18/07/2026
BEKAS PENGARAH SEBUAH ISLAMIC BANK (NON MUSLIM) MINUM ARAK DAN CLAIM BANK , DIBERHENTIKAN DAN KALAH DI MAHKAMAH.
Satu keputusan Mahkamah Perusahaan yang menarik perhatian baru-baru ini melibatkan seorang bekas pegawai kanan sebuah bank Islamik yang bergaji RM50,800 bulanan. Beliau bukan seorang Muslim, namun mahkamah tetap menegaskan bahawa apabila seseorang memilih untuk berkhidmat di institusi patuh Syariah, mereka turut memikul tanggungjawab untuk menghormati nilai, polisi dan standard etika yang menjadi asas kepada institusi tersebut.
Dalam kes ini, mahkamah mengekalkan keputusan bank untuk memecat beliau selepas siasatan dalaman mendapati berlaku salah laku, termasuk tuntutan perbelanjaan alkohol dan kemudahan spa yang dicaj kepada syarikat ketika menghadiri program rasmi. Mahkamah berpendapat bahawa sebagai pegawai kanan, beliau wajar dinilai berdasarkan tahap amanah dan integriti yang lebih tinggi.
Bagi saya, pengajaran daripada kes ini jauh lebih besar daripada isu alkohol semata-mata.
Ia mengingatkan bahawa integriti ialah satu nilai sejagat. Sama ada seseorang itu Muslim atau bukan Muslim, apabila menerima amanah dalam sesebuah organisasi, lebih-lebih lagi institusi yang membawa identiti dan nilai tertentu, maka amanah tersebut perlu dipelihara.
Bagi orang Islam, ia menjadi peringatan bahawa kita tidak boleh hanya berbangga dengan label “Islam” pada institusi, sedangkan integriti diri diabaikan.
Bagi bukan Muslim yang memilih untuk berkhidmat dalam institusi Islam, ia menunjukkan bahawa profesionalisme turut menuntut penghormatan terhadap polisi, budaya dan nilai yang menjadi asas organisasi tersebut.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” (Surah al-Nisa’ : 58)
Hakikatnya, amanah bukan sekadar tidak mencuri wang syarikat. Amanah juga meliputi kejujuran dalam tuntutan perbelanjaan, penggunaan kemudahan syarikat, tingkah laku ketika mewakili organisasi serta menjaga kepercayaan yang diberikan.
Semakin tinggi jawatan, semakin tinggi juga standard integriti yang diharapkan. Baca laporan berita
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/07/17/industrial-court-upholds-bank-executives-dismissal-over-drinking-spa-visits
Jom semak urusan bisnes dan kewangan secara hakal melalui bantuan Ai terlatih dengan rsokusi fatwa sedunia Shariahlab.io. Daftar dan terus tanya soalan, upload dokumen untuk semakan dan buat agreement patuh Shariah untuk anda.