Research Management Centre UPM

Research Management Centre UPM Research Management Centre (RMC) was officially established in May 2000 to mobilize research manageme

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"Hari Kebangsaan bukan sekadar men...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

Hari Kebangsaan bukan sekadar mengenang lipatan sejarah kebebasan tanah air, tetapi merupakan simbol penyatuan, keharmonian, dan perjuangan bersama seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang terus melangkah ke hadapan, kecemerlangan ilmu, sains, dan inovasi sentiasa menjadi tunjang utama dalam memacukan pembangunan serta keharmonian bangsa. Setiap usaha, bakti, dan sumbangan intelek memainkan peranan penting dalam membina sebuah masyarakat yang berdaya saing, sejahtera, dan mampan.

Marilah kita menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cinta akan negara. Pertahankan perpaduan yang telah kita bina dan teruslah menyumbang bakti demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Sekali lagi, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 buat seluruh warga UPM dan seluruh rakyat Malaysia! 🏒✨

Ikhlas daripada:
Warga Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)

🌐 Layari portal rasmi kami: rmc.upm.edu.my

πŸ“Œ Ikuti kami di media sosial:

Taklimat Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) UPMSERDANG, 27 Ogos 2026 – Pejabat Ketua Pentadbiran (Penyelidikan dan In...
28/08/2026

Taklimat Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) UPM

SERDANG, 27 Ogos 2026 – Pejabat Ketua Pentadbiran (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan Taklimat Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Aras 3, Bangunan Pejabat TNCPI.

Taklimat yang bermula pada jam 2:30 petang ini dihadiri oleh warga Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) serta staf dari PTJ di bawah skop Penyelidikan & Inovasi bagi memberi pendedahan menyeluruh mengenai garis panduan dan pelaksanaan skema kerja hibrid yang baru diperkenalkan.

Terima kasih kepada semua warga PTJ yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang sesi berlangsung!

Ada soalan berkenaan Double Tax Deduction (DTD)? Kami ada jawapannya! πŸ“‘βœ¨Jangan lepaskan peluang untuk mengoptimumkan pen...
28/08/2026

Ada soalan berkenaan Double Tax Deduction (DTD)? Kami ada jawapannya! πŸ“‘βœ¨

Jangan lepaskan peluang untuk mengoptimumkan penjimatan cukai syarikat anda menerusi insentif DTD dan kerjasama penyelidikan impak tinggi bersama UPM! πŸš€

πŸ” Semak FAQ DTD sepenuhnya di poster ini!

πŸ“² Ingin tahu lebih lanjut & membaca Garis Panduan DTD?
Imbas kod QR pada slaid terakhir atau hubungi kami di Seksyen Pendanaan RMC UPM:
🌐 Laman Web: https://rmc.upm.edu.my
πŸ“§ E-mel: [email protected]
πŸ“ž Telefon: 03-9769 1645

# SeksyenPendanaan

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ✨ 12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026 βœ¨β€œSesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh iku...
26/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·Ί

✨ 12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026 ✨

β€œSesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang terbaik buat kita.”
(Rujukan: Surah Al-Ahzab, ayat 21)

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

🌸 Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H
Daripada warga Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UPM.

πŸ“’ RESEARCH EXPENDITURE / PROCUREMENT GUIDELINES(Section 34B of the Income Tax Act 1967 – DTD)πŸ“’ Attention to all UPM rese...
21/08/2026

πŸ“’ RESEARCH EXPENDITURE / PROCUREMENT GUIDELINES
(Section 34B of the Income Tax Act 1967 – DTD)

πŸ“’ Attention to all UPM researchers!

To ensure that your research project expenditure/procurement qualifies for the Double Tax Deduction (DTD), please ensure that all expenditures are allocated under the correct expenditure vote codes.

Accurate vote allocation is important to ensure that the claim process and tax deduction application can be carried out smoothly.

πŸ“Œ Please refer to the poster for further details and the relevant vote codes.

Wishing you every success in carrying out your research projects! ✨

⚠️ Notice: Eligibility is subject to the DTD Guidelines, and final approval is fully subject to LHDN’s verification and approval.

☎️ For further enquiries, please contact RMC UPM Funding Section at 03-9769 1645.

PANDUAN PERBELANJAAN/ PEMBELIAN PENYELIDIKAN (Seksyen 34B ACP 1967 - DTD)πŸ“’ Perhatian kepada semua penyelidik UPM!Bagi me...
20/08/2026

PANDUAN PERBELANJAAN/ PEMBELIAN PENYELIDIKAN (Seksyen 34B ACP 1967 - DTD)

πŸ“’ Perhatian kepada semua penyelidik UPM!

Bagi memastikan perbelanjaan/ pembelian projek penyelidikan anda layak untuk menikmati DTD, pastikan agihan perbelanjaan dibuat mengikut vot yang betul.

Agihan vot yang tepat amat penting supaya proses tuntutan dan pelepasan cukai dapat berjalan dengan lancar!

πŸ“ŒRujuk poster untuk semakan butiran lanjut berkenaan kod vot yang berkaitan.

Selamat maju jaya dalam menjayakan projek anda!✨

⚠️ Notis: Kelayakan tertakluk kepada Garis Panduan DTD dan kelulusan akhir sepenuhnya adalah di bawah pengesahan LHDN.

☎️ Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Seksyen Pendanaan RMC UPM di 03-9769 1645.

🧬 UDRP HALAL AUTHENTICATION – Ensuring Halal Sanctity through Innovative Science πŸ•ŒDid you know? Behind every halal certi...
19/08/2026

🧬 UDRP HALAL AUTHENTICATION – Ensuring Halal Sanctity through Innovative Science πŸ•Œ

Did you know? Behind every halal certification lies cutting-edge science! πŸ”¬βœ¨

At the Halal Products Research Institute (IPPH), Universiti Putra Malaysia, our UDRP Halal Authentication programme combines multi-omics, AI-driven risk intelligence, and advanced sensing technologies to protect halal integrity β€” from lab to supply chain.

🌟 Our Key Strengths:
βœ… Analytical Powerhouse – integrating genomics, proteomics, metabolomics, spectroscopy & mass spectrometry for high-accuracy authentication
βœ… Operational Excellence – experience managing an ISO 17025 accredited laboratory
βœ… National Alignment – working strategically with national authority partners
βœ… Specialized Testing – expertise across complex product matrices

πŸ”Ή Molecular & species authentication (NGS, RT-PCR, CRISPR-Cas)
πŸ”Ή Chemical & omics profiling (LC-MS/MS, GC-MS, HPLC)
πŸ”Ή Non-destructive spectroscopic testing (FTIR, Raman, SPR)
πŸ”Ή Digital traceability & halal verification database

Our vision: to be a global leader in halal authentication, upholding halal sanctity through ethical, innovative, and impactful research. 🌍

πŸ“© Interested in collaboration or consultancy?
Contact: Dr. Amalia Mohd Hashim
βœ‰οΈ [email protected] | πŸ“ž +6019-263 5263

[SIRI DTD PART 4: PENGURUSAN PERBELANJAAN & PEMBELIAN PENYELIDIKAN] πŸ’‘πŸ“‘Tahukah anda? Pengurusan perbelanjaan dan pembelia...
18/08/2026

[SIRI DTD PART 4: PENGURUSAN PERBELANJAAN & PEMBELIAN PENYELIDIKAN] πŸ’‘πŸ“‘

Tahukah anda? Pengurusan perbelanjaan dan pembelian penyelidikan yang tepat amat penting untuk membolehkan pihak RMC menjalankan proses semakan dengan lancar, seterusnya mempercepatkan kelulusan insentif Double Tax Deduction (DTD)! πŸš€βœ¨

Bagi memastikan kelancaran pengurusan kewangan projek anda, jom semak garis panduan perbelanjaan dibenarkan mengikut VOTE 11000 hingga VOTE 29000:

πŸ§‘β€πŸ”¬ VOTE 11000 (Gaji & Elaun): Dibenarkan untuk upah dan elaun Pembantu Penyelidik (RA).

πŸš— VOTE 21000 (Kos Perjalanan & Pengangkutan): Kerja lapangan/lawatan stesen, bengkel & persidangan berkaitan projek sahaja. Tertakluk kepada pekeliling Perbendaharaan & kebenaran penaja (Elaun harian terhad RM400/sehari).

🏒 VOTE 24000 (Sewaan): Peralatan, pengangkutan, bangunan & jentera untuk penyelidikan. Wajib dapat kelulusan RMC & disalurkan ke akaun rasmi UPM. (Tidak boleh dibuat menerusi syarikat penaja/anak syarikat).

πŸ§ͺ VOTE 27000 (Bekalan & Bahan Penyelidikan): Khusus untuk bahan mentah & bahan berkaitan eksperimen penyelidikan sahaja.

πŸ› οΈ VOTE 28000 (Penyelenggaraan): Penyelenggaraan & pembaikan peralatan, kenderaan atau jentera berkaitan penyelidikan.

πŸ“„ VOTE 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas & Lain-Lain): Percetakan, honorarium, enumerator, konsultansi, yuran persidangan, ujian/analisis data (luar negara terhad 30%), serta utiliti & alat tulis.

⚠️ Notis Penting: Kelayakan dan permohonan adalah tertakluk kepada Garis Panduan DTD di bawah Seksyen 34B Akta Cukai Pendapatan 1967. Kelulusan akhir adalah tertakluk sepenuhnya kepada pengesahan pihak LHDN.

πŸ”— Ingin tahu lebih lanjut?
Layari: rmc.upm.edu.my
πŸ“§ E-mel: [email protected]
πŸ“ž Hubungi (Seksyen Pendanaan): 03-9769 1645

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! 🏸Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UPM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Prof. Mady...
17/08/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! 🏸

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UPM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Amiruddin Abd. Rahman (Fakulti Sains) atas kejayaan menerima Geran Penaja Badminton World Federation (BWF) bernilai USD7,000 (RM28,500)!

Geran ini menyokong projek "Applying Computer Vision and Generative AI for Real-Time In-Game Tactical Coaching Assistance in Badminton Singles".

Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan penyelidikan & inovasi UPM di persada antarabangsa! πŸŒπŸ”¬

πŸ“’ Sesi Townhall UDRP: Hala Tuju Penyelidikan UPM & Demonstrasi Sistem RAiSE!Pada 10 Ogos lalu, Pejabat Timbalan Naib Can...
17/08/2026

πŸ“’ Sesi Townhall UDRP: Hala Tuju Penyelidikan UPM & Demonstrasi Sistem RAiSE!

Pada 10 Ogos lalu, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan Sesi Townhall University Driven Research Programme (UDRP) di Mini Auditorium 1, Bangunan Pejabat TNCPI, dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

🎯 Program ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai hala tuju penyelidikan UPM dalam usaha memperkasa ekosistem inovasi dan akademik universiti.

πŸ—£οΈ YBhg. Prof. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), turut hadir memberi penjelasan terperinci mengenai hala tuju penyelidikan UPM.

✨ Program diteruskan dengan demonstrasi Sistem Research Altmetrics & Impact for Scholarly Excellence (RAiSE) oleh Prof. Madya Dr. Mohd Amiruddin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Perancangan dan Pengurusan Data Penyelidikan, RMC.

Semoga perbincangan dan pendedahan ini memberi suntikan semangat baharu buat para penyelidik dalam memacu kecemerlangan akademik UPM di peringkat global! πŸŒπŸ”¬

Address

Pusat Pengurusan Penyelidikan(RMC)
Putrajaya
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397691610

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Research Management Centre UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Research Management Centre UPM:

Shortcuts

Share