Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan - FHPK

Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan - FHPK FHPK terdiri daripada 3 Jabatan -Jabatan Pelancongan, Jabatan Hospitaliti, Jabatan Kesejahteraan.

πŸŽ‰ TAHNIAH KUMPULAN FOOD ANGEL! πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan Food Angel atas kejayaan meraih Tempat...
19/08/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH KUMPULAN FOOD ANGEL! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan Food Angel atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 bagi Kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan) dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke-18 Tahun 2026. πŸ†βœ¨

Tahniah kepada ahli kumpulan:
Dr. Nurul Hafizah binti Mohd Yasin, Dr. Norsuriani binti Samsudin, Dr. Nur Dalila binti Mat Yusoff dan Ts. Dr. Fadhilahanim Aryani binti Abdullah atas komitmen, kreativiti serta usaha berterusan dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan inovasi berimpak tinggi pada masa hadapan kepada UMK. 🌟

Syabas dan tahniah!

Ikhlas daripada,
Dekan, Ahli Pengurusan dan seluruh warga
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), UMK


16/08/2026

πŸŽ“ JOM DAFTAR UMK!! TAK PERLU RISAU, KAMI ADA UNTUK ANDA! πŸ’™

Melangkah ke alam universiti mungkin hadir dengan pelbagai persoalan β€” tentang yuran, kewangan, penginapan, makanan, pembelajaran dan kehidupan sebagai mahasiswa.

Jangan risau! 😊

Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kami sentiasa berusaha memastikan anda mendapat sokongan dan bantuan yang diperlukan sepanjang perjalanan pengajian.

✨ Antara inisiatif yang disediakan termasuk:

πŸ“Œ Bantuan Awal Pendaftaran
πŸ“Œ Bantuan Kewangan & Biasiswa
πŸ“Œ Bantuan Kos Sara Hidup
πŸ“Œ Pinjaman PTPTN & Bantuan Pendidikan
πŸ“Œ Kolej Kediaman Bersubsidi
πŸ“Œ Dapur Siswa MADANI & Food Bank HEPA
πŸ“Œ Menu Kasih Siswa MADANI
πŸ“Œ Bantuan Komputer Riba
πŸ“Œ Bantuan Keusahawanan & Projek Pelajar
πŸ“Œ Latihan Industri & Bimbingan Kerjaya
πŸ“Œ Pelbagai lagi inisiatif kebajikan mahasiswa

πŸ’™ Anda fokus mengejar impian, kami bantu meringankan perjalanan.

Jadi, apa tunggu lagi?
🎯 JOM DAFTAR DI UMK dan mulakan langkah pertama menuju masa depan yang lebih gemilang!

Teruskan mengejar cita-cita anda.
UMK SEDIA MEMBANTU! πŸ’™




16/08/2026
KESUSAHAN KEWANGAN JANGAN JADI NOKTAH KEPADA IMPIAN.
16/08/2026

KESUSAHAN KEWANGAN JANGAN JADI NOKTAH KEPADA IMPIAN.

KESUSAHAN KEWANGAN JANGAN JADI NOKTAH KEPADA IMPIAN.

Dapat tawaran ke universiti sepatutnya menjadi khabar yang menggembirakan. Namun bagi sesetengah keluarga, kegembiraan itu mungkin datang bersama satu persoalan besar. Mampukah kami membiayainya?

Jika anda menerima tawaran ke UMK tetapi sedang berdepan kekangan kewangan, jangan terus membuat keputusan untuk melepaskan peluang pengajian. Datang dan daftarlah dahulu.

Beritahu kami keadaan anda. Insya-Allah, UMK akan cuba melihat bentuk bantuan dan sokongan yang bersesuaian, daripada bantuan kewangan, sara hidup dan makanan, kemudahan pembayaran yuran, bantuan peralatan pembelajaran hinggalah peluang menjana pendapatan melalui MySiswa Job On Campus.

Kami mungkin tidak mampu menghilangkan setiap kesusahan, tetapi kami tidak mahu anda menghadapinya sendirian sehingga terpaksa mengorbankan masa depan.

Datanglah ke UMK. Biar kami dengar, lihat dan cuba bantu.

Kerana kekangan kewangan hari ini tidak seharusnya menentukan sejauh mana anda boleh pergi esok.

Jangan lepaskan peluang kerana kewangan.
Masa depan anda mungkin bermula di sini. Bersama UMK. πŸ’™

Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK




Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.

Bagi pelajar yang tidak berkemampuan, jangan malu dan segan. UMK mengutamakan kebajikan semua pelajar kami. Yang layak s...
14/08/2026

Bagi pelajar yang tidak berkemampuan, jangan malu dan segan. UMK mengutamakan kebajikan semua pelajar kami. Yang layak semestinya akan dibantu.

Tahniah kepada yang layak. Selamat datang ke Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan. Kami mengalu-alukan keh...
14/08/2026

Tahniah kepada yang layak. Selamat datang ke Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan. Kami mengalu-alukan kehadiran kalian semua.

πŸŽ“βœ¨ TAHNIAH & SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR UMK! βœ¨πŸŽ“

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah berjaya menerima tawaran kemasukan ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah tawaran ke universiti, tetapi merupakan permulaan kepada satu perjalanan baharu dalam kehidupan anda sebagai mahasiswa. 🌟

Kami di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UMK amat teruja dan tidak sabar menantikan kehadiran anda untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMK. ❀️

Bersiaplah untuk mencipta pengalaman baharu, membina persahabatan, meneroka ilmu, mengembangkan potensi diri dan melakar kejayaan sepanjang perjalanan anda di UMK.

πŸŽ“ Datanglah dengan impian, melangkahlah dengan keyakinan.
Di UMK, perjalanan baharu anda bakal bermula.

❀️ UMK DI HATI
πŸ’™

Jumpa anda di UMK! πŸŽ‰πŸŽ“

Huzili Hussin Universiti Malaysia Kelantan PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA)

AmazingStudy@UMK MahasiswaBaharuUMK KemasukanUMK SesiAkademik20262027 PejabatTNCAA UniversitiMalaysiaKelantan KeusahawananTerasKami

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UMK. Jangan malu jangan segan. Malu bertanya sesat jalan. Sekiranya ada s...
14/08/2026

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UMK. Jangan malu jangan segan. Malu bertanya sesat jalan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan fakulti untuk maklumat lanjut. πŸ’ͺ

πŸŽ“πŸŽ‰ TAHNIAH 5,000 CALON BAKAL MAHASISWA UMK! πŸŽ‰πŸŽ“

Alhamdulillah, setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada 5,000 calon yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi Sesi Akademik 2026/2027! 🌟

Kejayaan ini menandakan bermulanya satu lembaran baharu dalam perjalanan pendidikan anda. Daripada sebuah impian dan cita-cita, kini anda semakin hampir untuk bergelar mahasiswa UMK. πŸŽ“

Kami di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) amat berbesar hati dan teruja untuk menyambut anda sebagai sebahagian daripada keluarga besar UMK.

πŸ’« Di sinilah ilmu diteroka.
πŸ’« Potensi dikembangkan.
πŸ’« Bakat dan jiwa keusahawanan dibina.
πŸ’« Impian diterjemahkan menjadi kejayaan.

Kepada semua bakal mahasiswa UMK, bersiaplah untuk memulakan perjalanan baharu yang penuh dengan ilmu, pengalaman, peluang dan kenangan bermakna.

❀️ UMK DI HATI
πŸŽ“ SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR UMK!

Kami tak sabar menantikan kehadiran anda di UMK! πŸ₯³πŸŽ‰

Universiti Malaysia Kelantan Huzili Hussin PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA)

12/08/2026
Jom apply FHPK 😍
12/08/2026

Jom apply FHPK 😍

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi Sesi Akademik 2026/2027. Untuk makluman, semakan keputusan dan setuju terima tawaran boleh dibuat bermula pada 16 OGOS (12:00 tengah hari) sehingga 23 OGOS 2026 (11:59 malam)

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMK dalam merealisasikan impian dan kejayaan anda. πŸ”₯πŸ”₯

πŸš€ Jom sertai kami di UMK – destinasi pilihan anda!

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
πŸ“ž 09 – 779 7612 / 7615 / 7610
πŸ“± 09 – 779 7615 (8:00 pg – 5:00 ptg)
βœ‰οΈ [email protected]

Kita Bersama

*πŸš€ TAK TAHU NAK SAMBUNG MANA LEPAS SPM/STPM? UMK DATANG DEKAT KORANG!* πŸ”₯*πŸŽ“ JOM SERTAI STUDY@UMK 2026 – JATI-AI!* πŸ€–Masa d...
09/08/2026

*πŸš€ TAK TAHU NAK SAMBUNG MANA LEPAS SPM/STPM? UMK DATANG DEKAT KORANG!* πŸ”₯

*πŸŽ“ JOM SERTAI STUDY@UMK 2026 – JATI-AI!* πŸ€–

Masa depan korang bermula di sini! Jangan lagi keliru tentang hala tuju selepas SPM atau STPM. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membawakan *Study@UMK 2026* khas untuk pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti di Pasir Mas.

Bertemakan *JATI-AI – AI Menginspirasikan, Ilmu Membina Masa Depan* , program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti interaktif yang memperkenalkan dunia pengajian tinggi, teknologi kecerdasan buatan (AI) serta peluang melanjutkan pengajian di UMK.

πŸ“… *15 Ogos 2026 (Sabtu)*
πŸ•˜ *9.00 pagi – 4.00 petang*
πŸ“ *SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan*

✨ *Antara aktiviti menarik yang menanti anda:*
🎀 Bicara AI – AI dalam kehidupan, pembelajaran dan masa depan
πŸŽ™οΈ TechTalk UMK@Industry – Perkongsian bersama ahli akademik dan pakar industri
πŸš€ JATI-AI Future Quest – Cabaran dan eksplorasi AI yang interaktif serta menyeronokkan
πŸŽ“ Konsultasi Study@UMK – Panduan memilih program pengajian dan laluan ke UMK
πŸ“ Kaunter UPUOnline – Penerangan serta bimbingan permohonan UPUOnline
🎁 Cabutan Bertuah – Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung!

πŸ“² Imbas kod QR pada poster atau layari https://study.umk.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

πŸ“’ J *umpa kami di Study@UMK 2026 – JATI-AI dan temui inspirasi untuk membina masa depan anda bersama UMK!*

Address

Pengkalan Chepa
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097717157

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan - FHPK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan - FHPK:

Shortcuts

Share