16/04/2026
π₯ π―πππ π²ππππππππππ π·πΊπ· 2026 π΄πππππ π©ππππππ π²πππππππ πππππ π©ππππ πΉππππ π΄ππ
π πΊπ·π»
Politeknik Seberang Perai, 15 April 2026 β Hari Kokurikulum PSP 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Politeknik Seberang Perai sempena Karnival Yakin Boleh Rakan Muda @ SPT. Program ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan, PSP dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah, Unit Tabung Darah Hospital Seberang Jaya, serta Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PSP dan Sekretariat Rakan Muda PSP.
Seramai 1,268 orang pelajar semester 1 dan 2 telah menyertai program ini dengan sambutan yang amat menggalakkan.
Program ini turut dimeriahkan dengan Senamrobik Perdana yang menyemarakkan suasana dengan penuh tenaga dan semangat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program, termasuk E-Sport, catur, dart, memanah dan frisbee, selain pertandingan mewarna, kuiz Kahoot!, edit poster Canva, penanaman pokok, kelas memasak kuih tradisional, pameran kelab dan persatuan serta pameran badan beruniform.
Turut menjadi tumpuan ialah Program Derma Darah anjuran Unit Tabung Darah Hospital Seberang Jaya yang berjaya menarik penyertaan warga kampus dalam usaha murni membantu masyarakat.
Program ini telah berjaya mengumpulkan hampir keseluruhan pelajar dan warga PSP dalam memupuk semangat kerjasama, perpaduan, kepimpinan serta gaya hidup sihat, selaras dengan matlamat penganjuran program selain mencungkil bakat pelajar dalam bidang kepimpinan dan juga sukan.
in sport, leaders in life