15/01/2018
Al-Insan : 5-21
Allah mengurniakan ganjaran Syurga dan nikmat² kepada hambaNya yang beriman,taat dan beramal kebajikan.
🏷akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur"(sebuah matair di Syurga)
🏷Allah memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati)
🏷Dikurniakan syurga dan (persalinan dari) sutera
🏷Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias),
🏷Tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk
🏷Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya p**a dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya
🏷Diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya)
🏷(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak
🏷Pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya
🏷Penghuni Syurga diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil"
🏷Iaitu sebuah matair dalam syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil"
🏷Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka
🏷Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat)
🏷Dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak
🏷Diberi minum dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci