Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan

Call Directions Website

Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan Laman FB Rasmi Politeknik Premier Port Dickson Sila abaikan laman FB PPD yang lain selain dari laman rasmi ini.

MAKLUMAT LAGI
___________________

Perihal
Kenyataan Umum :
Ini adalah laman rasmi FB Politeknik Port Dickson ( PPD ) iaitu Page Rasmi Politeknik Port Dickson . Maklumat Tambahan:
Bagi memastikan Facebook rasmi Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberikan maklumat tentang program dan aktiviti PPD kepada orang ramai, maka pihak pentadbir berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Panduan memberi komen adalah seperti berikut :-

Komen yang boleh diterima;
Komen secara umum, komen membina dan cadangan yang bernas. Komen yang tidak boleh diterima;
Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar atau tugas kakitangan PPD, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur β€˜personal attack’.
- Iklan
- Maklumat peribadi tentang orang lain
- Bahan hak cipta milik orang lain
- Link ke laman web yang tidak sesuai
- Spam

π“π€π†π‹πˆππ„ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, π’π„πŒπ€ππ†π€π“ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔! π€π˜π”π‡ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐏𝐃!Warga Politeknik Port Dickson, ayuh kita melangkah dengan semangat dan t...
21/10/2026

π“π€π†π‹πˆππ„ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, π’π„πŒπ€ππ†π€π“ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔! π€π˜π”π‡ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐏𝐃!

Warga Politeknik Port Dickson, ayuh kita melangkah dengan semangat dan tekad yang lebih jitu!

Berteraskan tiga nilai utama, INTEGRITY | COMPETENCY | URGENCY, marilah kita bersama-sama membudayakan integriti dalam setiap tindakan, meningkatkan kompetensi dalam setiap tugasan dan bertindak dengan segera demi kecemerlangan bersama.

Tagline ini bukan sekadar kata-kata, tetapi cerminan sikap, budaya kerja dan komitmen kita sebagai satu pasukan.

Satu tagline, satu semangat, satu hala tuju.
Ayuh warga PPD, kita buktikan melalui tindakan dan jadikan kecemerlangan sebagai budaya bersama!

INTEGRITY. COMPETENCY. URGENCY.Semangat baharu, kecemerlangan berterusan!








πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π π‘π€π’πŒπˆ πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π π“πˆππ†π†πˆPoliteknik Port Dickson mengambil maklum kenyataan YB Menteri Pendidikan Tinggi...
20/10/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π π‘π€π’πŒπˆ πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π π“πˆππ†π†πˆ

Politeknik Port Dickson mengambil maklum kenyataan YB Menteri Pendidikan Tinggi berhubung isu yang tular berkaitan program iFUTURE.

Dapatkan maklumat tepat daripada sumber rasmi. Bersama kita menjaga keharmonian dan memartabatkan pendidikan tinggi negara






π˜π€ππ† 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 ππ€π’π“πˆ ππ„π‘π†πˆ, ππ€πŒπ”π πŠπ„ππ€ππ†π€π 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 πƒπˆ π‡π€π“πˆ. π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡, π‰π”πŒππ€ π‹π€π†πˆSetinggi-tinggi penghargaan dan terima ka...
20/10/2026

π˜π€ππ† 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 ππ€π’π“πˆ ππ„π‘π†πˆ, ππ€πŒπ”π πŠπ„ππ€ππ†π€π 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 πƒπˆ π‡π€π“πˆ. π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡, π‰π”πŒππ€ π‹π€π†πˆ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 11 orang akademia Politeknik Port Dickson (PPD) atas segala khidmat bakti, komitmen dan kebersamaan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sini.

Tahniah atas keputusan pemangkuan gred dan selamat maju jaya di tempat baharu. Semoga terus melakar kecemerlangan, menggalas amanah dengan penuh dedikasi dan membawa kejayaan yang lebih gemilang.

Perpisahan ini bukan noktah sebuah persahabatan, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih bermakna. Ke mana jua melangkah, kenangan dan jasa kalian tetap terpahat dalam lipatan sejarah PPD.

Terima kasih atas segalanya. Semoga terus sukses dan dipermudah segala urusan. Jika ada kesempatan, kita pasti bertemu lagi.

Sekali warga PPD, selamanya keluarga PPD!






20/10/2026

πŒπ”π’πˆπŒ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ πƒπˆ 𝐏𝐏𝐃!

Macam-macam ragam pelajar kita! Ada yang tangan laju menulis, ada yang dahi berkerut, ada yang tenung soalan macam soalan tu berhutang dengan dia. Ada juga yang pejam mata sekejap… entah tengah fikir jawapan atau tengah refresh otak!

Apa pun, di sebalik semua ragam ni, ada usaha, pengorbanan dan doa yang mengiringi perjuangan mereka.

Teruskan berjuang, warga PPD! Semoga semua dipermudahkan. Kalau soalan susah, tarik nafas… jangan pandang kawan sebelah lama-lama, dia pun tengah cari jawapan!

All the best! Semoga berjaya semua!





π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπ€ 𝐉𝐏 𝐏𝐏𝐏𝐃 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆, π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π πŒπˆπ’πˆ πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€π!Bukan hanya di bilik kuliah, komitmen terhadap kelestarian tu...
19/10/2026

π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπ€ 𝐉𝐏 𝐏𝐏𝐏𝐃 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆, π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π πŒπˆπ’πˆ πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€π!

Bukan hanya di bilik kuliah, komitmen terhadap kelestarian turut diterjemahkan melalui aksi di lapangan! Seramai 25 orang staf Jabatan Perdagangan (JP), Politeknik Premier Port Dickson (PPPD), menyertai Program Jelajah Bandar Bersih Negeri Sembilan anjuran SWCorp Cawangan Port Dickson bersempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Daripada cabaran Escape Room Hijau, Detektif Sampah, Recycle Toss dan The Digital Eco-Influencer hinggalah pendakian Bukit Tanjung Tuan, penglibatan akademia JP membuktikan bahawa pembudayaan kelestarian memerlukan ilmu, kreativiti, kerjasama dan tindakan nyata!

Penyertaan ini bukan sekadar aktiviti luar, tetapi manifestasi komitmen akademia JP dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar, memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi serta memupuk gaya hidup sihat.

Kerana akademia bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut menjadi pemangkin perubahan demi masyarakat dan alam sekitar yang lebih lestari. Tahniah kepada Jabatan Perdagangan dalam bersama memacu kecemerlangan, membina masa depan lestari.





π€ππˆπ’ π’π˜π€π…πˆππ€π‡ π‘π€πˆπ‡ π€π‚π€πƒπ„πŒπˆπ‚ 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐃 𝐏𝐀𝐀𝐒𝐖𝐄 πŸπŸŽπŸπŸ” πŠπ„ππ€ππ†π†π€π€π 𝐏𝐏𝐏𝐃Tahniah kepada Anis Syafiqah binti Mohd Safeia, ...
19/10/2026

π€ππˆπ’ π’π˜π€π…πˆππ€π‡ π‘π€πˆπ‡ π€π‚π€πƒπ„πŒπˆπ‚ 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐃 𝐏𝐀𝐀𝐒𝐖𝐄 πŸπŸŽπŸπŸ” πŠπ„ππ€ππ†π†π€π€π 𝐏𝐏𝐏𝐃

Tahniah kepada Anis Syafiqah binti Mohd Safeia, graduan Diploma Seni Bina Politeknik Premier Port Dickson (PPPD), yang dinobatkan sebagai penerima Academic Excellence Award 2026 (Diploma) sempena PAM Annual Architectural Studio Works Exhibition (PAASWE) 2026.

Sepanjang pengajian, Anis mencatat pencapaian membanggakan dengan memperoleh CGPA 3.98, menyertai BIM Challenge dan Design Competition di MARTABAT 36th Architecture Workshop (UKM), serta meraih RespeX 2025 Silver Award. Pengalaman latihan industri di Hazrin Thobrani Architect turut memperluas pendedahan profesionalnya melalui penglibatan dalam lebih 19 projek seni bina.

Kini, Anis meneruskan perjalanan akademiknya dalam Sarjana Muda Seni Bina dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), membuktikan bahawa graduan PPPD berupaya melangkah lebih jauh dan bersaing dalam bidang seni bina.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pensyarah Seni Bina PPPD atas ilmu, bimbingan, dorongan dan dedikasi dalam membentuk potensi serta kecemerlangan anak didik.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen Politeknik Premier Port Dickson sebagai peneraju TVET dalam melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan.





ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ ππ‘π„πŒπˆπ„π‘ ππŽπ‘π“ πƒπˆπ‚πŠπ’πŽπ πƒπˆπ‹π€ππ“πˆπŠ π’π„ππ€π†π€πˆ π‚πŽ-π‡πŽπ’π“ 𝐏𝐀𝐀𝐒𝐖𝐄 πŸπŸŽπŸπŸ• ππ„π‘π“π„πŒπ€πŠπ€π ππ”π’π€πŠπ€π‹π€Politeknik Premier Port Dickson ...
18/10/2026

ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ ππ‘π„πŒπˆπ„π‘ ππŽπ‘π“ πƒπˆπ‚πŠπ’πŽπ πƒπˆπ‹π€ππ“πˆπŠ π’π„ππ€π†π€πˆ π‚πŽ-π‡πŽπ’π“ 𝐏𝐀𝐀𝐒𝐖𝐄 πŸπŸŽπŸπŸ• ππ„π‘π“π„πŒπ€πŠπ€π ππ”π’π€πŠπ€π‹π€

Politeknik Premier Port Dickson (PPPD) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi TVET peneraju apabila diberi kepercayaan sebagai Co-Host PAM Annual Architectural Studio Works Exhibition (PAASWE) 2027, edisi ke-21, bersama Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM).

Penerimaan amanah ini oleh YBrs. Roseman bin Mat Jidin @ Jidin, Pengarah Politeknik Premier Port Dickson, mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan PPPD dalam menerajui kecemerlangan program seni bina serta memperkukuh jaringan strategik bersama badan profesional di peringkat kebangsaan.

Ts. Nur Farhana binti Mustahidin bakal menerajui PAASWE 2027 selaku Convener, dengan sokongan LAr. Dr. Zanariah binti Kasim selaku Co-Convener serta seluruh pasukan pensyarah Seni Bina PPPD. Kepimpinan ini menjadi pemangkin kepada penyelarasan dan pelaksanaan penganjuran, di samping menggerakkan sinergi antara institusi pendidikan, industri dan komuniti profesional seni bina demi merealisasikan sebuah platform yang berimpak tinggi.

Mengangkat tema β€œNUSAKALA – Dari Tanah Merentas Masa”, PAASWE 2027 bakal mengetengahkan identiti dan warisan seni bina Nusantara, menghubungkan nilai tradisi dengan kreativiti, teknologi dan inovasi masa hadapan.

Kepercayaan ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi manifestasi keupayaan PPPD sebagai Politeknik Premier yang bukan sahaja melahirkan graduan kompeten, malah berupaya menerajui platform profesional berprestij dan menyumbang kepada hala tuju seni bina negara.

Jumpa di PAASWE 2027





ππ”πŠπ€π π’π„πŠπ€πƒπ€π‘ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π, π“π„π“π€ππˆ π‹π€ππ†πŠπ€π‡ πŒπ„ππ”π‰π” πŒπ€π’π€ 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍.Buat semua pelajar Politeknik Premier Port Dickson, berjuang...
17/10/2026

ππ”πŠπ€π π’π„πŠπ€πƒπ€π‘ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π, π“π„π“π€ππˆ π‹π€ππ†πŠπ€π‡ πŒπ„ππ”π‰π” πŒπ€π’π€ 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍.

Buat semua pelajar Politeknik Premier Port Dickson, berjuanglah dengan ilmu, jawab dengan yakin dan iringi usaha dengan doa. Jangan takut pada cabaran, kerana setiap usaha hari ini adalah sebahagian daripada kejayaan hari esok.

Buat seluruh petugas peperiksaan, terima kasih atas amanah, ketelitian dan komitmen dalam memastikan peperiksaan berlangsung dengan lancar, teratur dan berintegriti.

Pelajar berjuang dengan ilmu, petugas berkhidmat dengan integriti. Di sebalik setiap kejayaan, ada usaha yang tidak terlihat dan insan yang tidak pernah berhenti memberi sokongan.

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan, menenangkan hati dan memberkati setiap usaha.
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir! Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Politeknik Premier Port Dickson.






πˆπ’πŽ πŸ’πŸ“πŸŽπŸŽπŸ:πŸπŸŽπŸπŸ–; 𝐏𝐏𝐏𝐃 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†, πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π π‰π€πƒπˆ πŠπ„π”π“π€πŒπ€π€π!Politeknik Port Dickson (PPPD) berjaya melaksanakan Rec...
16/10/2026

πˆπ’πŽ πŸ’πŸ“πŸŽπŸŽπŸ:πŸπŸŽπŸπŸ–; 𝐏𝐏𝐏𝐃 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†, πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π π‰π€πƒπˆ πŠπ„π”π“π€πŒπ€π€π!

Politeknik Port Dickson (PPPD) berjaya melaksanakan Recertification Audit Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berasaskan standard ISO 45001:2018 oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).

Kejayaan ini mencerminkan komitmen PPPD dalam membudayakan keselamatan dan kesejahteraan warga, selari dengan aspirasi 13 Iltizam Ketua Pengarah JPPKK ke arah organisasi yang cemerlang, berkualiti dan mampan.

Lebih daripada sekadar memenuhi standard, usaha ini membuktikan bahawa keselamatan ialah tanggungjawab bersama dan kesejahteraan warga menjadi keutamaan dalam membina persekitaran kerja serta pembelajaran yang selamat, sihat dan kondusif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak auditor NIOSH, pengurusan tertinggi, Jawatankuasa Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) serta seluruh warga PPPD atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan.






Address

KM 14, Jalan Pantai, Si Rusa
Port Dickson
71050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066622000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share