HEPA KUIPs

HEPA KUIPs Menyediakan persekitaran, prasarana dan kemudahan yang kondusif, produktif serta mesra pelajar melalui sinergi professionalisme dan perkhidmatan pelajar

Pertandingan i-Games santai yang berlangsung selama 2 hari anjuran KELAB MAHASISWA selesai dengan jayanya. Tahniah buat ...
21/10/2019

Pertandingan i-Games santai yang berlangsung selama 2 hari anjuran KELAB MAHASISWA selesai dengan jayanya. Tahniah buat semua👍

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua warga Pelajar Kolej Universiti Islam Perlis.🎉🎊 📌  Pemilihan atlet badminton...
20/09/2019

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua warga Pelajar Kolej Universiti Islam Perlis.🎉🎊

📌 Pemilihan atlet badminton kuips siswa/wi akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai minggu hadapan berdasarkan poster yang tertera diatas. 🤩

📌 Sehubungan dengan itu, kepada pelajar yang mempunyai bakat atau ingin mencuba nasib untuk mewakili Kolej Universiti Islam Perlis(KUIPs) ke Kejohanan SUPTIM melaka 2019 amat dialau-alukan..😎

Kerjasama anda amat kami hargai.TQ🤝🏼

KUIPs BC🏸

5/1/2019|Program bengkel fotografi dan VideografiBertempat di Auditorium KUIPs.Persatuan INKUIPSBETTER telah menganjurka...
06/01/2019

5/1/2019|Program bengkel fotografi dan Videografi

Bertempat di Auditorium KUIPs.
Persatuan INKUIPSBETTER telah menganjurkan satu program bengkel fotografi dan videografi yang mana melibatkan seramai 50 orang pelajar. Program ini berlangsung bermula pada jam 7:30 pagi sehingga 12:30 petang.

Coaching Facilitator CampPada 28-30 Disember 2018 telah berlangsung Coaching Fasilitator Camp anjuran Persatuan Kelab Pe...
06/01/2019

Coaching Facilitator Camp

Pada 28-30 Disember 2018 telah berlangsung Coaching Fasilitator Camp anjuran Persatuan Kelab Pembimbing Rakan Siswa/i (PRS)dengan kerjasama dari Kelab Bowling KUIPs bertempat di Putri Ayu Chalet Yan, Kedah. Kem ini disertai seramai 46 orang pelajar KUIPs dan 19 orang urusetia. Dirasmikan oleh En Hasrul bin Hashom, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, KUIPs. Objektif program ini adalah untuk membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada peserta untuk menjadi pemimpin yang terbaik, membentuk dan menerapkan kerjasama dalam kumpulan, melahirkan pemimpin yang berteraskan ajaran dan panduan Islam yang sebenar, memupuk sikap kematangan dalam kehidupan berorganisasi.

Tahniah diucapkan kepada para peserta.

19/12/18 | Program Gotong Royong Perdana peringkat KUIPsAlhamdulillah, Pelajar KUIPs seramai 550 orang telah menjayakan ...
19/12/2018

19/12/18 | Program Gotong Royong Perdana peringkat KUIPs

Alhamdulillah, Pelajar KUIPs seramai 550 orang telah menjayakan program gotong royong perdana membersihkan kawasan sekitar Kampus KUIPs dan Taman Seberang Jaya Fasa III Kuala Perlis dalam memastikan persekitaran kampus dan kawasan taman sentiasa bersih dan bebas dari pembiakan nyamuk aedes. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan mohon maaf jika terdapat kekurangan dan kekhilafan sepanjang program.

15/12/18 | Masjid As-Saadah, Kg. Baroh, SantanPenglibatan pelajar KUIPs bagi Program Gotong Royong anjuran Yayasan Ikhla...
16/12/2018

15/12/18 | Masjid As-Saadah, Kg. Baroh, Santan

Penglibatan pelajar KUIPs bagi Program Gotong Royong anjuran Yayasan Ikhlas bersama AJK Masjid dan penduduk setempat.

9/12/18 | Masjid Al-A'ala, Behor TemakProgram Khidmat Masyarakat 7 Pillars of KUIPs bil 10/18 bergotong royong membersih...
10/12/2018

9/12/18 | Masjid Al-A'ala, Behor Temak

Program Khidmat Masyarakat 7 Pillars of KUIPs bil 10/18 bergotong royong membersihkan kawasan masjid. Seramai 21 org Mahasiswa KUIPs hadir menjayakan program ini bersama AJK Masjid.

8/12/18 | Kg Alor Lancang, Jejawi, PerlisProgram Khidmat Masyarakat 7 Pillars of KUIPs Bil 9/18 bersama-sama penduduk ka...
10/12/2018

8/12/18 | Kg Alor Lancang, Jejawi, Perlis

Program Khidmat Masyarakat 7 Pillars of KUIPs Bil 9/18 bersama-sama penduduk kampung dan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Sena. Seramai 13 org Mahasiswa KUIPs telah menjayakan program ini.

25.11.2018 | Kg. Padang Besar Selatan Kuala PerlisPenyertaan pelajar KUIPs dalam Taklimat Bajet 2019 dan Kajian Separuh ...
25/11/2018

25.11.2018 | Kg. Padang Besar Selatan Kuala Perlis

Penyertaan pelajar KUIPs dalam Taklimat Bajet 2019 dan Kajian Separuh Penggal RMK11 oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perlis

Tahniah kepada pelajar KUIPs yang telah memenangi pingat dalam Kejohanan Silat Olahraga antara Pusat Kokurikulum IPT jem...
25/11/2018

Tahniah kepada pelajar KUIPs yang telah memenangi pingat dalam Kejohanan Silat Olahraga antara Pusat Kokurikulum IPT jemputan UniMAP Siri 2 (2018) pada 24/11/2018 bertempat di Dewan Rakan Sukan MSN Perlis

Keputusan pesilat KUIPs (12 Pingat)

4 Emas
3 Perak
5 Gangsa

Syabas Akademik Silat KUIPs (ASKUIPs)

29/7/18 | Amanbowl Aman Central, Alor SetarProgram Chief of Bowling anjuran Persatuan BIBF telah disertai oleh pelajar d...
02/08/2018

29/7/18 | Amanbowl Aman Central, Alor Setar

Program Chief of Bowling anjuran Persatuan BIBF telah disertai oleh pelajar dan kakitangan KUIPs seramai 56 orang yang membentuk 14 team. Tahniah kepada para pemenang.

Address

Taman Seberang Jaya Fasa III, Kuala
Perlis
02000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEPA KUIPs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to HEPA KUIPs:

Share