Persatuan Alumni Open University Malaysia

Directions Website Contact the university

Persatuan Alumni Open University Malaysia Persatuan Alumni Open University Malaysia (PAOUM)

Majlis Pelancaran Naskhah Karya Dr Malik Yatam "PhD dari Penjara" akan diadakan pada 10 September 2026 (Khamis) jam 10.0...
10/09/2026

Majlis Pelancaran Naskhah Karya Dr Malik Yatam "PhD dari Penjara" akan diadakan pada 10 September 2026 (Khamis) jam 10.00 pagi di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

https://www.youtube.com/live/Cw9_dxvv9Wk

Persatuan Alumni Open University Malaysia
Open University Malaysia

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

❝PAOUM memandang serius kenyataan di media sosial yang menggunakan frasa “Bukan DIPLOMA OUM” dalam bentuk perbandingan y...
08/09/2026

❝PAOUM memandang serius kenyataan di media sosial yang menggunakan frasa “Bukan DIPLOMA OUM” dalam bentuk perbandingan yang boleh ditafsirkan sebagai memperkecilkan mereka yang memilih OUM sebagai medan menuntut ilmu.❞

Persatuan Alumni Open University Malaysia

Persatuan Alumni Open University Malaysia (PAOUM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Bendahari PAOUM, YBrs...
18/06/2026

Persatuan Alumni Open University Malaysia (PAOUM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Bendahari PAOUM, YBrs. Tuan Yusrizal Zainol Abidin atas pelantikan sebagai Anggota Tribunal Bagi Anti Buli (TAB) yang berkuat kuasa pada 16 Jun 2026 lalu.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kewibawaan, integriti serta komitmen berterusan beliau dalam menegakkan keadilan dan memperjuangkan kesejahteraan masyarakat. Amanah yang besar ini pastinya menuntut kebijaksanaan, ketegasan dan kebersamaan dalam memastikan setiap individu mendapat pembelaan sewajarnya, sekali gus menyumbang ke arah pembentukan persekitaran yang lebih selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk dalam melaksanakan amanah yang dipikul. Mudah-mudahan segala usaha dan bakti yang dicurahkan menjadi asbab kepada lahirnya sebuah masyarakat yang lebih beradab, berperikemanusiaan serta menjunjung tinggi nilai keadilan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah. Semoga terus cemerlang mengangkat martabat keadilan demi agama, bangsa dan negara.

Persatuan Alumni Open University Malaysia (PAOUM)

Penulisan yang menarik daripada Dekan Faculty of Social Sciences & Humanities - FSSH, Open University Malaysia Prof Mady...
18/06/2026

Penulisan yang menarik daripada Dekan Faculty of Social Sciences & Humanities - FSSH, Open University Malaysia Prof Madya Dr Hamidah Mat

Selamat membacanya.

❝𝐓i𝐝a𝐤 𝐝i𝐧a𝐟i𝐤a𝐧, k𝐞l𝐮l𝐮s𝐚n a𝐤a𝐝e𝐦i𝐤 𝐬e𝐦e𝐦a𝐧g𝐧y𝐚 𝐦e𝐦p𝐮n𝐲a𝐢 𝐧i𝐥a𝐢 𝐲a𝐧g b𝐞s𝐚r d𝐚l𝐚m d𝐮n𝐢a p𝐫o𝐟e𝐬i𝐨n𝐚l. 𝐍a𝐦u𝐧 𝐝a𝐫i s𝐮d𝐮t p𝐚n𝐝a𝐧g s𝐲a𝐫i𝐚h, 𝐦a𝐤n𝐚 𝐬e𝐛u𝐚h s𝐢j𝐢l d𝐚n i𝐣a𝐳a𝐡 𝐣a𝐮h l𝐞b𝐢h m𝐞n𝐝a𝐥a𝐦 𝐝a𝐫i𝐩a𝐝a s𝐞k𝐚d𝐚r s𝐞k𝐞p𝐢n𝐠 𝐤e𝐫t𝐚s a𝐭a𝐮 𝐠e𝐥a𝐫a𝐧 𝐩a𝐝a p𝐚n𝐠k𝐚l n𝐚m𝐚.❞

https://mediaselangor.com/ms/2026/06/379716

Prof Madya Dr Hamidah Mat
Dekan Faculty of Social Sciences & Humanities - FSSH, Open University Malaysia Open University Malaysia

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh warga alumni Open University Malaysia (OUM), para pelajar, pensyarah,...
17/06/2026

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh warga alumni Open University Malaysia (OUM), para pelajar, pensyarah, kakitangan Open University Malaysia serta seluruh umat Islam, di mana pun berada.

𝑯𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒑𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕 𝒌𝒆 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏, 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒎𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖𝒊 𝒏𝒊𝒂𝒕, 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒖𝒌𝒖𝒉 𝒊𝒍𝒎𝒖, 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒆𝒍𝒐𝒌 𝒂𝒌𝒉𝒍𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒖𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒈𝒂𝒎𝒂, 𝒎𝒂𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒌𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝒏𝒆𝒈𝒂𝒓𝒂.

𝑺𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒉𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒂𝒓 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒔𝒂𝒓 𝒔𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒖𝒍𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒓𝒂𝒏𝒊𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌𝒊 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒊𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒂𝒌𝒕𝒊.

Sebagai sebuah komuniti alumni yang menghimpunkan graduan daripada pelbagai latar belakang, marilah kita terus memperkukuhkan ukhuwah, menyuburkan budaya pembelajaran sepanjang hayat, serta bersama-sama menjadi agen perubahan yang membawa manfaat kepada masyarakat. Ilmu yang diperoleh bukan hanya menjadi kebanggaan peribadi, tetapi menjadi amanah untuk dimanfaatkan demi membina sebuah negara yang lebih berilmu, berintegriti dan berdaya saing.

Semoga tahun baharu Hijrah 1448H ini membawa sinar harapan, keberkatan rezeki, kejayaan dalam setiap usaha, ketenangan jiwa serta kekuatan untuk terus melakar kecemerlangan dalam kehidupan, kerjaya dan perjuangan membangunkan ummah.

"H𝐢j𝐫a𝐡 𝐌e𝐦b𝐢n𝐚 𝐈n𝐬a𝐧, I𝐥m𝐮 𝐌e𝐦p𝐞r𝐤a𝐬a U𝐦m𝐚h, 𝐀l𝐮m𝐧i M𝐞n𝐠i𝐧s𝐩i𝐫a𝐬i M𝐚s𝐚 𝐇a𝐝a𝐩a𝐧."

Persatuan Alumni Open University Malaysia (PAOUM)

𝗣𝗔𝗢𝗨𝗠 𝗕𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗥𝗲𝘁𝗿𝗲𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗢𝗨𝗠Jawatankuasa Pimpinan Persatuan Alumni Open Unive...
16/06/2026

𝗣𝗔𝗢𝗨𝗠 𝗕𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗥𝗲𝘁𝗿𝗲𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗢𝗨𝗠

Jawatankuasa Pimpinan Persatuan Alumni Open University Malaysia (PAOUM) telah mengadakan satu sesi pertemuan strategik bersama Presiden Open University Malaysia, Prof Dato' Dr Ahmad Izanee Awang dan Naib Presiden OUM, Prof. Dr. Yon Rosli Daud bagi membentangkan hasil serta dapatan daripada Retreat PAOUM yang telah berlangsung di Bukittinggi, Pahang, pada 16 & 17 Mei lalu.

Delegasi PAOUM diketuai oleh Presiden PAOUM, Dr Shamsul Zuraimi Mat Shah bersama Timbalan Presiden, Noor Haizad Halal, Setiausaha PAOUM, Dewi Kembang Abd Hamid serta Penolong Setiausaha 1, Atriza Umar.

Turut hadir mewakili Centre for Alumni Relations (CAR) ialah Cik Laila Sukma Ngah, Tengku Halimah Tengku Bakar dan Puan W Intan Munira Yusuf.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh keterbukaan itu memberi ruang kepada PAOUM untuk berkongsi pelbagai cadangan, idea strategik serta hala tuju yang telah dibincangkan sepanjang Retreat bulan lalu. Pembentangan tersebut menyentuh usaha memperkukuh jaringan alumni, memperluas penglibatan graduan dalam program universiti, memperkasa peranan alumni serta membina ekosistem yang lebih dinamik antara alumni dan universiti.

Lebih membanggakan, Presiden OUM menunjukkan reaksi yang sangat positif terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan. Beliau bukan sahaja memberikan perhatian yang serius terhadap setiap idea yang dibentangkan, malah turut menyatakan keyakinan bahawa PAOUM mempunyai potensi besar untuk menjadi rakan strategik universiti dalam mengangkat jenama OUM ke tahap yang lebih tinggi.

Semangat optimisme yang dizahirkan oleh pihak pengurusan tertinggi OUM menjadi suntikan motivasi kepada seluruh kepimpinan PAOUM untuk terus bergerak ke hadapan. Ia membuktikan bahawa suara alumni sentiasa dihargai dan pandangan yang dikemukakan diberi pertimbangan sewajarnya demi kemajuan bersama.

Pertemuan ini juga memperlihatkan hubungan erat yang terjalin antara PAOUM, pihak pengurusan universiti dan Centre for Alumni Relations. Kesepakatan yang terhasil menjadi asas penting dalam memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan secara berfasa, tersusun dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti alumni OUM di dalam dan luar negara.

Apa yang lebih penting, pertemuan ini mengukuhkan lagi komitmen bahawa kejayaan OUM bukan sekadar terletak pada kecemerlangan akademiknya, tetapi juga pada kekuatan jaringan alumninya. Alumni yang aktif, berwibawa dan sentiasa menyumbang kembali kepada alma mater merupakan aset yang amat bernilai dalam membina masa depan universiti.

PAOUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof Dato Presiden OUM, Naib Presiden OUM serta pas**an Centre for Alumni Relations atas kesudian menerima kunjungan dan memberikan ruang kepada PAOUM untuk berkongsi aspirasi serta perancangan masa hadapan.

Semoga hubungan erat yang terjalin ini terus diperkukuhkan, selaras dengan semangat untuk sentiasa bergandingan, saling memperkasa dan bersama-sama mengharumkan nama Open University Malaysia.

Persatuan Alumni Open University Malaysia

AJK PAOUM SERTAI MUZAKARAH PAKAR ISU BULI DI IKIMKUALA LUMPUR | 11 Jun 2026 — Ahli Jawatan kuasa Persatuan Alumni Open U...
12/06/2026

AJK PAOUM SERTAI MUZAKARAH PAKAR ISU BULI DI IKIM

KUALA LUMPUR | 11 Jun 2026 — Ahli Jawatan kuasa Persatuan Alumni Open University Malaysia (PAOUM) telah berpeluang menyertai Muzakarah Pakar Bahas Isu Buli dari Perspektif Psikologi dan Kesihatan Mental yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), bertempat di Bilik Persidangan IKIM.

PAOUM diwakili oleh Timbalan Setiausaha, Puan Atriza Umar, Bendahari, Encik Yusrizal Zainol Abidin (Yusrie ZA), dan Timbalan Bendahari, Encik Abdul Rashid Abdul Majid. Walaupun hadir mewakili jabatan dan agensi masing-masing, pertemuan ini menjadi lebih bermakna apabila ketiga-tiganya dipertemukan atas nama kebersamaan dalam Jawatankuasa PAOUM.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi IKIM, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman. Muzakarah ini menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang psikologi, kesihatan mental dan pendidikan bagi membincangkan isu buli secara menyeluruh, khususnya dari aspek punca, kesan serta pendekatan pencegahan yang lebih berkesan.

Antara pembentangan utama yang diketengahkan ialah “Anatomi Psikologi Pembuli: Antara Trauma Silam dan Keinginan Berkuasa” oleh Dr. Hazli Zakaria, “Luka yang Tidak Berdarah: Impak Buli terhadap Kesihatan Mental Mangsa” oleh Prof. Dr. Noor Azimah Muhammad dari Universiti Kebangsaan Malaysia, serta “Membina Ekosistem Selamat: Pendekatan Psikososial dan Kerangka Polisi Anti-Buli” oleh Dr. Shairatul Azlin Abdul Shukor dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muzakarah ini memberi kefahaman penting bahawa isu buli bukan semata-mata masalah disiplin, tetapi turut berkait rapat dengan trauma, tekanan emosi, kesihatan mental, pengaruh persekitaran dan budaya kuasa. Justeru, usaha menangani buli perlu digerakkan secara menyeluruh melalui pendidikan, sokongan psikososial, dasar yang jelas serta pembinaan ekosistem yang selamat dan berempati.

"Bagi kami yang hadir, penyertaan ini membuka ruang kesedaran bahawa alumni juga berperanan besar dalam menyantuni isu masyarakat, khususnya dalam membina komuniti yang lebih peduli, matang dan bertanggungjawab. Ilmu yang diperoleh daripada muzakarah ini amat bernilai untuk memperkukuh peranan PAOUM sebagai wadah alumni yang bukan sahaja aktif dalam jaringan pendidikan, tetapi juga prihatin terhadap kesejahteraan sosial dan mental masyarakat," ujar Atriza Umar

Tahniah IKIM atas penganjuran muzakarah yang sangat signifikan, berimpak dan tepat pada masanya. Semoga usaha seperti ini terus menjadi pemangkin kepada gerakan membina masyarakat yang lebih selamat, penyayang dan bebas daripada budaya buli.

Insya-Allah, PAOUM terus komited membawa nilai ilmu, kepedulian dan kebersamaan demi masyarakat yang lebih sejahtera.

Persatuan Alumni Open University Malaysia

🔥 PENCARIAN BAKAT HOST PODCAST PAOUM KINI DIBUKA! 🎙️✨Suara Anda, Inspirasi Kita!Anda petah bercakap?Anda s**a berkongsi ...
03/06/2026

🔥 PENCARIAN BAKAT HOST PODCAST PAOUM KINI DIBUKA! 🎙️✨

Suara Anda, Inspirasi Kita!
Anda petah bercakap?
Anda s**a berkongsi idea, ilmu dan pengalaman?
Anda ada keyakinan untuk menjadi wajah dan suara inspirasi komuniti alumni?

Inilah masanya untuk anda menyerlah!

Persatuan Alumni Open University Malaysia kini membuka peluang kepada individu yang berbakat, bersemangat dan berwawasan untuk menjadi Host Podcast PAOUM - sebuah platform perkongsian ilmu, pengalaman, cerita kejayaan dan inspirasi buat seluruh komuniti alumni OUM.

Kami mencari calon host yang mempunyai komunikasi berkesan, personaliti menarik, berpengetahuan luas, mampu bekerja berpas**an serta komited dan fleksibel dalam menjayakan produksi podcast PAOUM.

Podcast ini bukan hanya tempat berbicara, tetapi medan untuk mengangkat suara alumni, menyebarkan inspirasi, membina jaringan, dan mencipta impak yang lebih besar kepada masyarakat.

🎙️ Jom jadi sebahagian daripada wajah baharu PAOUM!

Bersama kita berkongsi ilmu, menginspirasi dan membina komuniti alumni yang lebih hebat.

📌 Mohon sekarang:
Imbas QR Code pada poster atau isi borang melalui pautan berikut:

https://forms.gle/dbPQj82ZHH1TgSWd9⁠

Sebarang pertanyaan, hubungi:

📞 Dr Shamsul Zuraimi Mat Shah – 014-552 3175
📞 En Noor Haizad Halal – 019-383 5967

PAOUM membuka ruang. Anda bawa suara. Kita sebarkan inspirasi.

Persatuan Alumni Open University Malaysia

03/06/2026

I got over 10 reactions on one of my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketabahan dalam menempuh kehidupan.Sebagai pelajar atau alumni ...
27/05/2026

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketabahan dalam menempuh kehidupan.

Sebagai pelajar atau alumni OUM, pengorbanan masa, tenaga dan komitmen demi menuntut ilmu sambil menggalas tanggungjawab keluarga serta kerjaya adalah satu perjuangan yang amat bermakna dan wajar dihargai.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kekuatan baharu untuk kita terus melangkah, berbakti dan memberi makna kepada kehidupan.

Akhir kata, saya mewakili Persatuan Alumni Open University Malaysia mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada,
Dr Shamsul Zuraimi Mat Shah
Presiden
Persatuan Alumni Open University Malaysia

Address

Menara OUM, Block C, Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya
Petaling Jaya
47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni Open University Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Persatuan Alumni Open University Malaysia:

Shortcuts

Share