MPKK PAUH PUTRA PAGE

MPKK PAUH PUTRA PAGE Page ini ditubuhkan bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan Kompleks Perumahan Pauh Putra.

16/06/2024
10/03/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.[BUMITA CARE: STUDENT SUPPORT SESSION]...
28/02/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.

[BUMITA CARE: STUDENT SUPPORT SESSION]

Pada 7 Februari 2024 telah berlangsungnya program Bumita Care: Student Support Session di Student Lounge Blok A, Kompleks Perumahan Pauh Putra. Program ini menyediakan platform kepada mahasiswa/wi yang memerlukan khidmat nasihat dan kaunseling. Program yg bermula pukul 11.00 pagi - 2.00 petang ini turut mendapat kerjasama dari Pusat Kaunseling UniMAP. Berikut merupakan lensa MPKK K3P.

MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN,
KOMPLEKS PERUMAHAN PAUH PUTRA,
SESI 23/24,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.[STRIVING TOGETHER 2.0]Pada 4 Februari...
28/02/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.

[STRIVING TOGETHER 2.0]

Pada 4 Februari 2024 telah berlangsungnya program Striving Together 2.0 di Perkarangan Blok A, & C Kompleks Perumahan Pauh Putra. Program ini salah satu usaha untuk menjaga kebajikan penghuni. Agihan bermula pukul 9.00 malam hingga habis. Makanan ini diagihkan kepada pelajar sempena minggu peperiksaan. Berikut merupakan lensa MPKK K3P.

MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN,
KOMPLEKS PERUMAHAN PAUH PUTRA,
SESI 23/24,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.[REDUCE, REUSE & RECYCLE BUMITA]Pada 2...
28/02/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.

[REDUCE, REUSE & RECYCLE BUMITA]

Pada 29 Januari hingga 16 Februari 2024 telah berlangsungnya Program 3R “Reduce, Reuse, Recycle” di KP Pauh Putra. Barangan terpakai dikumpulkan di hadapan Bilik Parcel, Blok B Kompleks Perumahan Pauh Putra bermula pukul 10.00 pagi - 12.00 malam. Tujuan program ini memupuk dan menyemarakkan semangat cintai alam sekitar. Berikut merupakan lensa MPKK K3P.

MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN,
KOMPLEKS PERUMAHAN PAUH PUTRA,
SESI 23/24,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.





Assalamualaikum, Selamat sejahtera dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan Unimap.[SALAM NISFU SYAABAN 1445H]Diriwayatka...
25/02/2024

Assalamualaikum, Selamat sejahtera dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan Unimap.

[SALAM NISFU SYAABAN 1445H]

Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah r.a berkata: “Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah S.A.W, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda S.A.W di Baqi’ sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda S.A.W bersabda: “Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?” Aisyah r.a berkata: “Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain.”

Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab.”

MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN,
KOMPLEKS PERUMAHAN PAUH PUTRA,
SIDANG 23/24,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.[SELAMAT BERCUTI SEMESTER !]Barisan MP...
24/02/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.

[SELAMAT BERCUTI SEMESTER !]

Barisan MPKK KP Pauh Putra sesi 2023/2024 mengucapkan Selamat Bercuti Semester kepada semua Mahasiswa/i UniMAP program pengajian ljazah Sarjana Muda sidang akademik 2023/2024.

Semoga para pelajar mengisi masa cuti ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Jaga diri dan jumpa lagi pada semester yang akan datang.

MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN,
KOMPLEKS PERUMAHAN PAUH PUTRA,
SIDANG 23/24,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.


КЗР



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.[MAKLUMAN SEMAKAN ONLINE PERMOHONAN BI...
23/02/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.

[MAKLUMAN SEMAKAN ONLINE PERMOHONAN BILIK DAN TARIKH PENDAFTARAN PENGINAPAN]

Perhatian kepada semua penghuni Kompleks Perumahan Pauh Putra untuk mengambil maklum tentang tarikh semakan online permohonan bilik serta tarikh pendaftaran penginapan bagi semester 2 sesi 2023/2024 yang dikeluarkan ini.

Sekian, Terima Kasih.

MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN,
KOMPLEKS PERUMAHAN PAUH PUTRA,
SIDANG 23/24,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.


КЗР



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM ILMU KEIKHLASAN, KECEMERLANGAN UniMAP DAN SALAM MALAYSIA MADANI[PENDIRIAN MAJ...
16/02/2024

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM ILMU KEIKHLASAN, KECEMERLANGAN UniMAP DAN SALAM MALAYSIA MADANI

[PENDIRIAN MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SESI 2023/2024]

Kami, sebagai wakil dari Majlis Penghuni Kolej Kediaman Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), ingin menyuarakan kebimbangan dan keseriusan kami mengenai isu yang telah tersebar luas di media sosial, khususnya di media sosial X.

UniMAP Confession bukan media kawalan universiti dan identiti penulis juga tidak dikenali statusnya. MPKK UniMAP sangat kesal dengan apa yang terjadi dan mohon mahasiswa UniMAP lebih menekankan aspek adab dalam penulisan mahupun pertuturan. MPKK UniMAP sentiasa cakna dengan kebajikan mahasiswa termasuklah dari Sabah dan Sarawak. MPKK UniMAP menolak amalan rasis.


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP[SALAM ISRAK MIKRAJ]Selamat memperingat...
07/02/2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

[SALAM ISRAK MIKRAJ]

Selamat memperingati Israk Mikraj sebagai mukjizat besar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW kepada semua warga UniMAP dan seluruh umat islam.

MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN,
KOMPLEKS PERUMAHAN PAUH PUTRA,
SIDANG 23/24,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.





Address

Perlis

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK PAUH PUTRA PAGE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share