Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia

Call Directions Website Contact the university

Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia (PTPM) - Centre for Instructional Technology & Multimedia (CITM)

The Centre for Instructional Technology and Multimedia (CITM) has four main functions namely :

● To promote the use of instructional technology in teaching and learning in the University and country.

● To provide the theoretical and practical experience for students at both undergraduate and graduate level on the research, design, development and use of educational media.
● To provide the community with the expertise in the design and development of communications and multimedia programs.

● To provide services to the university in terms of advising and giving appropriate information on the design & development of audio-visual and multimedia system and providing the technical specifications for the procurement of these equipment.

LAPORAN PROGRAM MOBILITI AKADEMIK KE UNIVERSITAS MATARAM, INDONESIATarikh: 10–14 Ogos 2026Tempat: Universitas Mataram (U...
28/09/2026

LAPORAN PROGRAM MOBILITI AKADEMIK KE UNIVERSITAS MATARAM, INDONESIA
Tarikh: 10–14 Ogos 2026
Tempat: Universitas Mataram (UNRAM), Lombok, Indonesia
Program: Inbound Mobility Program UM & USM
Program mobiliti akademik ke Universitas Mataram (UNRAM), Indonesia telah berlangsung pada 10 hingga 14 Ogos 2026. Program ini melibatkan peserta dari Malaysia bersama warga akademik dan pelajar Universitas Mataram. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dalam aspek akademik, penyelidikan, teknologi, inovasi serta pertukaran budaya melalui pelbagai aktiviti berbentuk bengkel, perbincangan penyelidikan dan lawatan komuniti. Berdasarkan tentatif program, peserta bertolak dari Malaysia pada 10 Ogos 2026 sebelum memulakan aktiviti rasmi di UNRAM pada hari berikutnya.
Aktiviti Peserta
Pada 11 Ogos 2026, program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan majlis pembukaan, termasuk nyanyian lagu kebangsaan Indonesia dan Malaysia, ucapan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan serta wakil daripada UM dan USM. Peserta seterusnya mengikuti beberapa bengkel akademik yang merangkumi Intelligence System Laboratory dan Immersive Virtual Lab Tour (IVLT), pembangunan offline IoT chatbot untuk pemantauan persekitaran, Agent-Based Modelling, serta Renewable Energy. Sesi soal jawab dan aktiviti ice breaking turut diadakan bagi menggalakkan interaksi antara peserta dan tenaga pengajar.


Sesi perkongsian akademik dan teknologi bersama tenaga pengajar Universitas Mataram.
Pada 12 Ogos 2026, peserta berpeluang meneroka persekitaran kampus UNRAM melalui aktiviti “Sightseeing in UNRAM by Bike: Re-flow”. Aktiviti diteruskan dengan sesi perbincangan penyelidikan, diikuti pembentangan hasil perbincangan pada sebelah petang. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta daripada latar belakang yang berbeza untuk bertukar pandangan, membincangkan idea penyelidikan serta membina potensi jaringan kerjasama akademik. Program akademik diakhiri dengan majlis penutup yang merangkumi perkongsian pengalaman daripada wakil peserta, penyampaian sijil dan cenderamata, tayangan video rangkuman program serta persembahan daripada wakil pelajar.


Pada 13 Ogos 2026, program memberi penekanan kepada pendedahan budaya dan komuniti di Lombok. Peserta mengunjungi Sukarara Village sebelum meneruskan lawatan ke Sade/Ende Village. Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk melihat dengan lebih dekat kehidupan masyarakat tempatan serta keunikan budaya Lombok. Selepas itu, peserta mengunjungi Tanjung Aan dan Merese Hill untuk aktiviti lawatan serta menikmati landskap semula jadi Lombok sebelum kembali ke Mataram.


Pendedahan budaya dan pengalaman mobiliti antarabangsa melalui lawatan komuniti dan lokasi menarik di Lombok.
Pada 14 Ogos 2026, peserta bersarapan di hotel sebelum bertolak ke lapangan terbang bagi perjalanan pulang, sekali gus menandakan tamatnya program mobiliti selama lima hari tersebut.
Impak Program
Antara aspek menarik dalam program ini ialah gabungan antara aktiviti akademik, penyelidikan, teknologi, budaya dan rekreasi. Peserta bukan sahaja didedahkan kepada bidang seperti sistem pintar, immersive virtual laboratory, Internet of Things, pemodelan berasaskan agen dan tenaga boleh diperbaharui, malah diberi ruang untuk membincangkan dan membentangkan idea penyelidikan bersama peserta lain. Pendekatan ini menjadikan program mobiliti lebih interaktif dan tidak terhad kepada lawatan kampus semata-mata.
Aktiviti berbasikal di sekitar UNRAM, persembahan pelajar, pertukaran cenderamata serta lawatan ke perkampungan tradisional turut membantu mewujudkan hubungan yang lebih dekat antara peserta dari Malaysia dan Indonesia. Lawatan ke Sukarara dan Sade/Ende khususnya memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah melalui pendedahan kepada budaya dan kehidupan masyarakat Lombok. Sementara itu, kunjungan ke Tanjung Aan dan Merese Hill memberikan pengalaman sosial dan budaya yang melengkapkan komponen akademik program.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Program Mobiliti Akademik ke Universitas Mataram telah menyediakan pengalaman pembelajaran antarabangsa yang seimbang antara akademik, penyelidikan, teknologi dan pertukaran budaya. Program ini bukan sahaja dapat memperluaskan pengetahuan dan perspektif peserta, malah membuka ruang kepada pembentukan jaringan serta potensi kerjasama akademik dan penyelidikan pada masa hadapan. Pengalaman sepanjang program juga membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan interaksi antara budaya dalam kalangan peserta.

LAWATAN AKADEMIK, PEMETERAIAN MoU DAN BENGKEL AI DI UNIVERSITAS NEGERI MEDANMedan, Indonesia, 2–6 September 2026 – Satu ...
28/09/2026

LAWATAN AKADEMIK, PEMETERAIAN MoU DAN BENGKEL AI DI UNIVERSITAS NEGERI MEDAN
Medan, Indonesia, 2–6 September 2026 – Satu lawatan akademik ke Universitas Negeri Medan (UNIMED), Indonesia telah berjaya dilaksanakan bagi memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan UNIMED.
Sepanjang lawatan tersebut, beberapa aktiviti utama telah dilaksanakan termasuk sesi perbincangan bersama kepimpinan tertinggi UNIMED, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), serta pelaksanaan bengkel berkaitan Artificial Intelligence (AI).
Pemeteraian MoU ini menjadi platform penting dalam memperluas kerjasama strategik antara kedua-dua universiti, khususnya dalam permohonan geran penyelidikan antarabangsa, pelaksanaan lawatan akademik antara UNIMED dan USM, program mobiliti inbound dan outbound, serta pelbagai aktiviti akademik dan pembangunan pelajar.
Kerjasama ini juga membuka peluang kepada kedua-dua institusi untuk merancang lebih banyak program bersama dalam bidang penyelidikan, inovasi, pendidikan dan pembangunan teknologi pada masa hadapan.
Keseluruhan program yang berlangsung dari 2 hingga 6 September 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan dan sokongan kepimpinan tertinggi UNIMED, sekali gus mengukuhkan hubungan strategik antara USM dan UNIMED di peringkat antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nurullizam Binti Jamiat atas pencapaian menerima Geran Libatsama Universiti-Komuniti Tahun ...
20/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nurullizam Binti Jamiat atas pencapaian menerima Geran Libatsama Universiti-Komuniti Tahun 2026! 🌟
Melalui projek bertajuk "Empowering Silver Digital Citizens through the LEGACY Initiative", inisiatif ini bakal membuka ruang pembelajaran digital yang inklusif buat komuniti warga emas kita.
Kami di PTPM tumpang bangga dengan kejayaan ini dan mendoakan agar pelaksanaan projek ini dipermudahkan serta mencapai objektifnya. Syabas Dr.! 👏
Ikhlas daripada Pengarah & Seluruh Warga PTPM.

Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town 2026Warisan bukan sekadar tinggalan sejarah, tetapi khazanah yan...
07/07/2026

Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town 2026

Warisan bukan sekadar tinggalan sejarah, tetapi khazanah yang mencerminkan identiti, budaya dan perpaduan masyarakat yang perlu dipelihara bersama.

Semoga sambutan ini terus menyemarakkan rasa cinta terhadap warisan yang telah mengangkat George Town sebagai kebanggaan Pulau Pinang dan Malaysia di persada dunia.

Warisan Dipelihara, Identiti Terpelihara.

The TIME is NOW! USM@KL 2026 OPEN DAY !✔️ Meet programme experts✔️ Get a personalised consultation✔️ Application FEE WAI...
26/06/2026

The TIME is NOW! USM@KL 2026 OPEN DAY !

✔️ Meet programme experts
✔️ Get a personalised consultation
✔️ Application FEE WAIVER
✔️ ON-THE-SPOT offer letter for eligible applicants
✔️ Tuition fee DISCOUNTS for alumni, senior & more !

Available programmes : Foundation • Bachelor • Master • PhD

📅 Dates:
3 July (Fri) | 8.30am - 5.00pm
4 July (Saturday) | 9.30am - 2.30pm

📍 Venue:
USM@KL, Level 15, M*F Inc Tower, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur or ONLINE (FOR INTERNATIONAL APPLICANT ONLY)

Register before 30th June 2026:
https://forms.cloud.microsoft/r/uNf3CsKxqG

Any questions or need assistance?

Contact us below:

WhatsApp: +603-2181 5208
Email: [email protected]
Website: admission.usm.my
WeChat ID: shahrulaming

For enquiries from prospective students in China and other international applicants, please feel free to contact us via WeChat for further assistance.

🌙 Salam Maal Hijrah 1448HTahun baharu, azam baharu, hati yang diperbaharui.Semoga setiap langkah kita sentiasa dipandu o...
16/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H

Tahun baharu, azam baharu, hati yang diperbaharui.

Semoga setiap langkah kita sentiasa dipandu oleh iman, dihiasi dengan amal soleh dan dipenuhi keberkatan daripada Allah SWT.

✨ Awal Muharam, permulaan untuk menjadi yang lebih baik.

🎉 Tahniah dan Syabas! 🎉Seluruh warga Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia merakam...
16/06/2026

🎉 Tahniah dan Syabas! 🎉
Seluruh warga Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Siti Nazleen Abdul Rabu atas kejayaan menerima Geran Antarabangsa (International Grant) bernilai RM20,000.00.
Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan PTPM dan USM, malah mencerminkan kecemerlangan penyelidikan serta komitmen berterusan dalam memacu inovasi pendidikan berteraskan STEM di peringkat antarabangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga akademik dan penyelidik lain untuk terus mencipta impak yang bermakna kepada masyarakat dan dunia pendidikan.
🌟 Tahniah dan semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan!

Semoga semangat pengorbanan ini melembutkan hati kita untuk sentiasa ikhlas dalam setiap urusan, memaafkan kesilapan lal...
26/05/2026

Semoga semangat pengorbanan ini melembutkan hati kita untuk sentiasa ikhlas dalam setiap urusan, memaafkan kesilapan lalu, dan terus menyebarkan kebaikan.
Selamat bercuti, selamat beraya

Postgraduate opportunity at PTPM
20/05/2026

Postgraduate opportunity at PTPM

Terima kasih atas segala penat lelah dan bakti anda. Selamat menyambut Hari Pekerja 2026 & selamat bercuti dari kami war...
30/04/2026

Terima kasih atas segala penat lelah dan bakti anda. Selamat menyambut Hari Pekerja 2026 & selamat bercuti dari kami warga PTPM USM!

Address

Universiti Sains Malaysia (USM)
Penang
11800

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:10
Tuesday 08:10 - 17:10
Wednesday 08:10 - 17:10
Thursday 08:10 - 17:10
Friday 08:10 - 17:10

Telephone

+6046532375

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia:

Shortcuts

Share