Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor

Call Directions Website Contact the university

Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor VISI
Mewujudkan satu masyarakat universiti yang sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual

INFO SIHAT@UCS SIRI 7/26 : KENALI PENYAKIT EBOLA VIRUS BUNDIBUGYO (BVD)Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan UiTM K...
01/10/2026

INFO SIHAT@UCS SIRI 7/26 : KENALI PENYAKIT EBOLA VIRUS BUNDIBUGYO (BVD)

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam ingin berkongsi bahan hebahan kesihatan β€œKenali Penyakit Ebola Virus Bundibugyo (BVD)” untuk makluman dan perhatian seluruh warga UiTM Cawangan Selangor. Sehubungan itu, warga UiTM Cawangan Selangor adalah dipelawa untuk membaca dan mengambil perhatian terhadap maklumat serta langkah-langkah pencegahan yang dikongsikan dalam poster yang dilampirkan.
Ambil tahu, lindungi diri dan bersama-sama cegah penularan penyakit.

❀️ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 π’π„πƒπ”ππˆπ€Sempena Hari Jantung Sedunia, KKM menyeru masyarakat agar meningkatkan kesedara...
01/10/2026

❀️ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 π’π„πƒπ”ππˆπ€

Sempena Hari Jantung Sedunia, KKM menyeru masyarakat agar meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang mencukupi, tidak merokok serta pemeriksaan kesihatan secara berkala merupakan antara langkah penting dalam memelihara kesihatan jantung.

Marilah kita bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan jantung demi kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π‘π’π„πŠπˆπ“π€π‘π€π π’π„πƒπ”ππˆπ€πŸƒ Persekitaran yang bersih, selamat dan sihat merupakan asas penting dalam me...
01/10/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π‘π’π„πŠπˆπ“π€π‘π€π π’π„πƒπ”ππˆπ€

πŸƒ Persekitaran yang bersih, selamat dan sihat merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kualiti hidup masyarakat.

Sempena Hari Persekitaran Kesihatan Sedunia, marilah bersama-sama meningkatkan kesedaran dan mengamalkan gaya hidup yang menyokong persekitaran sihat demi kesihatan diri, keluarga dan komuniti. 🏑

πŸ’ƒ PROGRAM ZUMBA FIT@WORK πŸ’ƒProgram Zumba FIT@WORK anjuran Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam tela...
17/09/2026

πŸ’ƒ PROGRAM ZUMBA FIT@WORK πŸ’ƒ

Program Zumba FIT@WORK anjuran Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah berlangsung pada 15 September 2026 bertempat di Dataran Alam Bina, UiTM Kampus Puncak Alam, dengan penyertaan seramai 62 orang warga UiTM.

Program yang dikendalikan dengan penuh bertenaga oleh jurulatih Zumba daripada Fakulti Alam Bina ini berlangsung dalam suasana yang meriah, ceria dan penuh semangat. Para peserta turut menunjukkan komitmen yang tinggi dengan mengikuti setiap pergerakan dan aktiviti Zumba yang dijalankan. πŸ’ͺ✨

Selain menjadi platform untuk melakukan aktiviti fizikal dalam suasana yang santai dan menyeronokkan, program ini turut menggalakkan warga UiTM mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan serta kecergasan diri.

Secara keseluruhannya, Zumba FIT@WORK berjaya mewujudkan suasana positif, bertenaga dan mengeratkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga UiTM. Diharapkan inisiatif sebegini dapat diteruskan sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan kekal aktif di tempat kerja. ❀️

🌿 β€œSetiap Langkah Membina Kesihatan.” 🌿

Setiap tahun pada 10 September, Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepenti...
14/09/2026

Setiap tahun pada 10 September, Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan serta menggalakkan usaha bersama dalam memelihara kesihatan mental dan kesejahteraan masyarakat.
Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental, membudayakan sikap saling mengambil berat serta mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyokong bagi mereka yang sedang menghadapi tekanan emosi atau krisis kehidupan.
πŸ‡²πŸ‡Ύ Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555.
Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam
Kesihatan Mental Milik Semua ❀️

Throwback PROGRAM ANJURAN KELAB KEKITAAN: β€œHEALTHY HEART UKES”Puncak Alam, 21 Ogos 2026 – Kelab Kekitaan Unit Kesihatan,...
03/09/2026

Throwback PROGRAM ANJURAN KELAB KEKITAAN: β€œHEALTHY HEART UKES”

Puncak Alam, 21 Ogos 2026 – Kelab Kekitaan Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah menganjurkan Program β€œHealthy Heart UKES” bertempat di Dewan Serbaguna PFI, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Program ini bertujuan memupuk semangat kekitaan, mengeratkan silaturahim serta meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan dalam kalangan warga Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana.

Pelbagai aktiviti santai dan sukaneka telah diadakan bagi mewujudkan suasana yang ceria, mesra dan harmoni dalam kalangan warga kerja. Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan serta semangat kerjasama antara warga Unit Kesihatan.

Secara keseluruhannya, program β€œHealthy Heart UKES” telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat terus menyemarakkan budaya β€œSihat Bersama, Prihatin Sepanjang Masa” serta memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan warga Unit Kesihatan UiTM.

INFO SIHAT@UCS SIRI 6/26 :  APAKAH ITU JEREBU?Kebelakangan ini, terdapat beberapa lokasi di Malaysia mengalami jerebu di...
03/09/2026

INFO SIHAT@UCS SIRI 6/26 : APAKAH ITU JEREBU?

Kebelakangan ini, terdapat beberapa lokasi di Malaysia mengalami jerebu dimana bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) adalah tidak sihat. Bagi memastikan seluruh warga UiTM Cawangan Selangor kekal sihat semasa jerebu, pihak Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah menyediakan poster tips kesihatan untuk rujukan dan panduan. Untuk mengetahui Indek Pencemaran Udara (IPU) terkini, sila layari pautan berikut: Air Pollutant Index Management System (APIMS) .Semoga bermanfaat untuk semua.

13 Ogos 2026 | Khamis adalah HARI PENDERMAAN ORGAN SEDUNIA bertujuan meningkatkan kesedaran di peringkat global tentang ...
14/08/2026

13 Ogos 2026 | Khamis adalah HARI PENDERMAAN ORGAN SEDUNIA bertujuan meningkatkan kesedaran di peringkat global tentang kepentingan pendermaan organ dan tisu serta menggalakkan lebih ramai individu membuat keputusan yang tepat dan bermaklumat untuk menjadi penderma.

Tujuan sambutan adalah untuk :
πŸ’š Menyelamatkan lebih banyak nyawa πŸ€
🌿 Ribuan pesakit di seluruh dunia sedang menunggu pemindahan organ yang boleh menyelamatkan nyawa mereka.
🌿 Pendermaan organ memberikan peluang kedua untuk hidup kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir.
πŸ’š Menghargai penderma organ dan keluarga mereka πŸ€
🌿 Sebagai penghargaan terhadap kemurahan hati luar biasa individu yang memilih untuk mendermakan organ dan tisu selepas kematian, serta keluarga yang menghormati dan menyokong keputusan tersebut.
🌿 Sumbangan mereka meninggalkan legasi yang berkekalan dengan mengubah dan menyelamatkan kehidupan orang lain.
πŸ’š Meningkatkan kesedaran masyarakat πŸ€
🌿 Masih terdapat pelbagai salah faham mengenai pendermaan organ, termasuk berkaitan faktor usia, agama dan kelayakan perubatan.
🌿 Hari Pendermaan Organ Sedunia memberikan peluang untuk menyampaikan maklumat yang tepat serta menjelaskan salah faham mengenai pendermaan organ.
πŸ’š Menggalakkan perbincangan bersama keluarga πŸ€
🌿 Keputusan seseorang untuk menjadi penderma adalah lebih bermakna apabila hasrat tersebut telah dibincangkan bersama ahli keluarga.
🌿 Apabila keluarga mengetahui dan memahami hasrat seseorang, mereka lebih bersedia untuk menghormati dan melaksanakan hasrat tersebut.
πŸ’š Menggalakkan lebih ramai individu mendaftar sebagai penderma organ πŸ€
🌿 Peningkatan kesedaran masyarakat dapat menggalakkan lebih ramai individu membuat ikrar pendermaan organ, sekali gus membantu mengurangkan tempoh menunggu dan memberikan harapan kepada pesakit yang memerlukan pemindahan organ.

"WARISKU, HORMATI IKRARKU"

INFO SIHAT@UCS SIRI 5/26 :  APA ITU HEPATITIS B?Sempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2026 yang disambut setiap 28 Jul...
03/08/2026

INFO SIHAT@UCS SIRI 5/26 : APA ITU HEPATITIS B?

Sempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2026 yang disambut setiap 28 Julai, pihak Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah menyediakan poster mengenai penyakit Hepatitis B untuk rujukan dan panduan bagi semua warga UiTM Cawangan Selangor.

14 JULAI 2026: SESI MEET AND GREET TIMBALAN REKTOR HEP KE UNIT KESIHATANUnit Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Pu...
16/07/2026

14 JULAI 2026: SESI MEET AND GREET TIMBALAN REKTOR HEP KE UNIT KESIHATAN

Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah menerima kunjungan rasmi Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohammed Hardy Loh Rahim menerusi sesi Meet and Greet yang berlangsung dalam suasana mesra, santai dan penuh bermakna.

Sesi ini menjadi platform untuk memperkenalkan Timbalan Rektor HEP kepada warga Unit Kesihatan di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan kakitangan. Pelbagai perkara berkaitan perkhidmatan kesihatan, kebajikan serta kesejahteraan pelajar turut dikongsikan dalam pertemuan tersebut.

Dalam ucapannya, Prof. Madya Dr. Mohammed Hardy Loh Rahim menzahirkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi warga Unit Kesihatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada seluruh warga kampus. Beliau turut berharap agar kerjasama yang erat antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kesihatan dapat terus diperkukuhkan bagi merealisasikan aspirasi universiti ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan warga UiTM.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata sebagai simbolik kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta komitmen bersama dalam memperkasakan perkhidmatan kepada warga universiti.

"Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas kepada Prof. Madya Dr. Mohammed Hardy Loh Rahim. Semoga kehadiran beliau membawa kecemerlangan, kesejahteraan dan kejayaan kepada seluruh warga UiTM Cawangan Selangor."

Address

Unit Kesihatan UiTM Cawangan
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60332584131

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor:

Shortcuts

Share