Alumni Development Centre - ADC Universiti Sains Malaysia

Call Directions Website Contact the university

Alumni Development Centre - ADC Universiti Sains Malaysia USM Alumni Official Page

28/06/2026

KENYATAAN MEDIA
NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PENARAFAN UNIVERSITI: RUANG UNTUK MEMAHAMI, MENILAI DAN MEMPERBAIKI BERSAMA

Pulau Pinang, 28 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut baik perbahasan awam berhubung pendidikan tinggi, kecemerlangan universiti dan sistem penarafan antarabangsa. Dalam masyarakat berilmu, pandangan kritikal wajar diraikan kerana ia membantu institusi pendidikan tinggi terus menilai diri, memperkukuh akauntabiliti dan meningkatkan sumbangan kepada negara.

Namun, perbahasan yang sihat perlu dipandu oleh fakta, kefahaman metodologi dan konteks yang tepat. Ini penting agar masyarakat, khususnya ibu bapa, pelajar, industri dan rakan strategik universiti, dapat memahami sesuatu pencapaian secara adil, matang dan tidak terpisah daripada tujuan sebenar penilaian tersebut.

THE Sustainability Impact Ratings 2026 bukanlah penarafan umum yang mengukur semua dimensi kecemerlangan universiti secara menyeluruh. Ia merupakan penilaian khusus terhadap sumbangan universiti kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Sustainable Development Goals (SDGs), merangkumi aspek penyelidikan, pendidikan, tadbir urus, operasi institusi, jaringan kerjasama dan impak kepada masyarakat.

Atas sebab itu, keputusan THE Sustainability Impact Ratings tidak wajar dibandingkan secara langsung dengan sistem penarafan lain seperti THE World University Rankings atau QS World University Rankings. Setiap sistem penarafan mempunyai objektif, indikator, pemberat dan metodologi yang berbeza. Sesuatu kedudukan perlu dibaca berdasarkan perkara yang diukur, bukan sekadar angka atau tajuk utama.

Dalam konteks ini, pencapaian USM dalam kelompok lima universiti terbaik dunia bagi THE Sustainability Impact Ratings 2026, serta kedudukan teratas dalam SDG 17: Partnerships for the Goals, harus difahami sebagai pengiktirafan terhadap inisiatif berimpak tinggi yang telah dilaksanakan bersama pelbagai rakan strategik, komuniti, industri, kerajaan dan jaringan antarabangsa.

Bagi USM, kedudukan dalam kelompok terbaik dunia bagi penilaian impak kelestarian ini bukan sekadar pencapaian penarafan, tetapi memperkukuhkan budaya institusi yang telah lama dibina di kampus melalui aspirasi “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow.” Ia bukan sekadar slogan, tetapi telah diterjemahkan secara berterusan dalam cara USM mendidik, menyelidik, mentadbir, berinovasi dan berhubung dengan masyarakat. Dalam hal ini, kelestarian bukan dilihat sebagai agenda tambahan, tetapi sebagai nilai teras yang merentas seluruh ekosistem universiti.

USM juga ingin menjelaskan bahawa penilaian ini bukan semata-mata berdasarkan pernyataan atau bahan promosi yang dikemukakan oleh universiti. Ia melibatkan kerangka penilaian yang ditetapkan oleh Times Higher Education, termasuk bukti institusi, data penyelidikan, indikator berkaitan SDG dan penilaian berdasarkan kriteria yang sama kepada semua institusi yang mengambil bahagian. Justeru, pencapaian ini perlu dinilai dalam kerangka metodologi tersebut.

Pada masa yang sama, USM tidak melihat mana-mana penarafan sebagai ukuran mutlak kecemerlangan universiti. Penarafan bukan destinasi akhir, sebaliknya merupakan satu daripada penanda aras antarabangsa yang membantu universiti mengenal pasti kekuatan, mengesan ruang penambahbaikan dan memperkukuh impak kepada masyarakat.

Apa yang lebih penting ialah bagaimana universiti terus membuktikan nilainya melalui pendidikan berkualiti, penyelidikan yang menyelesaikan masalah sebenar, inovasi yang memberi manfaat, graduan yang berdaya saing, tadbir urus yang berintegriti dan kerjasama strategik yang menyokong pembangunan negara.

Dalam era maklumat yang pantas, ketepatan konteks menjadi semakin penting. Laporan, ulasan dan perbahasan awam tentang pendidikan tinggi perlu membantu masyarakat memahami perkara yang kompleks dengan lebih jelas, bukan menimbulkan kekeliruan melalui perbandingan yang tidak setara. Institusi media, ahli akademik, pembuat dasar, industri dan masyarakat mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan wacana pendidikan tinggi kekal berasaskan fakta, bukti dan profesionalisme.

USM percaya bahawa mereka yang mengemukakan pandangan kritikal juga berkongsi hasrat yang sama, iaitu melihat universiti awam Malaysia menjadi lebih kukuh, berwibawa dan dihormati. Oleh itu, kritikan yang berasaskan ilmu tidak harus dilihat sebagai pertentangan, tetapi sebagai ruang untuk memperbaiki ekosistem pendidikan tinggi secara bersama.

Kejayaan sesebuah universiti tidak seharusnya menjadi milik institusi itu semata-mata. Ia adalah sebahagian daripada kemajuan sistem pendidikan negara. Apabila universiti Malaysia mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, pencapaian itu wajar menjadi dorongan untuk semua pihak memperkukuh lagi kualiti, integriti dan impak pendidikan tinggi negara.

Justeru, USM dengan penuh tanggungjawab berpegang kepada prinsip; pencapaian diraikan dengan rendah hati, pandangan diterima dengan terbuka dan komitmen terhadap ilmu, kepentingan masyarakat serta negara terus diperkukuh. USM mengalu-alukan wacana yang kritikal, adil dan berasaskan fakta.

Kesimpulannya, kekuatan sebenar universiti bukan hanya pada kedudukan dalam mana-mana penarafan, tetapi pada sejauh mana ilmu, penyelidikan, kepakaran dan nilai yang dibangunkan dapat memberi manfaat kepada pelajar, masyarakat, industri, negara dan dunia.

PROFESOR DATO’ SERI IR. DR. ABDUL RAHMAN MOHAMED, FASc.
Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia

28/06/2026
USM, Pulau Pinang | 25 Jun 2026 - MALAM CITRA LEGASI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-44 PERKUMPULAN MAHASISWA MAHASISWI ...
27/06/2026

USM, Pulau Pinang | 25 Jun 2026 - MALAM CITRA LEGASI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-44 PERKUMPULAN MAHASISWA MAHASISWI PAHANG DARUL MAKMUR (PERDAMA) USM

Majlis Malam Citra Legasi Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-44 Perkumpulan Mahasiswa Mahasiswi Pahang Darul Makmur (PERDAMA) Universiti Sains Malaysia (USM) anjuran bersama Pusat Pembangunan Alumni (PPA) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama Desasiswa (DUD), USM.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Nizar Bin Dato’ Sri Mohd Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya. Turut hadir ialah para mahasiswa dan mahasiswi PERDAMA yang memeriahkan sambutan ulang tahun ke-44 persatuan tersebut.

Dalam majlis berkenaan, YB Dato’ Nizar telah menyampaikan ucapan yang penuh inspirasi serta meluangkan masa beramah mesra bersama para mahasiswa dan mahasiswi. Sebagai tanda penghargaan atas kesudian beliau menghadiri majlis, pihak Pusat Pembangunan Alumni telah menyampaikan cenderahati kepada beliau.

Majlis turut diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Alumni kepada Hj Abdul Syafiq Bin Hj Ramlan dan Anugerah Tokoh Usahawan Alumni PERDAMA kepada Mohd Zul Fahmi Bin Zahari sebagai pengiktirafan atas sumbangan, pencapaian dan komitmen dalam mengharumkan nama universiti serta memberi inspirasi kepada generasi mahasiswa.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat terus memperkukuh jaringan alumni, memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga PERDAMA serta menyokong aspirasi dan visi Universiti Sains Malaysia dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, berimpak dan berbakti kepada masyarakat.



USM, Pulau Pinang | 25 Jun 2026 - MALAM CITRA LEGASI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-44 PERKUMPULAN MAHASISWA MAHASISWI ...
27/06/2026

USM, Pulau Pinang | 25 Jun 2026 - MALAM CITRA LEGASI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-44 PERKUMPULAN MAHASISWA MAHASISWI PAHANG DARUL MAKMUR (PERDAMA) USM

Majlis Malam Citra Legasi Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-44 Perkumpulan Mahasiswa Mahasiswi Pahang Darul Makmur (PERDAMA) Universiti Sains Malaysia (USM) anjuran bersama Pusat Pembangunan Alumni (PPA) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama Desasiswa (DUD), USM.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Nizar Bin Dato’ Sri Mohd Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya. Turut hadir ialah para mahasiswa dan mahasiswi PERDAMA yang memeriahkan sambutan ulang tahun ke-44 persatuan tersebut.

Dalam majlis berkenaan, YB Dato’ Nizar telah menyampaikan ucapan yang penuh inspirasi serta meluangkan masa beramah mesra bersama para mahasiswa dan mahasiswi. Sebagai tanda penghargaan atas kesudian beliau menghadiri majlis, pihak Pusat Pembangunan Alumni telah menyampaikan cenderahati kepada beliau.

Majlis turut diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Alumni kepada Hj Abdul Syafiq Bin Hj Ramlan dan Anugerah Tokoh Usahawan Alumni PERDAMA kepada Mohd Zul Fahmi Bin Zahari sebagai pengiktirafan atas sumbangan, pencapaian dan komitmen dalam mengharumkan nama universiti serta memberi inspirasi kepada generasi mahasiswa.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat terus memperkukuh jaringan alumni, memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga PERDAMA serta menyokong aspirasi dan visi Universiti Sains Malaysia dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, berimpak dan berbakti kepada masyarakat.



PHARMACY CAREER SHOWCASE 2026USM 16 Jun 2026 – Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) mengadakan program ‘Pharmacy Career ...
24/06/2026

PHARMACY CAREER SHOWCASE 2026

USM 16 Jun 2026 – Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) mengadakan program ‘Pharmacy Career Showcase 2026’ yang bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai laluan kerjaya dalam bidang farmasi serta mengukuhkan jaringan antara pelajar, alumni, dan pihak industri. Program sehari ini diadakan di Dewan Kuliah X dan Y, Universiti Sains Malaysia.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Tan Chee Pone, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (Pulau Pinang) dan telah disaksikan lebih dari 400 orang pelajar, staf dan alumni. Antara objektif program ini dijalankan adalah meningkatkan kefahaman pelajar tentang keperluan industri dan kemahiran kebolehpasaran, mengukuhkan jaringan antara pelajar, alumni dan pihak industri, meningkatkan keyakinan pelajar dalam merancang kerjaya masa depan dan menggalakkan perkongsian pengalaman daripada alumni PPSF.

Pada majlis yang sama, satu perjanjian MoU ditandatangani di antara USM bersama Novugen Pharma yang melibatkan CIk Felicia Tan dan Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi, Prof. Madya Dr. Nurzalina Abdul Karim Khan. Diharapkan dengan termaktubnya perjanjian antara kedua-dua ini akan memberi kerjasama lebih erat pada masa depan.

Antara alumni yang turut berkongsi pengalaman adalah Encik Amril Radzman Amrahi, ahli farmasi dari Hospital Kulim yang bergraduat pada tahun 2015. Pelbagai cerita dan pengalaman yang dikongsi kepada pelajar yang mengikuti program ini.

Diharapkan program ini dapat memberi input serta melahirkan pelajar Farmasi yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi cabaran kerjaya pada masa hadapan dalam pelbagai bidang.

Ditulis oleh Syahnaz Riza Sukor
Disunting oleh Ahmad Wafi Sahedan
Gambar oleh Pusat Pengajian Sains Farmasi



19/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, atas penerimaan Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang 1448H/2026M.

Ikhlas daripada:
Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
Universiti Sains Malaysia

18/06/2026

Address

Pusat Pembangunan Alumni, Bangunan D02, Universiti Sains
Penang Island
11800

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00

Telephone

+6046534790

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Development Centre - ADC Universiti Sains Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Alumni Development Centre - ADC Universiti Sains Malaysia:

Shortcuts

Share