School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia

Call Directions Website Contact the university

School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia Official page for School of Distance Education (SDE or PPPJJ - in Malay language), Universiti Sains

Untuk semua pihak berkepentingan (stakeholders) di PPPJJ-USM: pelajar dan staf, alumni pelajar & staf, bakal pelajar beserta ibu bapa, majikan dan industri, warga USM serta masyarakat umumnya.

22/10/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🎓🎉

Sekalung tahniah kepada para graduan Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) USM atas kejayaan menamatkan pengajian dengan penuh dedikasi dan kesungguhan sempena Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) Ke-64.

🌟 Langkah kecil membawa perubahan besar.
Pengorbanan hari ini menjadi kebanggaan esok.
Kejayaan yang dikecapi menjadi inspirasi buat semua.

📢 JOM SERTAI WEBINAR: SAYA PELAJAR ODL, BAGAIMANA NAK BERMULA? Anda pelajar baharu Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ)...
22/10/2026

📢 JOM SERTAI WEBINAR: SAYA PELAJAR ODL, BAGAIMANA NAK BERMULA?

Anda pelajar baharu Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) USM? Masih tertanya-tanya bagaimana hendak memulakan perjalanan pembelajaran secara Open and Distance Learning (ODL)?

Jangan risau! Jom sertai sesi webinar khas bersama pensyarah, alumni dan pelajar RPJJ yang akan berkongsi pengalaman, panduan serta tip berguna untuk membantu anda menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara jarak jauh.

📅 Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)

🕣 Masa: 8:30 malam – 9:30 malam

💻 Platform: Webex

🔗 Pautan Webinar:
https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/j.php?MTID=m26446d35cd6602227ae64f268d345310

🎯 Jangan lepaskan peluang ini! Sama ada anda baru memulakan pengajian atau sedang menyesuaikan diri dengan pembelajaran ODL, sesi ini pastinya dapat memberikan inspirasi dan panduan yang bermanfaat.

Jumpa anda di sana! 🌟

Anjuran Jawatankuasa HEBAT dan Alumni, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia.

🔬 RESEARCH EXCELLENCE & GROWTHAdvancing knowledge. Inspiring discovery. Creating meaningful impact.At SDE USM, research ...
21/10/2026

🔬 RESEARCH EXCELLENCE & GROWTH

Advancing knowledge. Inspiring discovery. Creating meaningful impact.

At SDE USM, research excellence and continuous growth are driven by collaboration, knowledge sharing and a commitment to making a difference. Through international partnerships and academic engagement, we strive to expand research opportunities, strengthen expertise and contribute to a more sustainable future.

Together, let us continue pushing boundaries, nurturing new ideas and turning knowledge into impact.

🎓 The Second Phase Intake for RPJJ USM is STILL OPEN!

Take the next step towards your academic and professional goals with SDE USM. Build your future through flexible learning that supports your journey towards lifelong success.

📝 Apply now at https://pohon.usm.my

🌏✨ UNAIR–USM INBOUND MOBILITY PROGRAMME 2026Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia tel...
21/10/2026

🌏✨ UNAIR–USM INBOUND MOBILITY PROGRAMME 2026

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia telah menerima kunjungan seramai 36 orang pelajar dari Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, Indonesia menerusi UNAIR–USM Inbound Mobility Programme 2026 yang telah berlangsung pada 11–18 Oktober 2026.

Program mobiliti yang diketuai oleh Dr. Nik Norliati Fitri Md Nor ini membawa tema:

“Bridging Minds, Advancing Research: Fostering Global Collaboration, Sustainability and Community Impact”

Sepanjang lapan hari berada di USM dan Pulau Pinang, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang merangkumi perkongsian akademik dan ilmu, pendedahan kepada penyelidikan dan kelestarian, lawatan pendidikan, libat sama komuniti, kesihatan dan kesejahteraan, penerokaan budaya serta pengalaman pembelajaran berasaskan komuniti dan persekitaran.

Program ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk memperoleh pengalaman pembelajaran antarabangsa yang lebih luas, di samping berkongsi ilmu dan pengalaman, membina jaringan baharu serta memahami pelbagai aspek berkaitan kelestarian, komuniti, budaya dan persekitaran dalam konteks Malaysia.

Pelaksanaan program ini turut menjadi platform dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Universiti Sains Malaysia dan Universitas Airlangga, khususnya dalam bidang akademik, mobiliti, penyelidikan serta libat sama komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Universitas Airlangga, semua peserta, warga PPPJJ USM serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu, pengalaman, persahabatan dan kenangan yang tercipta sepanjang program ini memberikan manfaat yang berpanjangan kepada semua peserta serta membuka ruang kepada lebih banyak kolaborasi antara USM dan UNAIR pada masa hadapan. 🇲🇾🇮🇩










REAL STORIES, REAL SUCCESS | Kisah Inspirasi Warga RPJJ USMSetiap perjalanan mempunyai cerita. Setiap impian mempunyai p...
21/10/2026

REAL STORIES, REAL SUCCESS | Kisah Inspirasi Warga RPJJ USM

Setiap perjalanan mempunyai cerita. Setiap impian mempunyai perjuangan. Di sebalik setiap kejayaan, ada keberanian untuk bermula dan kesungguhan untuk terus melangkah.

Menerusi siri REAL STORIES, REAL SUCCESS, PPPJJ USM membawakan kisah sebenar warga Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) yang membuktikan bahawa menuntut ilmu tidak mengenal usia, latar belakang mahupun cabaran kehidupan.

Kenali perjalanan Pauline Michael Dass, Pekerja Swasta, yang berkongsi pengalaman, cabaran dan inspirasi sepanjang perjalanan akademiknya bersama RPJJ USM.

Kisah ini menjadi bukti bahawa tidak pernah terlambat untuk mengejar impian. Selagi ada kemahuan, setiap langkah kecil mampu membawa kita lebih dekat kepada kejayaan.

Kerana setiap kisah itu berharga, dan setiap kejayaan mampu menjadi inspirasi kepada yang lain.

✨ REAL STORIES, REAL SUCCESS — Kisah Benar, Inspirasi Sebenar.

📚 Pengambilan Fasa 2 RPJJ USM masih dibuka!

Jadikan kisah ini inspirasi untuk memulakan perjalanan anda p**a.

🔗 Mohon sekarang di pohon.usm.my

🍄 PEMINDAHAN ILMU PENANAMAN CENDAWAN VOLVARIELLA KEPADA DELEGASI UNAIR, SURABAYAPulau Pinang | Program pemindahan ilmu p...
20/10/2026

🍄 PEMINDAHAN ILMU PENANAMAN CENDAWAN VOLVARIELLA KEPADA DELEGASI UNAIR, SURABAYA

Pulau Pinang | Program pemindahan ilmu penanaman cendawan Volvariella telah dilaksanakan bersama delegasi Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, yang diketuai oleh Dr. Jacquelina Karimon bersama ahli-ahli penyelidik.

Program ini memberi pendedahan secara praktikal kepada delegasi mengenai teknik penanaman cendawan Volvariella menggunakan tandan kosong kelapa sawit, bermula daripada penyediaan medium tanaman, penaburan benih, penuaian cendawan sehingga penyediaan produk hiliran melalui aktiviti menggoreng cendawan.

Pendekatan pembelajaran secara hands-on ini membuka ruang perkongsian kepakaran, pertukaran pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian lestari serta penerokaan potensi penghasilan produk berasaskan cendawan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen terhadap pemindahan ilmu dan pengukuhan jaringan kerjasama penyelidikan antara institusi, di samping menggalakkan inovasi dalam pemanfaatan bahan pertanian bagi menghasilkan produk bernilai tambah.

Semoga perkongsian ilmu ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara USM dan UNAIR dalam memperkasa penyelidikan, inovasi serta pembangunan pertanian lestari di peringkat serantau. 🌱

TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Ahmad Muzhaffarr Abdul Hamid, Penolong Jurutera (JA6),...
20/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Ahmad Muzhaffarr Abdul Hamid, Penolong Jurutera (JA6), atas kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Jurutera (JA6) berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.

Semoga kejayaan ini terus menyuntik semangat untuk mencapai kecemerlangan, mengekalkan profesionalisme dan memberikan sumbangan bermakna kepada PPPJJ USM.

Ikhlas daripada Dekan dan seluruh warga PPPJJ USM.

IMPIAN MENJADI GRADUAN USM? MULAKAN LANGKAH ANDA!

Berita baik buat bakal pelajar! Pengambilan Fasa 2 RPJJ USM masih dibuka.

Jangan biarkan kesibukan bekerja menghalang anda daripada mengejar cita-cita. Manfaatkan peluang pembelajaran jarak jauh yang fleksibel untuk melangkah lebih jauh dalam pendidikan dan kerjaya.

Mohon sekarang di: https://pohon.usm.my

TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Khairul Akmal Yahya, Penolong Jurutera (JA6), atas ken...
20/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Khairul Akmal Yahya, Penolong Jurutera (JA6), atas kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Jurutera (JA6) berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah maju, memperkukuh komitmen serta menyumbang kepakaran dan khidmat bakti ke arah kecemerlangan PPPJJ USM.

Ikhlas daripada Dekan dan seluruh warga PPPJJ USM.

MASIH BELUM MEMOHON RPJJ USM? INI PELUANG ANDA!

Pengambilan Fasa 2 bagi Program Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) masih dibuka!

Realisasikan impian melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah melalui kaedah pembelajaran yang fleksibel dan sesuai dengan komitmen kerjaya serta kehidupan anda.

Mohon sekarang di: https://pohon.usm.my

TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Rosli Mohd Yusoff, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operas...
20/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Rosli Mohd Yusoff, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N3), atas kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N3) berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berdedikasi dan berkualiti demi kecemerlangan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM).

Ikhlas daripada Dekan dan seluruh warga PPPJJ USM.

PENGAMBILAN FASA 2 RPJJ MASIH DIBUKA!

Ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sambil bekerja? Inilah peluang anda!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga USM melalui Program Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ).

Mohon sekarang di: https://pohon.usm.my

REAL STORIES, REAL SUCCESS | Kisah Inspirasi Warga RPJJ USMSetiap perjalanan mempunyai cerita. Setiap impian mempunyai p...
20/10/2026

REAL STORIES, REAL SUCCESS | Kisah Inspirasi Warga RPJJ USM

Setiap perjalanan mempunyai cerita. Setiap impian mempunyai perjuangan. Di sebalik setiap kejayaan, ada keberanian untuk bermula dan kesungguhan untuk terus melangkah.

Menerusi siri REAL STORIES, REAL SUCCESS, PPPJJ USM membawakan kisah sebenar warga Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) yang membuktikan bahawa menuntut ilmu tidak mengenal usia, latar belakang mahupun cabaran kehidupan.

Kenali perjalanan Ain Nur Afnie Abdullah, Penjawat Awam, yang berkongsi pengalaman, cabaran dan inspirasi sepanjang perjalanan akademiknya bersama RPJJ USM.

Kisah ini menjadi bukti bahawa tidak pernah terlambat untuk mengejar impian. Selagi ada kemahuan, setiap langkah kecil mampu membawa kita lebih dekat kepada kejayaan.

Kerana setiap kisah itu berharga, dan setiap kejayaan mampu menjadi inspirasi kepada yang lain.

✨ REAL STORIES, REAL SUCCESS — Kisah Benar, Inspirasi Sebenar.

📚 Pengambilan Fasa 2 RPJJ USM masih dibuka!

Jadikan kisah ini inspirasi untuk memulakan perjalanan anda p**a.

🔗 Mohon sekarang di pohon.usm.my

Address

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains
Penang
11800USM

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:00
Tuesday 08:10 - 17:00
Wednesday 08:10 - 17:00
Thursday 08:10 - 17:00
Friday 08:10 - 17:00

Telephone

+6046536197

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia:

Shortcuts

Share