30/08/2026
MAJLIS PERPISAHAN DAN PENGHARGAAN PELAJAR ANTARABANGSA 2026
Alhamdulillah, Majlis Perpisahan dan Penghargaan Pelajar Antarabangsa 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Ogos 2026 bertempat di Auditorium UniSIRAJ, Kampus Pauh.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengurusan universiti, ahli jawatankuasa, serta semua pelajar yang hadir bagi menjayakan program ini. Majlis ini diadakan khusus bagi meraikan sumbangan dan komitmen para pelajar antarabangsa, terutamanya pelajar semester akhir sepanjang tempoh pengajian mereka di UniSIRAJ.
Jutaan tahniah diucapkan kepada seluruh bakal graduan. Semoga segala ilmu, kemahiran, dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di sini menjadi pendorong utama ke arah kejayaan di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
Ikhlas daripada,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN
SIDANG 2025/2026
“ESKALASI THAQAFAH, MENYUBUR TARBIYAH”