24/08/2026
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Ahmad Hamdi bin Hj Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran “Datuk”.
Pengurniaan ini telah disempurnakan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang Dipertua ke-77, pada 24 Ogos 2026 di Balai Istiadat, Seri Negari, Melaka.
Seluruh warga GIATMARA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas pengurniaan yang amat bermakna ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan khidmat bakti dan kepimpinan demi kemajuan GIATMARA serta pembangunan TVET negara.
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐬. 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐇𝐚𝐦𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐣 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦!