26/04/2026
MY MONEY & ME WORKSHOP 2026 –BIJAK URUS WANG KE ARAH MASA DEPAN TERJAMIN 💰📊
USM Pulau Pinang, 25 April 2026 – Pusat Pengajian Pengurusan (SOM), Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menganjurkan program literasi kewangan dengan kerjasama Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) di Dewan Kuliah SK2, USM. 🎓🤝
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan dalam kalangan pelajar dan masyarakat sebelum terlambat. ⏳💡
Lebih 350 peserta hadir termasuk 240 pelajar USM, 50 dari UUM, dan 60 orang awam. Sambutan program yang luar biasa ini membuktikan kejayaan program yang penuh bermanfaat. 👏✨
Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Mohd Radzuwan Bin Mohamed, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dari MFPC, Profesor Madya Dr Siti Rohaida Mohamed Zainal, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pusat Pengajian Pengurusan (USM), Encik Charles Tan Swee Choon, Pengerusi MFPC Cawangan Pulau Pinang, dan YB Dato’ Seri Ong Poh Eng, Pengerusi, Penang Liaison Committee, Malaysia Crime Prevention Foundation,. 🎉
Program ini juga turut disokong oleh pelbagai agensi termasuk Financial Education Network, Kementerian Pendidikan Tinggi, Bank Negara Malaysia dan lain-lain. Sejajar dengan itu, program ini turut melibatkan kerjasama erat daripada rakan strategik iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), Suruhanjaya Sekuriti, Malaysian Takaful Association, Persatuan Insurance Hayat Malaysia, Bix Malaysia, PERKESO dan Asia’s Global Investment House. Antara topik yang dibincangkan termasuk pengurusan kewangan, cukai, pelaburan, pencegahan penipuan, dan kepentingan takaful. 📚💼
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Profesor Madya Dr. Haslindar Ibrahim selaku penyelaras program serta 40 pelajar jawatankuasa Kelab AKPK Grow yang telah menunjukkan komitmen luar biasa. 🙌🎓
Program ini juga diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan kuiz interaktif yang memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung. ❓🎯
Inisiatif ini membuktikan komitmen USM dalam memperkasa belia dengan ilmu kewangan demi masa depan yang lebih terjamin. đź’Şđź’¸