15/09/2026
๐ฒ๐พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐ฒ๐พ
โMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ
16 September menjadi lambang penyatuan, kebersamaan dan kekuatan sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian. Semangat Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kemajuan negara bukan sahaja terhasil daripada pembangunan fizikal, tetapi turut diperkukuh melalui ilmu, pendidikan dan masyarakat yang berpengetahuan. Tema sambutan tahun ini ialah โMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ.
Sebagai gudang ilmu universiti, Perpustakaan UiTM terus memainkan peranan memperkasa akses kepada ilmu dan maklumat, memelihara khazanah intelektual serta warisan bangsa, menyokong pembelajaran dan penyelidikan, dan membudayakan masyarakat yang celik ilmu serta berdaya fikir.
Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita dalam kepelbagaian, menyuburkan rasa cinta kepada negara dan menggerakkan setiap daripada kita untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang lebih sejahtera, berilmu dan mampan.
Selamat Hari Malaysia 2026! ๐ฒ๐พ
Bersama kita menyemarakkan ilmu, memperkukuh perpaduan dan membina masa depan negara.
Ikhlas daripada:
Ketua Pustakawan
dan seluruh warga Perpustakaan UiTM
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia
Merdeka360