OUM Digital Media

Call Directions Website Contact the university

OUM Digital Media Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from OUM Digital Media, Menara OUM, Blok C, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Centre for Digital Media (CDM) is Open University Malaysia’s in-house creative and production team, focusing on visual storytelling, digital content, and media execution that works.

07/10/2026

Meneroka teknologi imersif, memperluas potensi kerjasama.

Centre for Digital Media (CDM), Open University Malaysia (OUM), telah mengadakan lawatan ke XR Summits Sdn Bhd dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr Louis Clovis.

Lawatan ini bertujuan mengenali perkhidmatan dan penyelesaian teknologi yang ditawarkan, khususnya dalam bidang Extended Reality (XR), termasuk Virtual Reality (VR), serta meneroka potensi aplikasinya di OUM.

Perbincangan turut merangkumi potensi penerapan teknologi untuk membangunkan pengalaman imersif, termasuk bagi keperluan galeri baharu OUM di Menara OUM, serta peluang peningkatan kemahiran pasukan CDM dan kerjasama pada masa hadapan.

Terima kasih kepada Mr Louis Clovis dan pasukan atas sambutan serta perkongsian yang diberikan.

KolaborasiIndustri

Meneroka teknologi imersif, memperluas potensi kerjasama.Centre for Digital Media (CDM), Open University Malaysia (OUM),...
07/10/2026

Meneroka teknologi imersif, memperluas potensi kerjasama.

Centre for Digital Media (CDM), Open University Malaysia (OUM), telah mengadakan lawatan ke XR Summits Sdn Bhd dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr Louis Clovis.

Lawatan ini bertujuan mengenali perkhidmatan dan penyelesaian teknologi yang ditawarkan, khususnya dalam bidang Extended Reality (XR), termasuk Virtual Reality (VR), serta meneroka potensi aplikasinya di OUM.

Perbincangan turut merangkumi potensi penerapan teknologi untuk membangunkan pengalaman imersif, termasuk bagi keperluan galeri baharu OUM di Menara OUM, serta peluang peningkatan kemahiran pasukan CDM dan kerjasama pada masa hadapan.

Terima kasih kepada Mr Louis Clovis dan pasukan atas sambutan serta perkongsian yang diberikan.

KolaborasiIndustri

03/10/2026

Dalam kerja seharian, kita semua ada sesuatu yang boleh dipelajari daripada satu sama lain. Bila dikongsi, pengalaman seorang boleh menjadi ilmu untuk seluruh pasukan.

Sekitar sesi Knowledge Building & Knowledge Sharing (KBKS) CDM semalam, sebahagian daripada siri perkongsian dalaman di bawah inisiatif Learning & Growth.

Setiap staf diberi tanggungjawab mengendalikan dua sesi perkongsian setahun, dengan kebebasan memilih topik yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing. Daripada kemahiran teknikal dan proses kreatif hingga pendekatan menyelesaikan cabaran kerja, semuanya boleh menjadi bahan pembelajaran bersama.

Kehadiran staf turut diambil kira dalam penilaian KPI, sebagai usaha menggalakkan penyertaan dan pembelajaran berterusan.

Melalui KBKS, kami membuka ruang untuk bertanya, bertukar pandangan dan membawa p**ang idea yang boleh digunakan dalam tugasan. Hari ini kita berkongsi, esok mungkin kita p**a belajar sesuatu yang baharu daripada rakan sendiri.

03/10/2026

Di depan kamera, cerita dikongsi. Di belakang kamera, kami juga sebahagian daripada kisahnya.

Sekitar kerja di sebalik tabir pasukan CDM semasa Program Jom Baca pada 29 September lalu, daripada hebahan media sosial dan fotografi hingga pengendalian siaran langsung.

Reels ini membawa anda melihat sisi kerja kami bersama warga TSDAS Digital Library. Momen sepanjang program diolah menjadi kandungan digital agar perkongsian ilmu dan cerita di sebaliknya dapat sampai kepada lebih ramai orang.

Jom tengok aktiviti kami di sebalik lensa! 😊


02/10/2026

Sambil berDIY di Melaka bersama Zon Selatan, sambil menjejak alumni. Apa-apapun, di peringkat awal kami plan dulu, susun dulu aktiviti supaya training dan tasks rakaman dapat diselesaikan.

01/10/2026

Dua benda kena hadam:
briefing dan makanan. 😄

Bila kamera lalu, macam-macam gelagat dirakam. Ada yang tengah menikmati makanan, ada yang fokus mendengar, ada yang sempat tersenyum. Yang menyampaikan taklimat p**a tetap bersungguh memastikan semua jelas dengan perkara yang dibincangkan.

Begini suasana mesyuarat jabatan CDM. Sambil menikmati refreshment, kami berkongsi perkembangan kerja, membincangkan idea dan merancang langkah seterusnya.

Santai suasananya. Serius perancangannya.

✅ Sekarang nak edit video di chatgpt pun boleh.

01/10/2026
Salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Hasmah.Perginya seorang insan yang begitu disayangi dan dihormati pastiny...
28/09/2026

Salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Hasmah.

Perginya seorang insan yang begitu disayangi dan dihormati pastinya meninggalkan kesan yang mendalam di hati keluarga, sahabat handai serta seluruh insan yang mengenali beliau.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa-dosanya, menerima segala amal kebajikan dan menempatkan beliau di tempat yang mulia di sisi-Nya.

Buat seluruh keluarga yang ditinggalkan, semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam melalui saat yang penuh duka ini.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Semoga segala kenangan indah bersama Allahyarhamah menjadi pengubat rindu dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Al-Fatihah. 🤲

26/09/2026

Dunia AI visual bergerak pantas. Bagi pasukan yang menghasilkan kandungan digital, mengikuti perkembangannya bukan lagi pilihan, tetapi sebahagian daripada cara kerja hari ini.

Baru-baru ini, tiga staf CDM, Zairi, Aznan dan Wati, telah mengikuti latihan GenAI-V: Gen AI – Visual Content Creation bagi memperdalam penggunaan generative AI dalam proses kreatif dan penghasilan kandungan.

Sepanjang latihan, mereka meneroka model dan teknik yang digunakan dalam aliran kerja AI visual semasa, termasuk Stable Diffusion, Flux, ControlNet, LoRA, style embeddings, in-painting dan out-painting.

Pengetahuan ini membantu mereka memahami cara menghasilkan dan mengolah visual dengan lebih tepat, mengekalkan konsistensi identiti jenama serta membina aliran kerja yang boleh digunakan semula untuk penghasilan kandungan pada skala yang lebih besar.

Pembelajaran ini bukan sekadar mengenali teknologi baharu. Ia membuka ruang untuk mengembangkan idea, memperkemas proses kerja dan menghasilkan kandungan digital yang lebih kreatif, relevan dan berimpak.

Di CDM, kami terus memperkukuh kemahiran pasukan agar sentiasa seiring dengan perkembangan industri serta bersedia memanfaatkan teknologi baharu untuk menyokong keperluan kandungan digital OUM.

Address

Menara OUM, Blok C, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya
Petaling Jaya
47301

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 12:30

Telephone

+60378011800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OUM Digital Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to OUM Digital Media:

Shortcuts

Share