Fakulti Sains Kesihatan UiTM - FB Media Rasmi

Call Directions Website

Fakulti Sains Kesihatan UiTM - FB Media Rasmi This is a suplementary link to information to the official website of the Faculty of Health Sciences UiTM Selangor.

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔: 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗔𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 𝟱 & 𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 📚 Fakulti Sains Kesihatan telah melaksanakan Progr...
16/10/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔: 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗔𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 𝟱 & 𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 📚

Fakulti Sains Kesihatan telah melaksanakan Program UTAMA: Modul Aspirasi 5 & 6 pada 15 Oktober 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan sahsiah, jati diri dan aspirasi pelajar baharu FSK.

Pelaksanaan modul pada hari ini melibatkan penyertaan para pelajar bersama Fasilitator Staf dan Pembantu Fasilitator yang membantu memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan teratur, interaktif dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Program ini turut menjadi platform kepada para pelajar untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan serta memahami nilai dan budaya sebagai warga UiTM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Fasilitator Staf, Pembantu Fasilitator serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan Modul Aspirasi UTAMA 5 & 6 di Fakulti Sains Kesihatan.

Semoga pengalaman dan pengisian yang diperoleh melalui program ini dapat dimanfaatkan sepanjang perjalanan para pelajar di UiTM. 🌟

“Mengaspirasi Potensi, Membina Generasi UiTM.”


Dekan Fsk Page
Media Rasmi - HEP Fakulti Sains Kesihatan
Smf Fakulti Sains Kesihatan
Environmental Health Students' Association -EHSAn-
MELTECH UiTM Puncak Alam
Medical Imaging Student Association - MISA
Nursing Student Association - NUSA





Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Padma binti A Rahman atas pelantikan sebagai Penyelaras Strateg...
16/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Padma binti A Rahman atas pelantikan sebagai Penyelaras Strategik & Transformasi Universiti, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam bagi tempoh 1 Oktober 2026 hingga 30 September 2028.

Dalam kesempatan ini, FSK merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shukri bin Mohd Aris atas segala sumbangan, dedikasi dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan dari 3 Ogos 2020 hingga 30 September 2026.

Semoga segala usaha dan jasa yang dicurahkan terus memberi manfaat kepada fakulti, dan semoga pelantikan baharu ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan serta kemajuan FSK pada masa hadapan.


Dekan Fsk Page
Nursing Universiti Teknologi MARA
Uitm VisionCare
Centre for Environmental Health and Safety Studies
Pusat Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Terapi Diet FSK
Pusat Pengajian Dietetik FSK UiTM - Media Rasmi
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja
Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan UITM Puncak Alam
Medical Imaging FSK
Bahagian Pengurusan Makmal, Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Rehabilitasi dan Perkhidmatan Klinikal


Keratan Akhbar: "𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗲𝗿𝗲𝗯𝘂, 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘂-𝗽𝗮𝗿𝘂 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸 - 𝗣𝗮𝗸𝗮𝗿." - Berita Harian...
16/10/2026

Keratan Akhbar: "𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗲𝗿𝗲𝗯𝘂, 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘂-𝗽𝗮𝗿𝘂 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸 - 𝗣𝗮𝗸𝗮𝗿." - Berita Harian Online, 16 Oktober 2026. Perkongsian oleh Dr Noor Haziqah Kamaludin, Pensyarah Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Artikel penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/10/1672559/jangan-ambil-mudah-jerebu-berisiko-ganggu-perkembangan-paru-paru


Centre for Environmental Health and Safety Studies
Environmental Health Students' Association -EHSAn-

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan golongan berisiko tinggi digesa supaya tidak memandang remeh ancaman jerebu yang melanda negara kerana pendedahan secara kerap kepada udara tercemar berupaya memberi kesan buruk jangka panjang terhadap kesihatan, khususnya perkembangan fungsi paru-paru kanak-kanak.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM atas kejayaan meraih Gold Award dan Platin...
16/10/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM atas kejayaan meraih Gold Award dan Platinum Award menerusi penyertaan dalam International Research, Innovation & Symposium (I-RIS) 2026 yang berlangsung pada 16 Oktober 2026 di USM Kubang Kerian, Kelantan.

Pelajar:
Nabila Binti Azmi
Nurul Syafiqah Binti Noor Idzam

Mentor:
Dr. Umi Khalsom Binti Mohd Bajuri
Prof. Madya Dr. Ahmad Razali Ishak

Produk Inovasi: 𝙈𝙞𝙣𝙩𝙂𝙪𝙖𝙧𝙙: 𝘽𝙤𝙩𝙖𝙣𝙞𝙘𝙖𝙡 𝙈𝙤𝙨𝙦𝙪𝙞𝙩𝙤 𝘾𝙤𝙣𝙩𝙧𝙤𝙡 🌿

Kejayaan ini mencerminkan komitmen warga FSK dalam memperkasa budaya penyelidikan dan inovasi. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada lapan pegawai yang dilantik sebagai Penyelaras Klinikal bagi setiap Pusat Penga...
16/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada lapan pegawai yang dilantik sebagai Penyelaras Klinikal bagi setiap Pusat Pengajian di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Pelantikan bagi tempoh 1 Oktober 2026 hingga 30 September 2028 ini diharapkan dapat memperkukuh penyelarasan latihan klinikal serta menyokong usaha fakulti dalam memastikan penyampaian pendidikan dan latihan profesional yang berkualiti.

Semoga tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan dedikasi demi kecemerlangan FSK UiTM.


Dekan Fsk Page
Nursing Universiti Teknologi MARA
Uitm VisionCare
Centre for Environmental Health and Safety Studies
Pusat Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Terapi Diet FSK
Pusat Pengajian Dietetik FSK UiTM - Media Rasmi
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja
Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan UITM Puncak Alam
Medical Imaging FSK
Bahagian Pengurusan Makmal, Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Rehabilitasi dan Perkhidmatan Klinikal

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜14 Oktober 2026 | Fakulti Sains Kesihatan, U...
14/10/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜

14 Oktober 2026 | Fakulti Sains Kesihatan, UiTM terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama rakan industri, institusi akademik dan organisasi komuniti melalui Majlis Pertukaran Perjanjian Kerjasama Strategik UiTM Bersama Rakan Industri yang disempurnakan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor UiTM.

Majlis ini merupakan satu langkah bermakna dalam memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan rakan kerjasama bagi memperluas peluang dalam bidang pendidikan, penyelidikan, inovasi, pemindahan ilmu dan pembangunan komuniti.

✨ Tujuh rakan kerjasama strategik yang terlibat ialah:

1. Universitas Pahlawan Tuanku Tambusai
2. Kelab Pesara Muslimah Selangor
3. Climate Plus Sdn. Bhd.
4. KIzzu Holdings Sdn. Bhd.
5. Mandarin Opto-Medic Sdn. Bhd.
6. Seed Contact Lens (Malaysia) Sdn. Bhd.
7. Winnox Cosmeceutics Sdn. Bhd.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa kecemerlangan akademik, memperluas jaringan penyelidikan, merangsang inovasi serta menterjemahkan kepakaran kepada manfaat yang signifikan kepada universiti, industri dan masyarakat.

Bersama Memperkukuh Jaringan, Memacu Penyelidikan dan Memperkasakan Komuniti! 🌟


Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Nursing Universiti Teknologi MARA
Uitm VisionCare
Centre for Environmental Health and Safety Studies
Pusat Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Terapi Diet FSK
Pusat Pengajian Dietetik FSK UiTM - Media Rasmi
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja
Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan UITM Puncak Alam
Medical Imaging FSK
Bahagian Pengurusan Makmal, Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Rehabilitasi dan Perkhidmatan Klinikal

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Noor Azliyana binti Azizan daripada Pusat Pengajian Fisioterapi, Fakulti Sains Kes...
14/10/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Noor Azliyana binti Azizan daripada Pusat Pengajian Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA atas pencapaian cemerlang apabila tersenarai dalam 𝙏𝙤𝙥 2% 𝙎𝙘𝙞𝙚𝙣𝙩𝙞𝙨𝙩 bagi Tahun 2026.

Pengiktirafan berprestij ini berdasarkan data yang disediakan oleh pengkalan data Elsevier dan Stanford University, sekali gus mencerminkan sumbangan beliau dalam bidang penyelidikan dan akademik.

Dekan serta seluruh warga Fakulti Sains Kesihatan UiTM merakamkan ucapan tahniah dan berharap pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga fakulti untuk terus memperkukuh kecemerlangan dalam penyelidikan, inovasi dan ilmu pengetahuan.

Syabas dan tahniah!


Dekan Fsk Page
Pusat Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Rehabilitasi dan Perkhidmatan Klinikal
Nursing Universiti Teknologi MARA
Uitm VisionCare
Centre for Environmental Health and Safety Studies
Pusat Terapi Diet FSK
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja
Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan UITM Puncak Alam
Medical Imaging FSK
Bahagian Pengurusan Makmal, Fakulti Sains Kesihatan Uitm

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐏 𝐊𝐏𝐈 𝐅𝐒𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 📊📅 13 Oktober 2026📍 Bilik Seminar, Tingkat 8, FSK6, UiTMFakulti Sains Kesihatan (FSK)...
14/10/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐏 𝐊𝐏𝐈 𝐅𝐒𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 📊

📅 13 Oktober 2026
📍 Bilik Seminar, Tingkat 8, FSK6, UiTM

Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM telah menganjurkan Bengkel Pelaporan Strategic Action Plan (SAP) KPI 2026, melibatkan barisan pengurusan serta warga fakulti yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif strategik FSK.

Bengkel ini menjadi platform penting untuk menyemak semula hala tuju strategik fakulti, menilai kemajuan pencapaian KPI, mengemas kini pelaksanaan aktiviti serta memperkukuh eviden dan pelaporan selaras dengan aspirasi UiTM2030.

Lebih daripada sekadar pelaporan, bengkel ini turut memperkukuh kesepakatan, akauntabiliti dan komitmen bersama dalam memastikan setiap perancangan diterjemahkan kepada pencapaian dan impak yang bermakna.

Bersama memperkasa FSK menuju kecemerlangan dan aspirasi UiTM2030.


Dekan Fsk Page
Nursing Universiti Teknologi MARA
Uitm VisionCare
Centre for Environmental Health and Safety Studies
Pusat Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Terapi Diet FSK
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja
Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan UITM Puncak Alam
Medical Imaging FSK
Bahagian Pengurusan Makmal, Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Rehabilitasi dan Perkhidmatan Klinikal

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas kejayaan m...
12/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas kejayaan menerima Anugerah Fakulti dengan Penyertaan Tertinggi dalam Kelas Literasi Maklumat sempena Pesta Buku UiTM 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 9 Oktober 2026 bertempat di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen dan sokongan berterusan warga FSK dalam memperkukuh budaya ilmu, meningkatkan kemahiran literasi maklumat serta menyemarakkan amalan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga fakulti.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga FSK yang telah memberikan penyertaan dan sokongan sehingga menyumbang kepada kejayaan ini.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam membudayakan kecemerlangan ilmu dan memperkasakan pembangunan akademik di Fakulti Sains Kesihatan.

Tahniah dan syabas, warga FSK! 💜


Dekan Fsk Page
Nursing Universiti Teknologi MARA
Uitm VisionCare
Centre for Environmental Health and Safety Studies
Pusat Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Terapi Diet FSK
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja
Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan UITM Puncak Alam
Medical Imaging FSK
Bahagian Pengurusan Makmal, Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Rehabilitasi dan Perkhidmatan Klinikal

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗠𝗨𝗗𝗨𝗚𝗔 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗙𝗦𝗞Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.Perhatian kepada semua pelajar Faku...
12/10/2026

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗠𝗨𝗗𝗨𝗚𝗔 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗙𝗦𝗞

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Perhatian kepada semua pelajar Fakulti Sains Kesihatan (FSK) yang telah mengemukakan permohonan bantuan zakat. Pelajar dimohon untuk membuat semakan status dan jadual sesi temuduga zakat melalui portal menggunakan QR code yang tertera seperti di dalam poster.

📌 MAKLUMAN PENTING
✅ Senarai pemohon diterima oleh HEP FSK secara berperingkat daripada ZAWAF UiTM Shah Alam. Sekiranya No. Matrik Pelajar masih belum tersenarai, sila lakukan semakan dari semasa ke semasa.
✅ Sesi temuduga dilaksanakan secara dalam talian dan hanya mengambil masa yang singkat. Pelajar dimohon memberikan kerjasama untuk hadir mengikut slot yang telah ditetapkan.
✅ Pelajar yang telah menerima jadual temuduga WAJIB membuat pengesahan melalui portal serta menyertai WhatsApp Community yang disediakan bagi mendapatkan maklumat terkini.

🚨 PERINGATAN PENTING!

⚠️ Pelajar yang tidak membuat pengesahan melalui portal TIDAK AKAN menerima pautan Google Meet bagi sesi temuduga yang telah dijadualkan.

Sehubungan itu, pelajar dinasihatkan untuk membuat pengesahan sebaik sahaja jadual temuduga dipaparkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

📲 SEBARANG PERTANYAAN

Pn. Rena | 03-3258 4322 (WhatsApp)
Kerjasama dan perhatian semua pelajar amat dihargai.


Media Rasmi - HEP Fakulti Sains Kesihatan
Smf Fakulti Sains Kesihatan
MELTECH UiTM Puncak Alam
Nursing Student Association - NUSA
Environmental Health Students' Association -EHSAn-
Medical Imaging Student Association - MISA

Address

Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60332584300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Kesihatan UiTM - FB Media Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share