30/09/2026
SELAMAT DATANG BSTRDK BATCH 16 !
30 September 2026 | Telah berlangsung Perjumpaan Bersama Pelajar Baharu Bacelor Sains Taman dan Rekreasi dengan Kepujian (BSTRDK) Batch 16 di Dewan Kuliah Seminar & Kuliah (DKSK), Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia.
Perjumpaan ini menjadi langkah pertama dalam memperkenalkan pelajar baharu bersama warga jabatan rekreasi dan ekopelancongan, serta menjadi platform kepada pelajar untuk mendapatkan gambaran awal mengenai kehidupan sebagai mahasiswa dan pengalaman yang bakal dilalui sepanjang berada di UPM.
BSTRDK bukan sekadar tentang pembelajaran di dalam bilik kuliah, tetapi turut membuka ruang untuk meneroka dunia rekreasi, alam sekitar, pengurusan taman, aktiviti luar serta pelbagai pengalaman pembelajaran yang menarik dan bermakna.
Semoga perjalanan baharu ini dipenuhi dengan ilmu, pengalaman, persahabatan dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Teruskan melangkah dengan semangat, dan manfaatkan setiap peluang yang hadir sepanjang perjalanan sebagai seorang mahasiswa.