Persatuan Mahasiswa Anak Melaka Universiti Malaya - Makmum

Persatuan Mahasiswa Anak Melaka Universiti Malaya - Makmum Persatuan Mahasiswa Anak Melaka Universiti Malaya (MAKMUM) merupakan sebuah wadah penyatuan kepada anak jati Melaka yang menuntut di Universiti Malaya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Persatuan Mahasiswa Anak Melaka Universiti Malaya (MAKMUM) merupakan sebuah persatuan anak negeri yang berdaftar dalam kampus. MAKMUM merupakan sebuah wadah penyatuan kepada anak jati negeri Melaka yang menuntut di Universiti Malaya dan menjadi sebuah institusi persatuan terbesar bagi negeri Melaka dalam kawasan Universiti Malaya. Persatuan

ini telah diberikan nafas baru setelah sekian lama terkubur dan beberapa perubahan struktur telah dibuat bagi menampakkan persatuan ini kembali gah setara dengan persatuan-persatuan anak negeri yang lain. Objektif:
1. Merapatkan kembali ukhwah mahasiswa Melaka yang menuntut di Universiti Malaya dalam sebuah persatuan anak negeri yang berdaftar oleh kampus.

2. Menjadi wadah dalam mempromosikan kampus kepada bakal-bakal mahasiswa di Melaka dalam menjadikan Universiti Malaya sebagai pilihan pertama dalam kemasukan IPTA.

3. Menjalinkan hubungan kemasyarakatan dengan masyarakat di Melaka supaya memudahkan kampus dalam menguruskan hal-hal berkaitan yang melibatkan aktiviti-aktiviti di kawasan Melaka.

4. Memperjuangkan hak-hak mahasiswa Melaka dalam kampus dan diluar kampus. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saudara Firdaus Zakri di no tel: 012-6140157

[E-Mesyuarat Agung Tahunan Makmum sesi 21/22]Pada 10 ogos 2022 iaitu hari Rabu Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan MAKMUM ...
11/08/2022

[E-Mesyuarat Agung Tahunan Makmum sesi 21/22]
Pada 10 ogos 2022 iaitu hari Rabu Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan MAKMUM telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian. E-Mesuarat Agung Tahunan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memilih Majlis Tertinggi yang baharu serta melabuhkan tirai pimpinan sesi 2021/2022.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghadirkan diri dalam memeriahkan serta melancarkan E-AGM pada kali ini. Kehadiran anda amat memberi makna kepada Persatuan MAKMUM. Mohon maaf atas segala kekurangan daripada pihak kami sepanjang sesi ini.
Semoga Kita Berjumpa Lagi dan Selamat Maju Jaya!!!
# MAKMUM21/22

[E- Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2021/2022]Assalamulaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, Persatuan Mahasiswa Melaka Universi...
10/08/2022

[E- Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2021/2022]

Assalamulaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Persatuan Mahasiswa Melaka Universiti Malaya (MAKMUM) akan mengadakan E-Mesyuarat Agung Tahunan bagi mengumumkan keputusan pengundian calon barisan pimpinan MAKMUM sesi 2022/2023 pada ketetapan berikut:

*Tarikh: 10 Ogos 2022 (RABU)*
*Masa: 8.30 Malam*
*Platform: _Microsoft Teams_*

🎯Oleh itu, kami ingin menjemput semua ahli MAKMUM untuk datang menghadirkan diri bagi melancarkan sekaligus memeriahkan mesyuarat tahunan pada kali ini. Jom sama-sama kita menghadirkan diri untuk AGM kali ini demi nama MAKMUM.

PersatuanMahasiswaMelaka 21/22
21/22

09/08/2022
[RAMADAN AL MUBARAK]MAKMUM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang beragama Isla...
02/05/2022

[RAMADAN AL MUBARAK]

MAKMUM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang beragama Islam. Semoga Lebaran kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.

/22

[HARI PENGISYTIHARAN MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH]Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah oleh UNESCO pad...
15/04/2022

[HARI PENGISYTIHARAN MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH]

Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah oleh UNESCO pada tahun 2008.

/22

[RAMADAN AL MUBARAK]MAKMUM mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam. Semoga Ramadan...
02/04/2022

[RAMADAN AL MUBARAK]

MAKMUM mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.

/22

[SALAM ISRAK MIKRAJ]MAKMUM mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada semua yang beragama Islam. Semoga Israk Mikraj kali ini...
01/03/2022

[SALAM ISRAK MIKRAJ]

MAKMUM mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada semua yang beragama Islam. Semoga Israk Mikraj kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.

/22

Address

Persatuan Mahasiswa Anak Melaka Universiti Malaya (MAKMUM)
Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Anak Melaka Universiti Malaya - Makmum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Persatuan Mahasiswa Anak Melaka Universiti Malaya - Makmum:

Share