Surau Al-Firdaus, Taman Garing Utama, Rawang

Surau Al-Firdaus, Taman Garing Utama, Rawang Alamat Surau al-Firdaus : Jalan GU 3, Taman Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor.

24/08/2021

Assalamualaikum wbt.

Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)

02/06/2021

Forum Perdana Ehwal Islam
“Takut Allah atau Takut COVID-19?”
Khamis. 3 Jun 2021. 9 malam.

Siaran langsung di , myklik.rtm.gov.my/tv/1, Facebook JAKIM dan FB, Youtube, Twitter saya.

20/05/2021

📣INFO TERKINI ‼️

KUANG kini tersenarai sebagai salah satu lokasi program untuk minggu ini!

Sila rujuk kepada senarai yang telah dikemaskini:

05/02/2021
16/03/2020

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI KEAGAMAAN DI MASJID DAN SURAU SERTA PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH MANGSA COVID-19

Setelah mendapat titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, maka saya mengumumkan bahawa:

Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac 2020 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan berikut:

a. Semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan bermula 17- 26 Mac 2020. Jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan. Tempoh sepuluh (10) hari berkenaan adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

b. Sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia. Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah. Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.

c. Bagi pelaksanaan perihal (a) dan (b), Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.

Dengan titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pelaksanaan perihal (a) dan (b) juga adalah terpakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sekian.

SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
16 MAC 2020

_ _ _

RESTRAIN ON RELIGIOUS ACTIVITIES AT THE MOSQUES AND SURAU AND GUIDELINES ON THE HANDLING OF THE DEAD BODY DUE TO COVID-19

After obtaining approval from His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, I then elucidate that:

Based on the report by the Ministry of Health and discussion of the special meeting of the Muzakarah Committee of the National Council for Islamic Affairs Malaysia on 15th March 2020 at Pulse Grande Hotel, Putrajaya, the resolutions are as follow:

All activities at the mosques and surau including Jumaat prayer and daily congregational prayers shall be postponed starting 17-26th March 2020. The managing committee of the mosques and surau are encouraged to conduct cleaning and sanitising operations to avoid the spread of COVID-19. The 10 days closing period was made as per advice of the Ministry of Health.

In the event of death due to COVID-19, the body must be handled according to the guidelines provided by the 107th Muzakarah of Committee of Fatwa of the National Council for Islamic Affairs Malaysia which conferred on 10-11th February 2015 regarding religious opinion on the Handling of the Muslim Dead Body of Suspected or Confirmed Ebola Virus (Ebola Virus Disease: EVD) in Malaysia. However, there is an exception given in case of presence of harm to those who handle the body. Thus, it can be handled by performing tayammum on the surface of the body bag or plastic cover which secures the body.

In implementing items (a) and (b), the Muzakarah committee relays its trust to the respective state Islamic authorities to determine the best mechanism.

With the approval of His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong, the implementation of the above items (a) and (b) are applied in Federal Territories. Thank you.

SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MINISTER OF THE PRIME MINISTER OFFICE (ISLAMIC AFFAIRS)
16th MARCH 2020

HALA TUJU LEPASAN SEKOLAH 👬(UPSR / PT3 /SPM / STPM )Ceramah santai...Khas untuk :   # ibubapa # pelajar dan bekas pelaja...
08/02/2020

HALA TUJU LEPASAN SEKOLAH 👬
(UPSR / PT3 /SPM / STPM )

Ceramah santai...

Khas untuk :
# ibubapa
# pelajar dan bekas pelajar

➡ Penerangan tentang pilihan laluan selepas UPSR / PT3/ SPM / STPM
( Dorongan & motivasi pelajar utk ke sekolah terpilih )

➡ Panduan untuk pelajar membuat pilihan bidang, program & IPT. 👩‍🎓

➡ Pendedahan tentang beberapa bidang kerjaya terpilih serta tips keusahawanan kecil.

Ibu bapa digalak hadir bersama anak-anak bagi mendapatkan penjelasan & merancang halatuju pendidikan anak-anak seawal mungkin untuk mencapai cita2 kerjaya yang diinginkan. 👨‍👩‍👧

Bersama merancang halatuju masa depan yang praktikal.👩‍💻

En Noor Mohd Ismail bekas pengurus di bank, pensyarah di universiti, dan tenaga pengajar bebas.
( Tutor Open University Malaysia ( OUM ) semenjak 2004.)

Hubungi SEGERA untuk pendaftaran.
🌸Pn. Ummi Naila
019-7705346

Pesuruhjaya kehakiman berkata permohonan bapa Adib gagal mematuhi Perintah 52 dalam peraturan Mahkamah Tinggi.
28/01/2020

Pesuruhjaya kehakiman berkata permohonan bapa Adib gagal mematuhi Perintah 52 dalam peraturan Mahkamah Tinggi.

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon kepada ALLAH SWT supaya memelihara negara dan rakyat daripada sebarang penyakit tidak diingini susulan peningkatan wabak koronav...

Address

Jalan GU 3 Taman Garing Utama
Rawang
48000

Telephone

+601116212305

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Firdaus, Taman Garing Utama, Rawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share