17/09/2016
Mengapa perlu sertai Debat dan Syarahan Bahasa Arab ?
By
Orators Arabic Section.
Ramai antara rakan-rakan kita kadang takut ataupun gugup untuk mempersembahkan sesuatu dalam bahasa arab.
Apatah lagi menyertai pertandingan yang perlu untuk bercakap bahasa arab lebih-lebih lagi debat.
"Ala kau pandai arab bolehla masuk debat 😎"
" ish payahla syarahan ni nak hafal teks bagai 😑"
"Aku ni vocab pun sikit nak masuk debat memang taklah . Setakat ana , anta jela boleh 😖"
Banyak rungutan dan keluhan yang kita dengar dari rakan-rakan kita .
Sejujurnya , keluhan ini merupakan satu alasan saja untuk kita berjaya menguasai bahasa arab.
sebenarnya setiap orang ada potensi untuk menyertai debat ataupun syarahan cuma perlu digilap dengan baik.
anda tak percaya ? Boleh tanya pengalaman pendebat dan pemidato kita.
Berapa ramai yang uslub bahasanya teruk ketika bercakap , berapa ramai yang vocab nya sikit , berapa ramai yang mempunyai masalah kurang yakin bercakap di khalayak ramai.
Tetapi mereka berjaya menangkis cabaran2 itu , kerana apa?
Mereka yakin pada diri , dan niat untuk belajar dan memperbaiki diri sendiri.
Ok berbalik pada titik perbincangan asal kita. Kenapa sertai debat dan syarahan.
Secara 'amnya dua2 aktiviti ini mempunyai nilai yang positif untuk diketengahkan dari sudut tafkir dan juga bahasa.
1) Penguasaan Isu Semasa serta kemahiran untuk "counter" isu isu semasa.
Sejujurnya Debat dan Pidato adalah platform terbaik untuk kita kembangkan maklumat dengan isu semasa di malaysia mahupun di luar negara.
Dari sini kita belajar mengetahui sistem politik , ekonomi , masalah geo-politik , masalah sosial dan sewaktu dengannya.
Bukan sahaja mengetahui malah kita tahu cara untuk mendepani dan menilai isu-isu semasa ini untuk kefahaman diri kita sendiri.
2 ) Penguasaan Bahasa Arab.
ini juga merupakan wasilah yang sangat efektif dalam menambah dan memperbaiki penguasaan bahasa arab kita.
kerana aktiviti ini perlukan latihan yang banyak dan daripada situ sedikit sebanyak kita akan dapat memperbaiki pengunaan nahu dan sarf dan uslub bahasa.
Malah kita juga boleh menambahkan kalimah baru yang banyak.
✨ Jadi ini antara faktor mengapa digalakkan sertai debat dan syarahan. Banyak lagi faktor lain.
Cuma ini antara perkongsian ringkas yang kami boleh beri pada anda. 😊😊😊😊
Teruskan berusaha dan mencuba untuk memperbaiki diri anda !
من يتكلم ، يتعلم
ومن لا يتكلم ، لا يتعلم .
Sekian dari kami
Orators Arabic Section 16/17