Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang

Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia.

official page. Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Malaysia

26/08/2026
26/08/2026
< 26 OGOS 2026>๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ BRISK WALK PKK 2026 | LANGKAH SIHAT, WARGA CERGAS! โ˜˜๏ธ๐Ÿ”ฅWarga Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), U...
26/08/2026

< 26 OGOS 2026>

๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ BRISK WALK PKK 2026 | LANGKAH SIHAT, WARGA CERGAS! โ˜˜๏ธ๐Ÿ”ฅ

Warga Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTM Cawangan Pulau Pinang hari ini telah bersama-sama menyertai Brisk Walk PKK 2026 yang berlangsung di sekitar kampus.

Program bermula dengan aktiviti brisk walk pada jam 8.00 pagi, dengan para peserta berkumpul di hadapan Pusat Islam, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, malah menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga FKK.

Suasana program turut dimeriahkan dengan sesi sarapan bersama, cabutan bertuah dan sesi bergambar sebagai kenangan.

Terima kasih dan tahniah kepada semua warga PKK yang telah menjayakan program pada hari ini! ๐Ÿ‘๐Ÿ’ช

Ayuh, teruskan momentum dan kekalkan konsistensi untuk mencapai 10,000 langkah setiap hari! ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ”ฅโ˜˜๏ธ

Sihat Bersama, Aktif Bersama, FKK Terus Melangkah!







26/08/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” bakal berlangsung di Permatang Pauh dan lebih istimewa, program ini akan diadakan serentak dengan ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐€๐ฆ๐›๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐’๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฎ๐ก!

๐Ÿ—“๏ธ 29 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ 7.00 pagi โ€“ 6.00 petang
๐Ÿ“ UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

Pelaksanaan kedua-dua program ini bakal menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan, aktiviti komuniti, pengisian belia dan sukan serta acara menarik sempena sambutan Bulan Kebangsaan dalam satu lokasi.

Orang Permatang Pauh dan kawasan sekitar, pakat mai ramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan informasi berkaitan inisiatif kerajaan, di samping bersama-sama memeriahkan Ambang Merdeka Sahabat MADANI Permatang Pauh.

Nantikan perkongsian seterusnya mengenai pengisian dan aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang program.

Jumpa anda di Permatang Pauh!








Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM
Anwar Ibrahim

SALAM MAULIDUR RASUL 1448HุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูSelawat dan salam ke atas junjungan bes...
25/08/2026



SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal 1448H bersamaan 25 Ogos 2026, marilah kita memperbanyakkan selawat serta menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Baginda terus subur dan mendorong kita untuk mengamalkan sifat amanah, sabar, penyayang dan saling menghormati.

โ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

Ikhlas daripada:
Koordinator Prasiswazah
Fakulti Kejuruteraan Kimia
UiTM Cawangan Pulau Pinang
dan seluruh warga fakulti




24/08/2026
๐Ÿ“š BENGKEL PERMOHONAN DS14 PKK: TAKLIMAT DAN REPORT REVIEWFakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTM Cawangan Pulau Pinang te...
21/08/2026


๐Ÿ“š BENGKEL PERMOHONAN DS14 PKK: TAKLIMAT DAN REPORT REVIEW

Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah melaksanakan Bengkel Permohonan DS14 PKK: Taklimat dan Report Review pada 21 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat PKK.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Abdul Hadi sebagai fasilitator dan memberi fokus kepada persediaan permohonan kenaikan pangkat DS14, termasuk penerangan berkaitan keperluan permohonan, penyediaan dokumen serta semakan laporan bagi membantu staf membuat persediaan yang lebih teratur dan menyeluruh.

Program ini turut memberi ruang kepada staf yang telah dikenal pasti serta staf lain yang sedang dalam proses persediaan untuk memohon DS14 mendapatkan panduan secara langsung, membuat semakan dokumen dan memperkukuh pemahaman terhadap aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam proses permohonan.

Penganjuran bengkel seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha FKK UiTMCPP dalam menyokong pembangunan kerjaya, kecemerlangan akademik dan kemajuan profesional warga fakulti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Prof. Dr. Abdul Hadi atas perkongsian ilmu, panduan dan kesudian membimbing para peserta sepanjang bengkel berlangsung.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua staf yang telah memberikan komitmen dan mengambil peluang untuk memperkukuh persediaan ke arah permohonan DS14.

Semoga usaha ini dapat membantu melahirkan lebih ramai warga akademik FKK UiTMCPP yang mencapai kecemerlangan dalam kerjaya serta terus menyumbang kepada pembangunan fakulti dan universiti.

21/08/2026
< 20 OGOS 2026> ๐Ÿ†โœจ TAHNIAH SAUDARI NUR QISTINA BINTI ARIFFIN โ€“ PINGAT EMAS NEXUS 2026Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), U...
21/08/2026

< 20 OGOS 2026>

๐Ÿ†โœจ TAHNIAH SAUDARI NUR QISTINA BINTI ARIFFIN โ€“ PINGAT EMAS NEXUS 2026

Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTM Cawangan Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Nur Qistina Binti Ariffin, pelajar Tahun 3 Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) dengan Kepujian, atas kejayaan meraih Anugerah GOLD dalam Next-Gen Engineering Experience & Undergraduate Showcase (NEXUS) yang berlangsung pada 20 Ogos 2026 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Projek yang dipertandingkan bertajuk:

โ€œColloidal Stability and Aggregation Behaviour of Iron Oxide Nanoparticles for Sustainable Agricultural Applications at Different Chitosan Molecular Weightโ€

Projek ini mengetengahkan kajian berkaitan kestabilan koloid dan tingkah laku pengagregatan nanopartikel oksida besi yang distabilkan menggunakan kitosan dengan berat molekul berbeza. Kajian ini penting dalam memahami bagaimana sifat kitosan mempengaruhi kestabilan nanopartikel, sekali gus menyokong pembangunan sistem nanopartikel yang lebih stabil dan berpotensi digunakan dalam aplikasi pertanian lestari.

Penghargaan turut diberikan kepada Saudara Muhammad Faris Hakim Bin Mohamad Ridzam, graduan FKK UiTM Cawangan Pulau Pinang, atas sumbangan dan penglibatan beliau dalam projek ini.

Ahli projek:

โ€ข Nur Qistina Binti Ariffin
โ€ข Muhammad Faris Hakim Bin Mohamad Ridzam
โ€ข Ir. Ts. Mohamed Syazwan Bin Osman

Pencapaian pingat emas ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha, kreativiti dan kemampuan pelajar dalam menterjemahkan penyelidikan kepada inovasi yang mempunyai nilai aplikasi serta elemen kelestarian.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Nur Qistina Binti Ariffin atas komitmen dan pencapaian yang membanggakan ini, serta penghargaan kepada Saudara Muhammad Faris Hakim Bin Mohamad Ridzam atas sumbangan beliau.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian dalam penyelidikan, inovasi dan pembangunan profesional pada masa hadapan.

Jutaan tahniah diucapkan daripada Koordinator Prasiswazah FKK UiTMCPP dan seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

< 19 OGOS 2026>๐Ÿ”ฌโœจ TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MELAKSANAKAN EKSPERIMEN BERIMPAK TINGGI DI SLRI, THAILANDFakulti Kejuruteraan Ki...
21/08/2026

< 19 OGOS 2026>

๐Ÿ”ฌโœจ TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MELAKSANAKAN EKSPERIMEN BERIMPAK TINGGI DI SLRI, THAILAND

Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTM Cawangan Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Maimunatun Nawar Mohd Yazan, pelajar PhD UiTM Cawangan Pulau Pinang, atas kejayaan melaksanakan eksperimen penyelidikan berimpak tinggi di Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Nakhon Ratchasima, Thailand.

Penyelidikan ini dilaksanakan di Beamline BL8 โ€“ X-ray Absorption Spectroscopy (XAS) pada 13โ€“14 Ogos 2026, dalam rangka lawatan penyelidikan dari 12 hingga 15 Ogos 2026.

Maimunatun menjalankan penyelidikan di bawah penyeliaan Assoc. Prof. Ir. Dr. Chang Siu Hua menerusi projek bertajuk:

โ€œOperando TR-XANES/EXAFS Investigation of Au-Centered Redox Kinetics and Structural Evolution during Palm Oil Mill Extract-Mediated Gold Nanoparticle Formationโ€

Eksperimen synchrotron ini merupakan sebahagian daripada penyelidikan PhD yang memfokuskan kepada sintesis lestari nanopartikel emas menggunakan bahan berasaskan efluen kilang minyak sawit.

Melalui teknik X-ray Absorption Spectroscopy, khususnya pendekatan TR-XANES dan EXAFS, eksperimen ini membolehkan perubahan keadaan kimia emas serta evolusi struktur setempatnya dipantau dengan lebih terperinci sepanjang proses pembentukan nanopartikel.

Pendekatan operando ini penting bagi membantu memahami kinetik redoks dan mekanisme pembentukan nanopartikel emas secara langsung, sekali gus memberikan asas saintifik yang lebih kukuh dalam pembangunan kaedah sintesis nanobahan yang lebih hijau, lestari dan berasaskan sumber bio.

Kejayaan mendapatkan dan melaksanakan beamtime di fasiliti synchrotron antarabangsa seperti SLRI turut mencerminkan keupayaan penyelidik dan pelajar pascasiswazah FKK UiTMCPP untuk menjalankan penyelidikan menggunakan kemudahan analisis termaju serta membina jaringan penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Maimunatun Nawar Mohd Yazan dan Assoc. Prof. Ir. Dr. Chang Siu Hua atas pencapaian ini.

Ucapan tahniah daripada Koordinator Prasiswazah FKK UiTMCPP dan seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Semoga hasil eksperimen ini dapat menyumbang kepada penerbitan berimpak tinggi, memperkukuh penyelidikan nanoteknologi lestari serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi antarabangsa pada masa hadapan.

Address

Faculty Of Chemical Engineering, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh
Permatang Pauh
13500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang:

Shortcuts

Share