Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang

Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang Jabatan Kimia Malaysia adalah sebuah organisasi yang menyediakan khidmat analisis makmal, perundingan dan penyelidikan dalam bidang kimia dan forensik.

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiPengurusan Tertinggi dan semua warga kerja Ja...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Pengurusan Tertinggi dan semua warga kerja Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, menyemai semangat cintakan negara serta terus menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang maju, sejahtera dan berdaya saing.

Selaras dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita bersama-sama membina sebuah negara yang inklusif, harmoni dan progresif dengan kesejahteraan dinikmati oleh seluruh rakyat.

Semoga semangat patriotisme terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan negara.





28/08/2026

Selamat menyambut Hari Kebangsaan!

17/08/2026 - 19/08/2026Audit luaran ANAB ISO/IEC 17025:2017 tahun 2026 telah berjaya dijalankan di KIMIA Pulau Pinang. T...
19/08/2026

17/08/2026 - 19/08/2026

Audit luaran ANAB ISO/IEC 17025:2017 tahun 2026 telah berjaya dijalankan di KIMIA Pulau Pinang. Terdapat empat orang juruaudit dari organisasi ANAB telah menjalankan pemeriksaan dokumen dan aliran kerja secara fizikal di dalam makmal. Audit ini bertujuan untuk memastikan semua keperluan sistem kualiti dipatuhi dalam makmal.

Terima kasih diucapkan kepada semua juruaudit, pegawai dan kakitangan yang terlibat di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh audit berlangsung.

12/08/2026KIMIA Pulau Pinang telah dijemput mengadakan pameran bagi Program Karnival Inovasi dan Eksplorasi STEM Politek...
13/08/2026

12/08/2026

KIMIA Pulau Pinang telah dijemput mengadakan pameran bagi Program Karnival Inovasi dan Eksplorasi STEM Politeknik dan Kolej Komuniti 2026 (KIES@POLYCC) di Politeknik Seberang Perai. Selain itu, ChM Dr. Nor Shifa bin Shuib juga dijemput menjadi salah seorang juri dalam Pertandingan Inovasi STEM. Semoga aktiviti ini dapat mendorong para pelajar mengaplikasikan konsep STEM dalam kehidupan seharian.

12/08/2026
05/08/2026KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DAERAH & TANAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARAChM Tuan Haji Khairuzzaman bin Mustafa, ...
05/08/2026

05/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DAERAH & TANAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

ChM Tuan Haji Khairuzzaman bin Mustafa, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang (KIMIA Pulau Pinang) telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke Pejabat Daerah & Tanah Daerah Seberang Perai Utara.

Kunjungan rasmi ini telah disambut dengan penuh kemesraan oleh Pegawai Daerah, Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri. Pertemuan yang bermakna ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di samping membincangkan ruang kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua jabatan.

05/08/2026

🌟 Selamat Datang & Tahniah 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memperkukuh agenda sains, teknologi dan inovasi negara. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan serta kejayaan dalam menggalas amanah dan tanggungjawab demi kemajuan Malaysia.

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja
Jabatan Kimia Malaysia





(P)

03/08/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & SELAMAT MAJU JAYA

Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ruziah binti Haji Shafei atas segala dedikasi, komitmen serta jasa bakti sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Tahniah dan selamat menggalas amanah baharu sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Semoga YBhg. Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus melakar kecemerlangan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah baharu.

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja
Jabatan Kimia Malaysia




24/07/2026Pusingan pertama Pertandingan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) 2026 peringkat KIMIA Pulau Pinang telah berl...
24/07/2026

24/07/2026

Pusingan pertama Pertandingan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) 2026 peringkat KIMIA Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Program ini menyediakan platform kepada setiap seksyen untuk membentangkan idea inovasi yang praktikal untuk diaplikasikan di tempat kerja. Semua idea yang dibentangkan bertepatan dengan tema kita pada tahun ini iaitu "Budaya Inovasi Satu Transformasi".

Pusingan hari ini merupakan pusingan saringan pertama. Hanya 4 kumpulan terbaik sahaja yang akan dipilih untuk masuk ke pusingan akhir! 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pembentang atas usaha, persiapan rapi, dan komitmen yang ditunjukkan. Semoga budaya inovasi ini menjadi pemangkin kecemerlangan kepada warga kerja Kimia Malaysia.

Address

Pinang George Town

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042228300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share