Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin-PTSS

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin-PTSS Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin merupakan Politeknik Malaysia yang ke 18. ❤️

Politeknik Malaysia Tuanku Syed Sirajuddin, Arau ,Perlis adalah merupakan Politeknik Malaysia yang ke 18 diujudkan diibawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Ini adalah Fan Page Rasmi Politeknik Malaysia Tuanku Syed Sirajuddin, Arau ,Perlis

🎓 SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU ASASI KEJURUTERAAN PTSS SESI I: 2026/2027 🎓Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) tela...
14/06/2026

🎓 SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU ASASI KEJURUTERAAN PTSS SESI I: 2026/2027 🎓

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah menerima kehadiran seramai 126 orang pelajar baharu Program Asasi Kejuruteraan bagi Sesi I: 2026/2027.

Proses pendaftaran telah berlangsung dengan lancar bermula 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan kerjasama pelbagai pihak yang terlibat dalam memastikan urusan pendaftaran berjalan dengan teratur.

Turut diadakan ialah Sesi Taklimat Ibu Bapa pada 11.00 pagi yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, YM Ungku Khairul Fadzli bin Ungku Abu Bakar. Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan berkaitan kemudahan, peraturan, kebajikan pelajar serta perjalanan pengajian sepanjang berada di PTSS.

Selesai urusan pendaftaran, para pelajar ditempatkan di Kolej Kediaman (KAMSIS) dan diberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus sebelum menjalani aktiviti bebas sehingga 5.00 petang.

Seterusnya, bermula 5.00 petang, para pelajar akan memulakan Minggu Transformasi Siswa (MTS) yang bertujuan membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus, memahami budaya pembelajaran di politeknik serta membina jati diri sebagai mahasiswa TVET yang cemerlang.

Warga PTSS mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu Program Asasi. Semoga perjalanan anda di PTSS dipenuhi dengan pengalaman bermakna, kecemerlangan akademik dan kejayaan yang membanggakan.







13/06/2026

🎉 Selamat datang kepada semua pelajar baharu Asasi Teknologi Kejuruteraan ke Politeknik bagi Sesi I 2026/2027

Hari ini menandakan bermulanya perjalanan anda dalam meneroka dunia teknologi, inovasi dan kejuruteraan. Setiap ilmu yang dipelajari, setiap cabaran yang ditempuhi dan setiap pengalaman yang dilalui akan menjadi asas kepada kejayaan pada masa hadapan.

✨ Selamat menempuh pengalaman baharu, menimba ilmu dan merealisasikan impian bersama POLYCC.

Ikhlas daripada;
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC





PELUANG MEMPERKASA BUDAYA PENGURUSAN RISIKO PTSSPoliteknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah menganjurkan Bengkel Peng...
13/06/2026

PELUANG MEMPERKASA BUDAYA PENGURUSAN RISIKO PTSS

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Pelan Risiko dan Peluang yang Praktikal selama dua hari bermula 10 hingga 11 Jun 2026 bertempat di Makmal CAD2, PTSS.

Bengkel anjuran Unit Pengurusan Risiko, Bahagian Governan dan Kecemerlangan ini telah menghimpunkan pegawai pengurusan risiko serta wakil daripada jabatan dan unit bagi memperkukuh kefahaman berkaitan pembangunan pelan risiko dan peluang yang lebih sistematik serta berkesan.

Pelaksanaan bengkel ini diharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan risiko di PTSS selaras dengan usaha institusi dalam memastikan tadbir urus yang cemerlang dan berdaya saing.

PEMBINAAN WATER ROCKET LAUNCHER TERAPKAN PEMBELAJARAN STEM SECARA AMALIJABATAN Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik ...
13/06/2026

PEMBINAAN WATER ROCKET LAUNCHER TERAPKAN PEMBELAJARAN STEM SECARA AMALI

JABATAN Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah menganjurkan aktiviti Pembinaan Water Rocket Launcher yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Jun 2026 bertempat di Bengkel Mesin, JKM PTSS.

Program ini bertujuan menyediakan mekanisme pelancaran roket air yang selamat dan terkawal menggunakan gabungan air serta udara bertekanan, sekali gus menyokong aktiviti pembelajaran berasaskan STEM. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada pelajar dan peminat sains untuk membina serta menguji reka bentuk roket secara kreatif dengan kos yang rendah.

Melalui aktiviti pembinaan ini, para peserta didedahkan dengan proses menghasilkan alat pelancar yang berfungsi untuk menahan, mengunci dan melepaskan roket air menggunakan tekanan udara di dalam botol roket. Pembinaan struktur pelancar melibatkan penggunaan paip PVC, penyambung paip, injap dan sistem pengunci yang kukuh bagi memastikan kestabilan serta keselamatan semasa proses pelancaran.

Aspek keselamatan turut diberikan perhatian dengan memastikan setiap sambungan dipasang dengan kemas bagi mengelakkan kebocoran tekanan. Di samping itu, pelajar juga berpeluang menguji kesan sudut pelancaran terhadap jarak dan ketinggian penerbangan roket, sekali gus mengaplikasikan konsep sains dan kejuruteraan seperti tekanan udara, daya tindak balas, momentum serta prinsip gerakan.

Penganjuran program ini bukan sahaja dapat meningkatkan pemahaman teori melalui pengalaman pembelajaran secara praktikal, malah turut memupuk kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan dan kreativiti dalam kalangan pelajar. Dengan penggunaan bahan yang mudah diperoleh serta kos pembinaan yang rendah, projek ini sesuai dijadikan sebagai medium pembelajaran STEM yang menarik dan berkesan.

BENGKEL PENYEDIAAN CORAK FOUNDRI TINGKAT KEMAHIRAN WARGA JKM PTSSJabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Tuanku...
13/06/2026

BENGKEL PENYEDIAAN CORAK FOUNDRI TINGKAT KEMAHIRAN WARGA JKM PTSS

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Corak Foundri (Pattern Making) selama dua hari bermula 9 hingga 10 Jun 2026 bertempat di Makmal Foundri, JKM PTSS.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran peserta dalam mereka bentuk dan menyediakan corak foundri menggunakan bahan seperti kayu, resin serta bahan alternatif yang bersesuaian dengan keperluan bengkel PTSS. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada teknik penyediaan corak yang tepat merangkumi faktor pengecutan logam (shrinkage allowance), sudut kelonggaran (draft angle) serta sistem saluran (gating system) bagi menghasilkan tuangan yang berkualiti.

Penganjuran bengkel ini dilaksanakan bagi memperkukuh kompetensi pensyarah dan staf teknikal JKM dalam bidang penyediaan corak foundri secara praktikal selaras dengan keperluan industri yang semakin memerlukan tenaga kerja berkemahiran dalam proses pembuatan tuangan.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah mempelajari proses reka bentuk corak, pemilihan bahan, teknik pembuatan secara manual serta kawalan kualiti corak. Bengkel ini turut menjadi platform perkongsian ilmu antara pensyarah dan staf teknikal dalam usaha memantapkan aspek pengajaran, pembelajaran serta pengurusan bengkel foundri di PTSS.

Bengkel ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pensyarah dan staf pada masa hadapan melalui pembangunan prosedur kerja standard (SOP) penyediaan corak foundri yang lebih sistematik.

JKE PTSS LAKSANA LAWATAN PENANDA ARAS KE UiTM CAWANGAN PERMATANG PAUHJabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Tua...
13/06/2026

JKE PTSS LAKSANA LAWATAN PENANDA ARAS KE UiTM CAWANGAN PERMATANG PAUH

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah melaksanakan lawatan penanda aras ke UiTM Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 08 Jun 2026 sebagai persediaan menghadapi proses penilaian luar dan akreditasi semula program kejuruteraan oleh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC), Board of Engineers Malaysia (BEM).

Lawatan yang disertai oleh Ketua Jabatan, ketua-ketua program serta wakil program JKE ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik berkaitan penyediaan dokumen akreditasi, pelaksanaan Outcome Based Education (OBE), pengurusan fasiliti makmal serta aspek jaminan kualiti program.

Diharapkan melalui lawatan ini, JKE PTSS dapat memperkukuh persediaan dan mengekalkan kecemerlangan program-program kejuruteraan selaras dengan keperluan akreditasi ETAC demi memastikan kualiti pendidikan TVET terus dipertingkatkan.

TAHNIAH KEPADA PENSYARAH JPH, PTSS ATAS PENGLIBATAN DALAM MISI INVENTORI 83 GUA BANJARAN NAKAWAN, PERLIS. Tahniah dan sy...
13/06/2026

TAHNIAH KEPADA PENSYARAH JPH, PTSS ATAS PENGLIBATAN DALAM MISI INVENTORI 83 GUA BANJARAN NAKAWAN, PERLIS.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Ahmad Firdaus bin Mohd Hanafiah, Pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) yang turut terlibat dalam menjayakan Misi Inventori 83 Gua Banjaran Nakawan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. baru-baru ini.

Misi yang berlangsung selama 21 hari ini yang melibatkan lapan komuniti hutan di Perlis telah berjaya mengenal pasti sebanyak 83 gua baharu, sekali gus mencatat satu pencapaian yang signifikan dalam usaha penerokaan, pendokumentasian dan pemuliharaan warisan geologi negeri Perlis. Kejayaan ini turut berpotensi melakar pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records sebagai antara pencapaian terbesar dalam bidang eksplorasi gua di Malaysia.

Penglibatan En. Ahmad Firdaus dalam misi berimpak tinggi ini mencerminkan komitmen berterusan warga akademik JPH dan PTSS dalam menyumbang kepakaran kepada aktiviti penyelidikan lapangan, pemuliharaan geowarisan, pendidikan alam sekitar serta pembangunan ekopelancongan yang lestari.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa penyelidikan, memelihara khazanah alam semula jadi dan mengangkat potensi geowarisan negeri Perlis ke peringkat yang lebih tinggi demi manfaat generasi masa kini dan akan datang.

Tahniah dan syabas atas sumbangan serta dedikasi yang membanggakan JPH dan PTSS.









MEDIA CREATIVE CENTRE POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN BOLOT GOLD SEMUA KATEGORI BAGI SESI VERIFIKASI COT TAHUN 2025.Sy...
12/06/2026

MEDIA CREATIVE CENTRE POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN BOLOT GOLD SEMUA KATEGORI BAGI SESI VERIFIKASI COT TAHUN 2025.

Syabas dan tahniah kepada pasukan Media Creative Centre (MCC) PTSS berjaya memperolehi Gold semua kategori bagi sesi verifikasi CoT tahun 2025 yang telah diadakan di Politeknik Ungku Omar (PUO).

Sebanyak 7 Kategori yang telah menjalani sesi verifikasi iaitu:

1. Kategori Kolaborasi.
2. Kategori Penyelidikan dan Inovasi.
3. Kategori Khidmat Kepakaran.
4. Kategori Penerbitan.
5. Kategori Pengiktirafan.
6. Kategori Pembelajaran dan Pengajaran.
7. Kategori Pendapatan.

Tahniah dan Syabas seluruh warga PTSS.

RETREAT SANTAI, TEAM BUILDING DAN JALINAN UKHWAH JPH 2026 Program Retreat Santai, Team Building dan Jalinan Ukhwah JPH 2...
12/06/2026

RETREAT SANTAI, TEAM BUILDING DAN JALINAN UKHWAH JPH 2026

Program Retreat Santai, Team Building dan Jalinan Ukhwah JPH 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Jun 2026 (Khamis) di Dusun Durian Teratak Chu Tiah, Changlun.

Program yang menghimpunkan para pensyarah dan staf JPH ini berjaya mencapai kehadiran melebihi 80% daripada keseluruhan 59 warga jabatan. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja mengeratkan silaturahim dan persaudaraan, malah memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, memupuk suasana kerja yang harmoni serta meningkatkan motivasi dan kerjasama dalam kalangan warga JPH.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus memperkukuhkan semangat kebersamaan ke arah kecemerlangan JPH pada masa hadapan.

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL BAHAN MENTAH BASAH DAN KERING DI JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI, POLITEKNIK TUANK...
11/06/2026

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL BAHAN MENTAH BASAH DAN KERING DI JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI, POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS BAGI TEMPOH ENAM (6) BULAN

TARIKH IKLAN : 11 JUN 2026
TARIKH TUTUP : 18 JUN 2026

Address

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra
Perlis
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049886200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin-PTSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin-PTSS:

Share