Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja

Call Directions Website Contact the university

Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja Perintis Program KV di Negeri Sembilan.
1958 - wujud sebagai Sekolah Lanjutan Kampung
1969 - SM Voka Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar.

Asalnya KVDLM ialah Sekolah Lanjutan Kampung Rembau (SLK) dibina pada tahun 1958 dan dibuka dengan rasminya oleh Y.A.M Undang Rembau pada 25hb Jun 1958. Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang ditawarkan ialah akademik, vokasional, pertanian dan sains. Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1 Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Hanya pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar di sekolah ini sehinggalah tahun 1990. Pada tahun 1999, ianya telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Rembau. SMT Rembau menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian). Pada tahun 2003, nama sekolah ini telah diubah sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato Lela Maharaja iaitu mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato Lela Maharaja. Sejajar dengan transformasi pendidikan vokasional di Malaysia, akhirnya Sekolah Menengah Teknik Dato’ Lela Maharaja telah dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional mulai tahun 2012.

12/10/2026
Jom follow media sosial rasmi KVDLM untuk dapatkan info terkini tentang aktiviti, program dan kejayaan warga kolej kami!...
12/10/2026

Jom follow media sosial rasmi KVDLM untuk dapatkan info terkini tentang aktiviti, program dan kejayaan warga kolej kami! Jangan lupa Follow, Like & Share untuk sama-sama menyokong komuniti KVDLM.
πŸ’™πŸ§‘

πŸš€πŸ’» 2 OKTOBER 2026 | MAJLIS PELANCARAN BULAN TEKNOLOGI DIGITAL 2026 ✨ Anda, Pemangkin TVET Masa Hadapan! ✨Teknologi digit...
09/10/2026

πŸš€πŸ’» 2 OKTOBER 2026 | MAJLIS PELANCARAN BULAN TEKNOLOGI DIGITAL 2026

✨ Anda, Pemangkin TVET Masa Hadapan! ✨

Teknologi digital bukan sekadar trend, tetapi kunci kejayaan generasi masa hadapan! πŸ”₯

Ayuh, anak pelajar KVDLM! πŸ’ͺ🏻 Inilah masanya untuk meneroka ilmu, mencungkil kreativiti, mengasah kemahiran digital dan melahirkan pelajar TVET yang berdaya saing, inovatif serta bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar! 🌟

πŸ“± Pelajari teknologi baharu.
πŸ’‘ Cetuskan idea luar biasa.
πŸš€ Cipta masa depan yang lebih gemilang!

Jom meriahkan Bulan Teknologi Digital dengan semangat, kreativiti dan kesungguhan! Bersama-sama kita melangkah ke arah TVET yang lebih maju! πŸ’™πŸ’»

πŸ† TAHNIAH KEPADA TOP 5 PERTANDINGAN INOVASI LESTARI KVDLM 2026! πŸŒ±πŸŽ‰Assalamualaikum w.b.t. dan salam inovasi lestari.Perta...
09/10/2026

πŸ† TAHNIAH KEPADA TOP 5 PERTANDINGAN INOVASI LESTARI KVDLM 2026! πŸŒ±πŸŽ‰

Assalamualaikum w.b.t. dan salam inovasi lestari.

Pertandingan Inovasi Lestari KVDLM 2026 anjuran JK Inovasi PDP & Produk KVDLM telah berlangsung pada 8 Oktober 2026.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 5 kumpulan inovasi terbaik dalam pertandingan ini! πŸ‘βœ¨

πŸ₯‡ Tempat Pertama: COCOGREEN PAVER
πŸ₯ˆ Tempat Kedua: RUMILICK PRO
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: BIOGRO
πŸ… Tempat Keempat: PINELURE BIO-GEL
πŸ… Tempat Kelima: SMART FRESH LABEL

Tahniah kepada semua peserta dan pembimbing atas usaha, kreativiti serta komitmen dalam menghasilkan inovasi yang kreatif, berimpak dan menyokong kelestarian alam sekitar. πŸŒΏπŸ’š

Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta serta pembimbing yang telah menyertai pertandingan ini, walaupun tidak memenangi sebarang tempat. Penyertaan, usaha dan semangat yang ditunjukkan amat dihargai dan menjadi sebahagian daripada kejayaan pertandingan ini. πŸ‘βœ¨

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berinovasi, meneroka idea baharu dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

🌏 β€œInovasi Hari Ini, Kelestarian Masa Hadapan!” ✨

Jerebu melanda, pembelajaran diutamakan! πŸŒ«οΈπŸ“šSemua pelajar diingatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan, mengikuti arahan ...
09/10/2026

Jerebu melanda, pembelajaran diutamakan! πŸŒ«οΈπŸ“š

Semua pelajar diingatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan, mengikuti arahan pensyarah, menyertai PdPR dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

πŸ’™ Kesihatan dijaga, pembelajaran diteruskan!

Unit Psikologi dan Kerjaya
Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja

Address

Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Jalan Seremban-Tampin
Rembau
71300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja:

Shortcuts

Share