Seri Cendekiawan 3.0

Seri Cendekiawan 3.0 Memaparkan aktiviti Persatuan Sejarah Maahad Pontian..

Pada tahun 1912, Sultan Idris I Perak telah mengarahkan puteranya Raja Harun Al Rashid untuk memungut derma bagi membant...
03/09/2021

Pada tahun 1912, Sultan Idris I Perak telah mengarahkan puteranya Raja Harun Al Rashid untuk memungut derma bagi membantu Uthmaniyyah dalam menghadapi Perang Balkan.

Pada 4 Januari 1913, sebanyak $7610.33 telah berjaya dikutip dan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Daulah Uthmaniyyah.

Selain daripada Khalifah  Ar Rasyidin yang 4, Umayyah ( Damsyik ), Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.Ada beberapa lagi orang ya...
01/08/2021

Selain daripada Khalifah Ar Rasyidin yang 4, Umayyah ( Damsyik ), Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.

Ada beberapa lagi orang yang tidak popular dalam riwayat /mengaku/ tak sedar sebagai khalifah..

1. Saidina Hasan Bin Ali ( selama 7 bulan selepas kewafatan Saidina Ali )

2. Abdullah bin Zubair ( di Mekah )

3. Dinasti Umayyah - Andalusia ( bermula Abdul Rahman III )

4. Raja Al Mustansir dari Dinasti Hafsiyyah Tunisia.

5. Khalifah Abdullah al Mahdi Billah dari Fatimiyyah Ismailiyyah

6. Dalam konteks alam Melayu, gelaran Yang Dipertuan sebenarnya mempunyai konteks yang hampir sama dengan Maharaja atau Khalifah itu sendiri. Gelaran Yang Dipertuan menunjukkan seseorang itu mempunyai wilayah2 yang tunduk kepadanya.

Seseorang khalifah belum tentu sultan dan seorang sultan belum tentu khalifah.

Sejak Dinasti Abbasiyyah lagi, terutamanya zaman Dinasti Seljuk, kuasa sultan pada khalifah Abbasiyyah telah digugurkan..

Apabila Baghdad jatuh pada tahun 1258 dalam serangan mongol, khalifah Abbasiyyah telah melarikan diri ke Mesir. Di sini khalifah Abbasiyyah langsung tidak berkuasa di mana kuasa dipegang oleh Kesultanan Mamluk.

Italic ialah tulisan yang dicondongkan... Italic telah dicipta di Itali  oleh Aldus Manutius Romanus melalui syarikat pe...
13/07/2021

Italic ialah tulisan yang dicondongkan...

Italic telah dicipta di Itali oleh Aldus Manutius Romanus melalui syarikat percetakannya Aldine Press sekitar tahun 1495.

Abdul Karim merupakan pembantu peribadi Ratu Victoria England.. Beliau kemudiannya telah dijadikan "Munsyi" oleh Ratu Vi...
09/07/2021

Abdul Karim merupakan pembantu peribadi Ratu Victoria England..

Beliau kemudiannya telah dijadikan "Munsyi" oleh Ratu Victoria untuk mengajarkannya bahasa Urdu dan juga agama Islam..

Abdul Karim di lahirkan di Kota Jhansi, Lalatpur India yang pada waktu itu dibawah pentadbiran British..

Pada tahum 1887, beliau dan Muhammad telah dipilih ke Istana England untuk menyerahkan Mohor emas dari India.

Namun siapa sangka, pertemuan itu telah menjadikan Abdul Karim sebagai salah seorang teman rapat sang ratu. Bahkan sang Ratu turut menganugerahkan Abdul Karim denhan sebidang tanah di India.

Hubungan rapat mereka berdua ini tidak disenangi oleh putera2 Ratu dan juga staf Istana. Ini lerana, mereka menganggap Abdul Karim hanyalah seorang yg berkelas rendah dari negara jajahan British..

Pada tahun 1901, Ratu Victoria telah mangkat dan digantikan oleh Raja Edward VII.. Abdul Karim akhirnya telah dihantar pulang ke India selepas 15 tahun berkhidmat dengan Istana England.

Segala surat2 Abdul Karim dengan Ratu telah diarahkan supaya dibakar. Di India, Abdul Karim tinggal di tanah yang dikurniakan oleh Ratu berdekataan dengan Agra. abdul Karim akhirnya meninggal pada usia 46 tahun..

Satu benda yang kita perlu perbetulkan ialah mengenai Kejatuhan Melaka 1511. Sebenarnya Kesultanan Melayu Melaka tidak b...
09/07/2021

Satu benda yang kita perlu perbetulkan ialah mengenai Kejatuhan Melaka 1511.

Sebenarnya Kesultanan Melayu Melaka tidak berakhir dengan kekalahannya kepada Portugis pada tahun 1511.. Bahkan Kesultanan Melaka masih diteruskan...

Yang jatuh tersebut hanyalah Kota Melaka bukannya Empayar Melaka keseluruhannya.

Bahkan Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud meneruskan pentadbirannya di Kampar Riau.

Kesultanan Melaka hanya tamat selepas Sultan Alaudin Riayat Syah II ( Raja Ali ) menukarkan Kesultanan Melaka kepada Kesultanan Johor pada tahun 1528..

Jadi bila kita kata, Melaka jatuh akibat serangan Portugis, maka itu merupakan kesilapan yang besar...

Angka KosongOrang arab pertama yang memperkenalkan nombor kosong ialah Muhammad bin Musa al  Khawarizmi  sekitar abad ke...
09/06/2021

Angka Kosong

Orang arab pertama yang memperkenalkan nombor kosong ialah Muhammad bin Musa al Khawarizmi sekitar abad ke-9 melalui bukunya yang bertajuk Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al Jabr wal Muqabbala ( 837M ) selepas beliau melawat dan belajar matematik di India.

Nombor kosong dipercayai mula digunakan di India sekitar tahun 594 masihi. Namun seorang cerdik pandai Melayu iaitu Dr Mohammad Alinor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) berpendapat, nombor kosong berkemungkinan mula dicipta di Alam Melayu sekitar tahun 580 masihi.

Pendapat ini bukanlah omong kosong kerana salah seorang ahli matematik yang bernama Zakov turut berpendapat bahawa nombor kosong ( 0 ) itu yang direkodkan dalam prasasti-prasasti Alam Melayu lebih tua usianya berbanding angka Hindu-Muslim sebagaimana yang direkodkan oleh Al Khawarizmi.

Seorang pensyarah pelawat UKM pada tahun 1979 iaitu Frank J. Swets telah menyatakan bahawa etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka kosong yang lebih tua usianya berbanding yang terdapat dalam sistem nombor Hindu-Muslim.

Menurutnya lagi, ada 17 maklumat mengenai angka kosong dalam Tamadun Melayu berbanding hanya 7 maklumat yang diperolehi dalam Tamadun India.

Dr Shaharir iaitu salah seorang pensyarah Matematik Malaysia sendiri pernah membentangkan hipotesis beliau di dalam dan luar negara mengenai perkara ini sejak tahun 1997 dan 1998 lagi. Ini bermakna, berdasarkan beberapa pendapat oleh cerdik pandai matematik tersebut, berkemungkinan angka kosong ( 0 ) sebenarnya mula dicipta di Alam Melayu.

Antara sumbangan Empayar Rom ialah kalender. Kalender hari ini memakai nama bulan Rom. Nama sebenar bulan2 tersebut iala...
07/06/2021

Antara sumbangan Empayar Rom ialah kalender. Kalender hari ini memakai nama bulan Rom. Nama sebenar bulan2 tersebut ialah :

1. Januarius
2. Februaries
3. Martius
4. Aprilis
5. Maius
6. Junius
7. Quintilis
8. Sextilis
9. September
10. October
11. November
12. December.

Bulan Quintilis kemudian ditukar kepada July iaitu mengambil sempena nama Julius Ceaser iaitu diktator terakhir Rom.

Bulan Sextilis telah ditukar kepada Augustus iaitu sempena nama Augustus Ceaser ( Maharaja Octavian ) iaitu Maharaja Pertama Rom.

Bila wajah Firaun dan manusia Prasejarah  dibina semula, ramai rakyat Malaysia yang mengejek dan memerli.. Tapi itu mema...
06/06/2021

Bila wajah Firaun dan manusia Prasejarah dibina semula, ramai rakyat Malaysia yang mengejek dan memerli.. Tapi itu memang typical perangai rakyat Malaysia.

Sedangkan pembentukan semula wajah manusia telah lama dilakukan. Pada tahun 1989, tengkorak ramaja berusia lingkungan 15 tahun telah ditemui namun malangnya polis langsung tidak tahu identiti mangsa.

Dan ini telah menyebabkan kesukaran kepada polis untuk melakukan siasatan.. Disebabkan terdesak, polis British pada waktu itu terpaksa meminta bantuan daripada Richard Neave dari Universiti Manchester untuk membentuk semula wajah tengkorak tersebut.

Tengkorak itu berjaya diberi wajah semula dalam masa 5 hari sahaja ( biasanya 3 minggu ) dan polis telah menghebahkannya kepada media.

Tidak lama kemudian, 2 orang pekerja sosial telah memberikan mereka nama mangsa tersebut iaitu Karen Price.

Ini merupakan kali pertama pembentukan wajah telah digunakan dalam siasatan polis di dunia. Dan hasilnya mereka berjaya menemui identiti rangka tersebut dan berjaya menangkap pembnuhnya dalam masa beberapa minggu sahaja...

Itu cerita 32 tahun lepas, jadi bayangkan betapa majunya teknologi pembentukan wajah sekarang ini? ..

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara SalimTuanku  Zara Binti Salim Davidson telah dilahirkan  pada 22 Mac 1973 di Ipoh Per...
03/04/2021

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim

Tuanku Zara Binti Salim Davidson telah dilahirkan pada 22 Mac 1973 di Ipoh Perak.

Ayah baginda ialah YBhg Dato' Seri William Stanley Walker Davidson atau Salim Davidson dan ibunda baginda ialah YBhg Dato' Seri Sharifah Azaliah Binti Tan Sri Syed Omar Shahabuddin.

Baginda merupakan cicit kepada Sultan Kedah ke 24 iaitu Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Ini menjadikan Tuanku Zara anakanda cucunda saudara kepada YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Tuanku Zara juga merupakan cucu kepada Bekas Menteri Besar Kedah iaitu Tan Sri Syed Omar Syed Abdullah Shahabuddin.

Tuanku Zara Salim telah sah menjadi isteri kepada DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah pada 17 Mei 2007 ketika berusia 34 tahun.

Istiadat persandingan baginda berdua diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar pada 19 Mei 2007.

Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Waliullah marupakan  ...
01/04/2021

Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Waliullah marupakan Sultan Perak yang ke-26.

Baginda memagang kuasa sebagai Sultan apabila Sultan Ismail diturunkan...

Antara isteri baginda ialah :

1. YAM Raja Ampuan Besar Raja Tipah binti Almarhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah (cerai 1871)

2. Inche’ Rahsiah (m. 1891)

3. Inche’ Wan Nursiya

4. Inche’ Halima

5. Inche’ Wan Itam Rendom

6. Inche’ binti Amaluddin

7. Inche’ Fatima

8. Inche’ Rapiah binti Busu

Inche’ Islam

Apakah punca sebenar terpisahnya nusantara?
22/03/2021

Apakah punca sebenar terpisahnya nusantara?

Perjanjian Inggeris Belanda 1824 tidak pernah memisahkan nusantara. Jadi apakah yang memisahkan kita?

Dalam Sejarah Melayu ada menyebut mengenai Puteri Li Po:  “Maka Titah raja Raja China pada Tun Perpatih Putih:. “Suruhla...
21/03/2021

Dalam Sejarah Melayu ada menyebut mengenai Puteri Li Po:

“Maka Titah raja Raja China pada Tun Perpatih Putih:. “Suruhlah anakku Raja Melaka menghadap aku kemari, supaya anakku raja Melaka menghadap aku kemari supaya aku dudukkan dengan anakku puteri Hang Li Po”. Maka Sembah Tun Perpatih Putih:” Tuanku ,akan paduka anakanda raja Melaka, tidak dapat meninggalkan negeri Melaka kerana negeri Melaka permusuhan: Jikalau Tuanku hendak menganugerahkan paduka anakanda itu, marilah patik bawa. InsyaAllah Taala selamat sampai ke Melaka”.

Maka Raja China pun memberi titah pada Li Po , menyuruh berlengkap akan menghantar anakanda baginda ke Melaka seratus buah pilu, seorang menteri besar akan panglimanya, Di Po namanya.
Setelah sudah berlengkap maka dipilih oleh raja China anak para menteri yang baik-baik parasnya lima ratus banyaknya diberikan akan dayang-dayang anakanda baginda.

Telah itu,maka Tuan Puteri Hang Li Po dan surat itupun diarak orang ke perahu, maka Tun Perpatih Putih dengan Di Po belayarlah ke Melaka membawa tuan puteri anak raja China itu. Ada beberapa lamanya dijalan maka sampailah ke Melaka,maka dipersembahkan oranglah kepada Sultan Mansor Syah mengatakan Tun Perpatih Putih datang membawa puteri China. Maka baginda pun terlalu sukacita mendegarnya, Maka baginda berangkat sendiri mengalukan –alukan had Pulau Sebat.

Setelah bertemu, maka seribu kebesaran dan kemulian dibawa masuk , lalu dalam istana. Maka Sultan Mansor Syah pun hairanlah melihat paras tuan puteri anak raja China itu. Maka disambut baginda puteri Hang Lipo itu, disuruh masuk Islam. Telah sudah Islam, maka Sultan Mansor Syah pun berkahwin dengan puteri hang Li Po itu, beranak seorang laki-laki dinamai Paduka Mimat,ia beranakkan Paduka Seri China , ayah paduka Ahmad, ayah paduka Isap.

Maka segala anak menteri China yang lima ratus disuruh baginda Islamkan, disuruh diam di Bukit China. Maka sampai sekarang bukit itu disebut bukit China. Oa telah menggali perigi di Bukit China itu dan anak cucu orang itulah dinamai biduanda China. Maka Sultan Mansor Syah pun memberi persalinan akan Di Po dan segala menteri China yang membawa anak Raja China itu”.

Address

Pontian
82000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seri Cendekiawan 3.0 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share