15/10/2026
๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ง ๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐
Kolej Komuniti Seberang Jaya (KKSJ) terus komited dalam membentuk modal insan yang berdaya saing dan berketerampilan menerusi penganjuran Program Team Up @ Bukit Merah : Together We Grow pada 14 Oktober 2026.
Program ini telah disertai secara aktif oleh pelajar-pelajar Sijil Teknologi Elektrik, dengan objektif memperkasakan kemahiran insani (soft skills), membina semangat kerja berpasukan, serta memupuk jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Pengalaman yang ditimba sepanjang program ini diharap dapat menjadi pemangkin motivasi untuk para pelajar terus cemerlang dalam akademik mahupun kehidupan seharian.