ACIS UiTM PULAU PINANG

Call Directions Website

ACIS UiTM PULAU PINANG ACIS adalah Akademi Pengajian Islam Kontemporari. Dahulunya ACIS adalah CITU

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.📖 IQRA’ INSIGHTS Edisi Jun 2026 kini telah diterbitkan!Edisi kali ini menampi...
13/10/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

📖 IQRA’ INSIGHTS Edisi Jun 2026 kini telah diterbitkan!

Edisi kali ini menampilkan pelbagai penulisan menarik, antaranya slot Wakaf Ilmu bersama Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di samping perkongsian artikel ilmiah daripada warga akademik dalam dan luar negara.

📝 Baca e-Buletin:
https://canva.link/qp51nflnp4gmfc5

🌐 Buletin ini juga kini boleh diakses melalui tab Penerbitan di laman sesawang rasmi ACIS, UiTM Cawangan Pulau Pinang:

https://penang.uitm.edu.my/index.php/en/component/sppagebuilder/?view=page&id=95 -tab-o9Sh3fpDsHo6i9jyG_kQs8

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat dan menjadi inspirasi kepada semua pembaca.

Terima kasih atas sokongan dan sumbangan semua pihak dalam menjayakan penerbitan ini.

Sidang Editor
IQRA’ INSIGHTS
Unit Penerbitan ACIS, UiTMCPP

Check out this A4 designed by HUSEIN BASHIR BIN MOHD TAJUDDIN KPM-Guru.

PROGRAM TEAM BUILDING ACIS 2026 ERAT UKHUWWAH, PERKUKUH KEBERSAMAAN24 September 2026 – Akademi Pengajian Islam Kontempor...
25/09/2026

PROGRAM TEAM BUILDING ACIS 2026 ERAT UKHUWWAH, PERKUKUH KEBERSAMAAN

24 September 2026 – Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program Team Building ACIS 2026 bertempat di Blackstone Campsite, Sungai Sedim, Kedah. Program sehari yang berlangsung dalam suasana alam semula jadi yang tenang dan mendamaikan ini menghimpunkan warga ACIS bagi memperkukuh ukhuwwah dan semangat kebersamaan.

Program ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara warga ACIS, khususnya dalam membina komunikasi dan keserasian antara pensyarah baharu dan lama. Selain memberi ruang untuk keluar seketika daripada rutin tugas akademik, program ini turut membuka peluang kepada warga ACIS untuk saling mengenali dengan lebih dekat dalam suasana santai dan mesra.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan, antaranya sukaneka berkumpulan serta aktiviti santai yang menekankan kerjasama, komunikasi dan semangat berpasukan. Suasana ukhuwwah turut diperkukuh menerusi aktiviti BBQ dan masak-memasak bersama, sekali gus mewujudkan interaksi yang lebih santai antara warga jabatan.

Program turut dimeriahkan dengan aktiviti tukar hadiah yang berlangsung dalam suasana ceria dan penuh kejutan. Aktiviti tersebut menjadi antara momen yang menceriakan program serta meninggalkan kenangan manis kepada para peserta.

Penganjuran Program Team Building ACIS 2026 diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan profesional dan persaudaraan dalam kalangan warga ACIS. Semoga ukhuwwah yang terjalin menjadi pemangkin kepada suasana kerja yang harmoni, saling menyokong dan produktif dalam keluarga besar ACIS UiTM Cawangan Pulau Pinang.



PROGRAM SKOR A SPM ILTIZAM HUFFAZ 2026PERMATANG PAUH, 8-10 September 2026 – Program Skor A SPM Iltizam Huffaz 2026 telah...
15/09/2026

PROGRAM SKOR A SPM ILTIZAM HUFFAZ 2026

PERMATANG PAUH, 8-10 September 2026 – Program Skor A SPM Iltizam Huffaz 2026 telah berlangsung pada 8 hingga 10 September 2026 bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang.

Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Geran Knowledge Advancement Through Social Science for Community (KATSS), anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Seramai 48 orang pelajar tahfiz terpilih dari seluruh Pulau Pinang di bawah YIPP telah menyertai program yang memberi fokus kepada pengukuhan akademik, teknik menjawab soalan SPM, motivasi serta pembentukan jati diri sebagai persediaan menghadapi SPM 2026.

Pelaksanaan program ini turut menjadi platform pementoran dan perkongsian ilmu antara mentor iaitu pelajar Unit Plus Tahfiz dan mentee iaitu pelajar Iltizam Huffaz YIPP dalam usaha memperkasa potensi serta aspirasi pendidikan dan kerjaya pelajar tahfiz.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, sahsiah dan masa depan pelajar Iltizam Huffaz.



📣 PROGRAM SKOR A SPM ILTIZAM HUFFAZAyuh adik-adik calon SPM! 💪📚Sertai Sesi Motivasi “RAISE ME UP!” untuk membina semanga...
08/09/2026

📣 PROGRAM SKOR A SPM ILTIZAM HUFFAZ

Ayuh adik-adik calon SPM! 💪📚
Sertai Sesi Motivasi “RAISE ME UP!” untuk membina semangat, keyakinan dan momentum menuju kejayaan SPM. 🌟

📅 9 September 2026
⏰ 5.00 petang
📍 Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang
🎤 Mohamad Solhi bin Mohd Sharif
Emotional Intelligence Specialist & Life Coach

✨ Bangkitkan semangat, kuatkan iltizam, raih kejayaan!

Anjuran ACIS UiTMCPP dengan kerjasama Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dan PTAR UiTMCPP.

📚 BACAAN PANTAS BERSAMA PTAR 📚Jom manfaatkan masa dengan aktiviti membaca bersama! ✨Luangkan 1 jam untuk menyemarakkan b...
08/09/2026

📚 BACAAN PANTAS BERSAMA PTAR 📚

Jom manfaatkan masa dengan aktiviti membaca bersama! ✨
Luangkan 1 jam untuk menyemarakkan budaya membaca dan menambah ilmu.

📅 8 September 2026
⏰ 2.30 – 3.30 petang
📍 Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

Dengan kerjasama ACIS UiTM Cawangan Pulau Pinang.

📖 Jom baca, tambah ilmu, luas pemikiran!



📚 PROGRAM SKOR 4 SPM – ILTIZAM HUFFAZ SESI 2026Program SKOR 4 SPM sedang berlangsung pada 8–10 September 2026 bertempat ...
08/09/2026

📚 PROGRAM SKOR 4 SPM – ILTIZAM HUFFAZ SESI 2026

Program SKOR 4 SPM sedang berlangsung pada 8–10 September 2026 bertempat di Kampus UiTM Pulau Pinang.

Program ini menghimpunkan para pelajar huffaz sebagai persediaan menghadapi SPM melalui pengukuhan subjek akademik dan pendidikan Islam.

✨ “Melangkah Yakin, Menggapai Cita, Berlandaskan Ilmu dan Taqwa”

Semoga segala usaha dipermudahkan dan program ini menjadi pemangkin kejayaan anak-anak huffaz dunia dan akhirat. 🤲🏻

Generasi Huffaz, Pemimpin Masa Depan.



📚 PROGRAM SKOR A SPM – ILTIZAM HUFFAZ 2026Sedang berlangsung 8–10 September 2026 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM C...
08/09/2026

📚 PROGRAM SKOR A SPM – ILTIZAM HUFFAZ 2026

Sedang berlangsung 8–10 September 2026 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

✨ Bengkel SPM bersama mentee sebagai usaha membimbing dan memperkasa aspirasi pelajar tahfiz menuju kecemerlangan SPM.

Semoga segala ilmu, usaha dan bimbingan menjadi asbab kejayaan anak-anak huffaz. 🤲📖

“Kolaborasi Ilmu, Bimbingan dan Aspirasi Membina Masa Depan Gemilang.”


Tahniah Dr. Mohd Sabree Nasri atas perkongsian Ilmiah yang amat bermanfaat. Jemput baca warga FB dan boleh kongsikan man...
02/07/2026

Tahniah Dr. Mohd Sabree Nasri atas perkongsian Ilmiah yang amat bermanfaat. Jemput baca warga FB dan boleh kongsikan manfaat bersama.

ACIS UiTM Caw. Pulau Pinang amat menghargai segala usaha dakwah melalui penulisan dalam kalangan para pensyarah. Semoga terus kekal momentum penyebaran dakwah melalui penulisan yang bermutu.

1 Julai 2026/16 Muharram 1448HAlhamdulillahProgram Kolokium Pemerkasaan MPU 2026  ; 5 Minit Pembentangan Kolokium ACISAl...
01/07/2026

1 Julai 2026/16 Muharram 1448H

Alhamdulillah

Program Kolokium Pemerkasaan MPU 2026
; 5 Minit Pembentangan Kolokium ACIS

Alhamdulillah …telah berlansung program ini bertempat di PTAR UiTMCPP. Bermula pada jam 9 pagi dengan majlis perasmian.

Pada jam 9.30 maka bermulalah sesi pertandingan pembentangan 5min Kolokium ACIS sehingga Jam 12 tengahari. Terdapat 3 pemenang utama dan 10 pemenang saguhati.

Juri² yang terdiri dari kalangan pensyarah² ACIS telahpun diberi taklimat dan berjaya menghakimi sebanyak 28 kumpulan pembentang.

Pada masa yang sama telah berjalan 15 pembentangan hasil kajian para pensyarah ACIS dibentangkan kepada seluruh hadirin dalam kalangan pelajar.

Program sebegini akan terus diadakan supaya para pelajar mendapat pendedahan dan pengalaman yang sewajarnya.

12 Februari 2026Program Seminar Usahawan Taqwa to Wealth telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Perpustakaan Tun Ab...
12/02/2026

12 Februari 2026

Program Seminar Usahawan Taqwa to Wealth telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang melalui kerjasama strategik iTEKAD Bank Islam Malaysia Berhad dan UiTM CPP.

Seminar yang disertai usahawan mikro serta pensyarah UiTM dengan penekanan terhadap konsep keusahawanan sebagai ibadah dan jihad ekonomi, berteraskan nilai taqwa, etika dan integriti.

Para peserta turut didedahkan kepada peluang sokongan dan pembiayaan iTEKAD Bank Islam serta pembinaan jaringan bersama mentor berpengalaman.

Dengan Objektif Program :
* Membina kefahaman bahawa bisnes adalah satu bentuk ibadah dan jihad ekonomi
* Melahirkan usahawan bertaqwa yang menjadikan nilai Islam sebagai teras pengurusan perniagaan
* Memberi pendedahan tentang peluang, sokongan dan pembiayaan iTEKAD Bank Islam
* Memotivasikan peserta untuk bangkit daripada kesusahan ekonomi melalui keusahawanan yang berkat

Program ini diharap dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing, beretika dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah secara mampan.

Kami dari ACIS mengucapkan ribuan Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. JazakAllahuKhair

Address

Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Permatang Pauh
13500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ACIS UiTM PULAU PINANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share