01/10/2026
๐ TAHNIAH & SYABAS! ๐
Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Nur Atikah A Rahman selaku Ketua Projek bersama ahli pasukan:
Dr. Suriati Saad
Dr. Sharifah Nadiah Syed Mukhiar
Dr. Rani Ann Balaraman
Dr. Ng See Kee
atas kejayaan memperoleh 2026 SDG Youth & Leadership Camp Consultation Project Grant berjumlah RM30,000 bagi pelaksanaan projek:
๐ โSuara Muda SDG: Empowering Youth Communicators Campโ
Geran ini dibiayai oleh All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM).
Kejayaan ini mencerminkan komitmen warga Pusat Pengajian Komunikasi dalam memperkasa golongan belia melalui bidang komunikasi serta menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui penglibatan, kepimpinan dan pembangunan kapasiti generasi muda.
Semoga projek ini dapat memberikan impak yang bermakna kepada komuniti serta menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang menghubungkan komunikasi, belia dan pembangunan mampan.
Tahniah kepada seluruh pasukan projek dan selamat maju jaya! ๐โจ