Ma'ahad Tahfiz Ribat Al-Fateh

Call Directions Contact the university

Ma'ahad Tahfiz Ribat Al-Fateh Pusat Tahfiz Ribat Al-Fateh- Institusi yang menawarkan perkhidmatan Hafazan Al-Quran & Fardhu ‘Ain

Maahad Tahfiz Ribat Al-Fateh – (MATRAF) ) merupakan sebuah Institusi Tahfiz yang berdaftar di bawah No Pendaftaran JLD 8.(86), BZH 5025 JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor), PITAS ( Persatuan Institusi Tahfiz Selangor), PERMATA ( Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia), berasrama penuh untuk pelajar memahirkan diri mereka dengan pendidikan Islam Syumul berteraskan al-Quran dan as-Sunnah di samping pengajian Alim & Fardhu Ain. MATRAF menawarkan peluang kepada ibubapa yang berhasrat menjadikan anak-anak mereka insan kamil yang bukan sahaja menguasai al-Quran tetapi memainkan peranan dalam masyarakat sebagai ahli professional dalam bidang yang mereka minati. Kurikulum MATRAF memupuk minda generasi muda berteraskan al-Quran yang berintegrasi untuk melahirkan generasi insan cemerlang yang seimbang rohani dan jasmani melalui gabungan pembelajaran tradisional dan moden yang sistematik. MATRAF akan diterajui oleh Lembaga Pengelola Sekolah terdiri daripada kerjasama mantap pakar yang berpengalaman dalam bidang agama dan ahli pendidikan dan ilmuan professional melalui satu jalinan integrasi bestari.

17/07/2026
17/07/2026
09/07/2026

🕌 RAYUAN KECEMASAN DANA ASRAMA TAHFIZ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rendah hati, kami ingin memohon bantuan daripada semua yang budiman.

Ketika ini, Asrama Tahfiz kami sedang menghadapi kekurangan dana yang sangat kritikal. Dana yang masih belum mencukupi menyebabkan beberapa keperluan penting asrama belum dapat disiapkan sepenuhnya.

Setiap hari, anak-anak tahfiz terus berusaha menghafaz kalam Allah dengan penuh kesungguhan. Menjadi harapan kami agar mereka dapat belajar dan tinggal dalam keadaan yang lebih selesa, selamat dan sempurna.

Kami merayu kepada sesiapa yang Allah SWT lapangkan rezekinya, bantulah kami mengikut kemampuan. Tidak kira RM5, RM10 atau lebih, setiap sumbangan amat besar nilainya dan membawa kami selangkah lebih dekat untuk memenuhi keperluan asrama ini.

Jika belum mampu menyumbang, kami memohon jasa baik untuk berkongsi hantaran ini supaya rayuan ini sampai kepada lebih ramai insan yang sudi membantu.

Semoga setiap sedekah yang dihulurkan menjadi sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir selagi al-Quran dibaca, dihafaz dan diamalkan oleh anak-anak tahfiz ini.

🤲 Ya Allah, kurniakanlah keberkatan rezeki kepada setiap penyumbang, permudahkan segala urusan mereka, ampunkan dosa-dosa mereka dan jadikan setiap sumbangan sebagai pemberat timbangan amal di akhirat. Amin.

Terima kasih atas setiap doa, sumbangan dan perkongsian. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan anda dengan sebaik-baik balasan.

Address

LOT 76033, Jalan SRI INDAH A, KG. SRI INDAH
Kampong Sungai Buloh
47000

Telephone

+601132279716

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ma'ahad Tahfiz Ribat Al-Fateh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Ma'ahad Tahfiz Ribat Al-Fateh:

Shortcuts

Share