal bekerja sambil menyambung pengajian
5. Penyampaian kuliah secara online
Penyampaian kuliah pasca pandemik COVID-19 masih berorientasi online (dalam talian sepenuhnya) sehingga kebenaran kelak daripada pihak universiti. Ini memudahkan anda untuk ikuti kuliah walau dimana sahaja anda berada.
ANDA Berminat?
Mohonlah sekarang untuk kemasukan APRIL 2022 di
http://onlineips.usm.my/admission/
Ketahui maklumat lanjut program pengajian di https://isdev.usm.my/academic/courses-offered.html
Mahu bertanya lebih lanjut? Hubungi:
Dr. Azrin Ibrahim
[email protected]
+604-653 2642