24/09/2026
๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ข๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐๐ข๐ก๐๐จ๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐๐ง๐ข๐ฅ ๐๐ช๐๐ (๐๐๐ฆ๐), ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ก ๐๐ก๐ข๐ฉ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ก ๐๐ฅ๐๐๐ง๐๐ (๐๐๐), ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐จ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐จ๐ก๐๐๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐
KD SRI PINANG, 19 Sep 26 - Seramai 16 peserta daripada warga KD SRI PINANG telah menyertai Bengkel Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Panduan Penulisan Esei Maritim dan Komunikasi Strategik yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Strategik di bawah kendalian Lt Kdr Ts. Muhamad Shafiq bin Saari PSSTLDM.
Objektif pelaksanaan bengkel tersebut adalah seperti berikut:
a. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kompetensi warga KD SRI PINANG berkaitan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mengikut garis panduan semasa bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berkualiti.
b. Memupuk budaya kreatif, inovatif dan penambahbaikan berterusan melalui pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta keberkesanan pengurusan organisasi.
c. Memperkasa kemahiran peserta dalam penulisan esei maritim yang berfakta, analitikal dan berkualiti bagi menyokong pembangunan pemikiran strategik serta percambahan idea berkaitan isu-isu maritim.
d. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan komunikasi strategik bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, konsisten, berkesan dan selaras dengan dasar serta kepentingan strategik TLDM.
e. Menggalakkan perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam kalangan warga TLDM bagi memperkukuh budaya pembelajaran organisasi serta meningkatkan profesionalisme warga perkhidmatan.
f. Melahirkan warga KD SRI PINANG yang kompeten, inovatif, berdaya saing dan berorientasikan kecemerlangan bagi menyokong pencapaian visi, misi dan objektif strategik PSSTLDM.
Turut dibincangkan adalah Rancangan Latihan (RALA) bagi tahun 2027 sebagai persiapan untuk Audit Kesiapsiagaan (AK) 2027 dan juga Anugerah Unit Bawah Naungan Terbaik (AUT).
Pelaksanaan bengkel ini telah dapat meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan fungsi PSSTLDM