02/10/2026
🧊 CRYOREHAB 2026: “FREEZE THE NERVE, RESTORE THE FUNCTION”
Memperkasa Inovasi dalam Pengurusan Sakit dan Pemulihan 🧊
1 Oktober 2026 | Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia melalui Jabatan Perubatan Rehabilitasi telah berjaya menganjurkan Program CryoRehab 2026 – Freeze the Nerve, Restore the Function, sebuah program yang mengetengahkan pendekatan inovatif dalam pengurusan kesakitan dan pemulihan melalui teknologi cryoneurolysis.
Program ini menghimpunkan para profesional kesihatan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan aplikasi cryoneurolysis dalam pengurusan pesakit, khususnya dalam bidang rehabilitasi.
Sesi perkongsian ilmu dan hands-on telah disampaikan oleh Dr I Wayan Widana, Pakar Perunding Anestesiologi daripada Indonesia, dan dibantu oleh facilitator Dr Abdul Rahman bin Ab Hamid, Pakar Perubatan Rehabilitasi daripada Hospital Rehabilitasi Cheras, serta Dr Lui Ken Yi, Pakar Perunding Anestesiologi daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya
Penganjuran CryoRehab 2026 turut mencerminkan komitmen HSAAS dalam memperkukuh budaya inovasi, pendidikan berterusan dan amalan klinikal berasaskan bukti, selaras dengan aspirasi hospital sebagai pusat kecemerlangan klinikal dalam bidang kesihatan dan pemulihan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan penceramah, fasilitator, peserta, Ahli Jawatankuasa CryoRehab 2026, serta rakan kolaborasi dan penaja program, khususnya EaseMedic, LeadMed Dan LAC Medical atas sokongan, komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga CryoRehab 2026 menjadi platform yang berterusan dalam memperkasakan ilmu, menggalakkan inovasi serta meningkatkan kualiti perkhidmatan rehabilitasi demi manfaat pesakit.
“Freeze the Nerve, Restore the Function.” 🧊✨