Pengajian Kejuruteraan Awam - UITM Caw. Pulau Pinang

Call Directions Website

Pengajian Kejuruteraan Awam - UITM Caw. Pulau Pinang Kejuruteraan Awam merupakan satu bidang kejuruteraan yang mencabar di mana ia melibatkan teknik dan

11/08/2026
🌟05/08/2026🌟The Research Management Unit under the Division of Research, Industrial, Community and Alumni Network (PJIM&...
06/08/2026

🌟05/08/2026🌟

The Research Management Unit under the Division of Research, Industrial, Community and Alumni Network (PJIM&A), in collaboration with the Centre of Civil Engineering Studies and the Centre of Postgraduate Studies at UiTM Cawangan Pulau Pinang successfully hosted the workshop "Inside the Q1/Q2 Editorial Black Box: Secrets to Surviving the Desk Rejection". The session saw enthusiastic participation from academic staff and PhD students who are eager to elevate their manuscript publishing strategies and avoid early desk rejections.

We were honoured to feature Prof. Yu Wang from the University of Science and Technology of China (USTC) as our guest speaker. With extensive editorial experience across high-impact Q1 and Q2 journals including roles as Associate Editor & Assistant Editor in Chief for Fire Technology and Editorial Board Member for Fire Safety Journal and Applied Thermal Engineering, Prof. Wang shared invaluable, behind the scenes insights from an editor’s perspective. His direct expertise provided our researchers with concrete strategies to refine their research drafts and navigate the competitive publishing landscape successfully. A big thank you to our speaker and all the participants who made this workshop a resounding success! 🙌✨



CEPA perkasa kesiapsiagaan komuniti, tingkat kesedaran hadapi risiko banjir | Buletin Mutiara
29/07/2026

CEPA perkasa kesiapsiagaan komuniti, tingkat kesedaran hadapi risiko banjir | Buletin Mutiara

INISIATIF Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) yang dilaksanakan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang terus memperkukuh kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi risiko banjir menerusi pendekatan pendidikan, latihan praktikal dan kerjasama....

Satu sesi wawancara khas bersama  Akhbar Buletin Mutiara telah diadakan pada 27 Julai 2026 di Fakulti Kejuruteraan Awam,...
29/07/2026

Satu sesi wawancara khas bersama Akhbar Buletin Mutiara telah diadakan pada 27 Julai 2026 di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang bagi mengetengahkan pelaksanaan Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) bagi Program Ramalan Amaran Banjir (PRAB) di negeri Pulau Pinang.

Wawancara tersebut dihadiri oleh 4 orang wakil penyelidik yang terdiri daripada Ketua Pusat Pengajian Fakulti Kejuruteraan Awam, Ts. Dr. Muhamad Faizal Pakir Mohamed Latiff, Ketua Penyelidik, Dr. Nor Azliza Akbar serta ahli pasukan penyelidik iaitu Ts. Dr. Mohd. Samsudin Abdul Hamid dan Dr. Salina Alias.

Dalam sesi tersebut, pasukan penyelidik berkongsi pelaksanaan Program CEPA yang merupakan inisiatif Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, dengan pembiayaan geran melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) kepada Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat terhadap risiko banjir melalui pelbagai aktiviti pendidikan, libat urus komuniti, kaji selidik, simulasi bencana dan dialog awam. Pelaksanaan CEPA memberi tumpuan kepada empat lembangan utama di Pulau Pinang, iaitu Sungai Pinang, Sungai Perai, Sungai Juru dan Sungai Jawi, yang dipilih berdasarkan sejarah kejadian banjir, lokasi sistem siren amaran banjir, taburan penduduk serta tahap risiko kawasan.

Melalui liputan media ini, masyarakat turut didedahkan kepada kepentingan memahami sistem amaran banjir, penggunaan aplikasi MyPublicInfo Banjir serta tindakan awal yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko dan impak bencana banjir. Secara keseluruhannya, program CEPA menggabungkan pelbagai pendekatan merangkumi program di kempen/taklimat di sekolah, reruai/ kiosk pameran, simulasi banjir dan sesi dialog awam bersama komuniti diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta membekalkan masyarakat dengan pengetahuan yang diperlukan untuk bertindak lebih awal dan lebih selamat ketika menghadapi bencana banjir.

Disediakan oleh :
Dr Nor Azliza Akbar
Ketua Penyelidik CEPA P.Pinang

🌟Penceramah Jemputan di 10th National Seminar on Material and Structural Integrity 2026 (SMSI 2026)🌟Tahniah diucapkan ke...
29/07/2026

🌟Penceramah Jemputan di 10th National Seminar on Material and Structural Integrity 2026 (SMSI 2026)🌟

Tahniah diucapkan kepada Dr. Norlizan Wahid, Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang atas keterlibatan beliau sebagai pembentang di SMSI 2026.
Seminar yang dianjurkan oleh Agensi Nuklear Malaysia ini berlangsung pada 22–23 Julai 2026 di Royale Chulan Hotel, Seremban. Ia menghimpunkan pakar dan peserta daripada pelbagai latar belakang merangkumi badan kerajaan, pakar industri, serta institusi pengajian tinggi.

Sesuai dengan kepakaran dan research interest beliau, Dr. Norlizan telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Assessment of Flat Slab Integrity at Elevated Temperatures: Validating FE Modelling for Material and Structural Safety”. Pembentangan ini mengupas penggunaan finite element simulation bagi menilai ketahanan struktur konkrit pada suhu tinggi demi memperkasakan keselamatan infrastruktur negara.

Syabas Dr. Norlizan! Semoga terus cemerlang memperkasakan nama UiTM di persada kebangsaan.

🔧 Engineering for Everyone: Mahasiswa Kejuruteraan UiTM Menyemai Minat STEM di MRSM Transkrian 🚀20 Jun 2026 | MRSM Trans...
27/07/2026

🔧 Engineering for Everyone: Mahasiswa Kejuruteraan UiTM Menyemai Minat STEM di MRSM Transkrian 🚀

20 Jun 2026 | MRSM Transkrian

Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang melalui Penang Civil Engineering Student's Society (P'CES) dengan kerjasama Chemical Engineering Student Society (ChESS), Ikatan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal (iMECHY) dan Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik (PMKE) telah berjaya menganjurkan Program Engineering for Everyone yang melibatkan 120 orang pelajar Tingkatan 4 MRSM Transkrian.

Program ini bertujuan memperkenalkan dunia kejuruteraan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya Discovering Engineering, Design Challenge: Disaster Rescue dan Engineering Student Life Sharing Session, dengan bimbingan 35 orang fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa kelab P'CES, ChESS, iMECHY dan PMKE dari UiTM Cawangan Pulau Pinang. Turut serta dalam memastikan kelancaran aktiviti ialah penasihat P’CES, Ts. Zanariah Abd Rahman dan Encik Mohd Khairul Azhar Ismail. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelbagai disiplin kejuruteraan, malah turut memupuk kemahiran komunikasi, kepimpinan, kreativiti dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar yang menyertai.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak MRSM Transkrian, khususnya Cikgu Mohamad dan Cikgu Fauziana, atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama antara UiTM Cawangan Pulau Pinang dan MRSM Transkrian dapat diteruskan melalui penganjuran Engineering for Everyone 2.0 pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua mahasiswa, fasilitator, jawatankuasa dan pensyarah yang telah menjayakan program ini. Bersama-sama kita memperkasa pendidikan STEM dan melahirkan lebih ramai bakal jurutera masa hadapan. 💙💛

Disediakan oleh:
Ts. Zanariah Abd Rahman
Penasihat Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES)

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM RAIH NAIB JOHAN KESELURUHAN DALAM SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF) 2026Fakulti Kejuruteraan Awam (FK...
03/07/2026

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM RAIH NAIB JOHAN KESELURUHAN DALAM SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF) 2026

Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang sekali lagi membuktikan kecemerlangannya apabila berjaya muncul Naib Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2026 yang berlangsung sepanjang bulan Jun 2026 di UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Kejohanan tahunan ini menghimpunkan kontinjen daripada lapan (8) fakulti dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan SAF 2026, manakala Fakulti Kejuruteraan Awam berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan dengan pencapaian yang amat membanggakan.

Kontinjen Fakulti Kejuruteraan Awam yang dikenali sebagai "Civil Tigers" telah menyertai semua acara iaitu bola sepak 9 sebelah, bola tampar lelaki dan perempuan, bola jaring, petanque mix trio, badminton berpasukan, ping pong individu serta sepak takraw.

Penyertaan Civil Tigers melibatkan seramai 105 orang atlet, dibantu oleh 8 orang jurulatih dan pengurus pasukan, 8 orang penolong pengurus serta 7 orang sukarelawan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pengurusan kontinjen sepanjang kejohanan berlangsung.

Hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin dan kerjasama berpasukan, Civil Tigers berjaya mengumpul 3 pingat emas dan 2 pingat perak, sekali gus muncul sebagai Naib Johan Keseluruhan SAF 2026.

Pingat emas berjaya dimenangi menerusi acara:
Petanque Mix Trio
Bola Tampar Lelaki
Bola Sepak 9 Sebelah

Pingat perak p**a diperoleh menerusi acara:
Sepak Takraw
Badminton Berpasukan

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua warga kontinjen Fakulti Kejuruteraan Awam atas usaha dan pengorbanan yang telah diberikan. Semoga kejayaan sebagai Naib Johan Keseluruhan SAF 2026 menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

"Join the Rise. Civil is Built to Win."

Penulis
Ir Ts Fairus Azwan Azizan
Kontinjen Fakulti Kejuruteraan Awam

JELAJAH KASIH 4.0 | Menyantuni Warga Emas, Menyemai Nilai KemanusiaanAlhamdulillah, Program Jelajah Kasih 4.0 anjuran Pe...
16/06/2026

JELAJAH KASIH 4.0 | Menyantuni Warga Emas, Menyemai Nilai Kemanusiaan

Alhamdulillah, Program Jelajah Kasih 4.0 anjuran Penang Civil Engineering Student Society (P’CES) di bawah naungan Fakulti Kejuruteraan Awam dan mendapat sokongan dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah berjaya dilaksanakan pada 13 Jun 2026 di Pusat Jagaan Qaseeh, Sungai Petani, Kedah.

Program yang melibatkan seramai 36 orang mahasiswa diketuai oleh Wan Amsyar Irfan Bin Wan Amizulkhdi, 3 orang pensyarah pengiring iaitu Ts Zanariah Abd Rahman, En Khairul Azhar Ismail dan Ir Ts Fairus Azwan Azizan serta 28 orang penghuni dan staf pusat jagaan.

Program ini adalah sebuah program University Social Responsibility (USR) iaitu khidmat masyarakat yang bertujuan menyantuni warga emas serta memupuk nilai kasih sayang, empati dan keprihatinan dalam kalangan mahasiswa.

Program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti bermakna seperti sesi ramah mesra, terapi seni, gotong-royong ringan dan perkongsian pengalaman.

Sebagai simbol kasih sayang dan keprihatinan, majlis penutup turut menyaksikan penyerahan pek sumbangan barangan makanan kepada warga Pusat Jagaan Qaseeh.

Sumbangan ini berjaya direalisasikan melalui kolaborasi bersama KM Tinabalan Enterprise, Airun Rahman Engineering Sdn. Bhd. dan FZ Rawda Resources, yang bersama-sama menyokong usaha murni ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil yang dilakukan dapat membawa senyuman dan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.

✨ “Berkongsi kasih, menyemai empati, membina insan yang prihatin.”
.0

🌿CHEROK TOKUN ENVIRONMENTAL EDUCATION STUDY🪴Kursus: CEW443 – Environmental SustainabilityTarikh: 13 Jun 2026Lokasi: Buki...
16/06/2026

🌿CHEROK TOKUN ENVIRONMENTAL EDUCATION STUDY🪴

Kursus: CEW443 – Environmental Sustainability
Tarikh: 13 Jun 2026
Lokasi: Bukit Cherok Tokun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Bilangan Pelajar: 105 orang
Kursus :EC223_ Sarjana Muda Kejuruteraan Awam ( Infrastruktur)

Cherok Tokun Environmental Study adalah aktiviti ini telah dianjurkan oleh Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan P.Pinang Seramai 5 orang pensyarah telah terlibat mengiringi pelajar dalam aktiviti tersebut iaitu Prof Shanker Kumar Sinnakaudan, Dr Nor Azliza Akbar, Ts Dr Muhamad Faizal Pakir, Dr Kuan Woei Keong dan Ts Ir Badrul Nizam Ismail.

Pelajar telah diberikan tugasan secara berkump**an bagi menyiapkan projek CEW443. Sepanjang aktiviti pendakian, pelajar berjaya mengenalpasti dan mengumpul pelbagai jenis sisa pepejal seperti botol plastik, pembungkus makanan, tin minuman dan bahan buangan lain yang ditinggalkan oleh pengunjung/pendaki. Pelajar juga menjalankan persampelan kualiti air sungai di kawasan tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja berjaya meningkatkan kebersihan laluan pendakian tetapi turut memupuk sikap prihatin, semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Aktiviti ini juga telah berjaya menyokong pencapaian SDG 4 (Quality Education), SDG 12 (Responsible Consumption and Production), SDG 13 (Climate Action), dan SDG 15 (Life on Land) melalui penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti pendidikan alam sekitar dan meningkatkan kesedaran terhadap isu kelestarian disamping memupuk nilai tanggungjawab sosial dan komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Dr Nor Azliza Akbar
Pengarah Program

Address

Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang
Permatang Pauh
13500

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6043822713

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengajian Kejuruteraan Awam - UITM Caw. Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share