23/10/2026
23 Oktober 2026, 10.30 pagi, Bilik Persidangan PPSF
Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi telah dianjurkan untuk meraikan staf yang bersara, bertukar tempat bertugas dan menamatkan perkhidmatan. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di PPSF. Semoga segala kenangan yang tercipta terus terpahat dalam ingatan dan hubungan silaturahim kekal terjalin. Terima kasih sekali lagi kepada Pn. Suriya Abdul Rahman, En. Ho Rhu Yann dan Pn. Mu’azzah Ismail.