Kesan Telefon Pintar Dalam Perspektif Islam

Kesan Telefon Pintar Dalam Perspektif  Islam E-FOLIO SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM (MPU23052)
SESI II 2021/2022

-SINDROM NOMOFOBIA-Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.
11/06/2022

-SINDROM NOMOFOBIA-

Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.

Malaysia Hari Ini merupakan sebuah rancangan bual bicara yang padat dengan pelbagai informasi menarik berkenaan hal ehwal semasa, kesihatan serta isu-isu vir...

Disebabkan dengan perkembangan teknologi pendigitalan masa kini, terdapat penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Nomopho...
11/06/2022

Disebabkan dengan perkembangan teknologi pendigitalan masa kini, terdapat penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Nomophobia yang merupakan perasaan cemas dan ketakutan tanpa memegang telefon bimbit. Hali ini disebabkan kebergantungan manusia pada telefon telah menyebabkan ramai tidak mempunyai interaksi langsung dengan orang lain kerana lebih menggemari interaksi atas talian.
Antara gejala nomofobia apabila seseorang bimbang ketinggalan sebarang berita atau mesej sehingga membuatkan mereka tidak boleh tidur.

Rujukan; https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2020/09/17/nomophobia-ketakutan-tak-dapat-pegang-telefon-apa-tanda-tandanya , https://youtu.be/llunlJ7eloY ,https://www.researchgate.net/publication/352515666_Nomophobia_di_Kalangan_Remaja

Telefon pintar juga menjadi punca kepada kelalaian seseorang bila mana terlampau sibuk untuk mengemas kini setiap perkar...
11/06/2022

Telefon pintar juga menjadi punca kepada kelalaian seseorang bila mana terlampau sibuk untuk mengemas kini setiap perkara yang dilakukan sehingga boleh mengancam nyawa diri,keluarga dan masyarakat.
Hal ini, kita boleh ambil iktibar daripada lakonan video yang telah kami tampilkan bersama di bawah.
Oleh itu,Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan لازي ررضلا
Penggunaan telefon pintar seharusnya mencapai kepintaraan kita dalam mengaplikasikan nya dengan bermanfaat supaya tidak memudaratkan diri.

Telefon pintar memanglah pintar, Tapi, pintarkah anda? oleh Hadley AceDiterbitkan oleh LnL Production untuk FINAS

Permainan gajet dikesan sangat mempengaruhi sikap negatif pada kanak-kanak dan remaja. Ia juga boleh merangsang sikap ka...
11/06/2022

Permainan gajet dikesan sangat mempengaruhi sikap negatif pada kanak-kanak dan remaja. Ia juga boleh merangsang sikap kasar, agresif dan kurang sabar jika inginkan sesuatu. Puncanya kerana peralatan tersebut mampu memberikan keseronokan secara mudah tanpa perlu bersusah payah yang akhirnya mengundang ketagihan yang sukar dihentikan. Bila sudah ketagih, emosi mereka tidak stabil lalu akan mudah mengamuk dan memberontak jika kemahuan mereka dihalang. Selain itu, ia juga membentuk sikap tidak peduli dengan persekitaran sehingga ramai dari kalangan mereka tidak mahu ambil bahagian dalam aktiviti keluarga mahupun rakan sebaya.

Bukankah Allah SWT pernah mengingatkan kita tentang ujian dan cabaran dalam mendidik anak-anak di samping ganjaran yang besar yang disediakan, sebagaimana firman-Nya di dalam surah Al-Taghabun ayat 15: “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala”

Jika kita masih mahu memberi ruang untuk anak bermain dengan gajet sesuai dengan keperluan semasa, kita perlulah memastikan beberapa panduan berikut dipatuhi, antaranya:

Pertama: Pastikan tahap minda dan jiwa anak telah bersedia. Sekurang-kurangnya telah mencapai usia dua tahun dan mampu bertutur untuk memperkenalkan kepada mereka peralatan gajet dan sebagainya. Ia perlu diawasi oleh ibu bapa kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka di samping mengawal permainan yang sesuai. Selain itu, ibu bapa juga boleh melihat potensi serta perkembangan si anak. Ingatlah bahawa perkembangan pendengaran, penglihatan dan jiwa anakanak perlu diawasi dan menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa.

Firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 36:“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

Kedua: Kawal dan hadkan masa penggunaan. Di samping itu mereka juga perlu memberi panduan penggunaan gajet kepada anak-anak. Tetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan sentiasa menerapkan teladan yang baik seperti berhenti menggunakan gajet ketika makan dan berbual dengan orang lain. Periksa gajet anak-anak secara berkala untuk memastikan mereka tidak terjebak kepada gejala negatif yang merosakkan mereka. Silih gantikan permainan gajet dengan mengulangkaji pelajaran dan membaca al-Quran. Jadualkan masa mereka untuk bermain dan belajar. Pastikan juga mereka dapat mendirikan solat bila sampai waktunya. Ajar mereka untuk mematuhi syariat sejak kecil. Ibu bapa perlu bersabar mendidik anak mematuhi syariat khususnya dalam mendidik mereka mendirikan solat.

Perkara ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam Surah Taha ayat 132:“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

“Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.”. (al-Mumtahanah ; 3)

Video Penuh : https://youtu.be/gypJmsIZhoYTerima Kasih Kerana MenontonSubscribe Itu Percuma 🤭👉 : https://bit.ly/2mp7gdC 📋 Nota : Bagi yang ingin menyumba...

Ketagihan Gajet; Selamatkan Anak-Anak Kita ”Di zaman yang semakin maju dan serba canggih ini, ibu bapa berhadapan dengan...
11/06/2022

Ketagihan Gajet; Selamatkan Anak-Anak Kita ”

Di zaman yang semakin maju dan serba canggih ini, ibu bapa berhadapan dengan cabaran besar untuk menjayakan peranan mendidik dan membangunkan mental serta fizikal anak-anak mereka. Antara halangan utama bagi ibu bapa masa kini untuk

1. mendidik anak ialah kehadiran gajet.

Disebabkan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman, ramai ibu bapa membelikan gajet seperti tablet, telefon pintar, iPad dan sebagainya kepada anak mereka. Malah ada yang menjadikannya sebagai hadiah meraikan hari lahir anak mereka.

Tidak kurang juga yang menjadikan gajet sebagai teman bermain si kecil agar ibu bapa dapat melakukan kerja-kerja mereka dengan tenang tanpa gangguan.

Namun, sedarkah kita bahawa tindakan ini memberi banyak keburukan kepada perkembangan si anak jika ia digunakan tanpa kawalan.

Lebih membimbangkan lagi apabila gajet yang diberikan itu digunakan tanpa kawalan dan panduan. Hakikat ini membuktikan betapa ramai ibu bapa yang lalai dalam menyempurnakan amanah mendidik anak-anak mereka.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibnu Umar RAnhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda;“Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannnya. Seorang ketua negara akan diminta pertanggungjawaban tentang rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) dari hal-hal yang dipimpinnya”.

Penggunaan gajet memang ada manfaatnya. Namun jika digunakan tanpa panduan dan kawalan, ia terbukti memberi kesan negatif kepada anakanak kita.

Menurut hasil kajian yang dikeluarkan oleh Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak wajar didedahkan dengan teknologi ini, mereka yang berusia 3 hingga 5 tahun dibenarkan hanya sejam dan yang berusia 6 hingga 17 tahun dihadkan hanya 2 jam sehari. Penggunaan gajet melebihi kadar masa yang disarankan dan tanpa kawalan boleh mengundang pelbagai keburukan yang serius malah boleh mengancam nyawa.

Di antara kesan buruk tersebut ialah :

Pertama: Menjejaskan Kesihatan Dan Tumbesaran Jasmani.

Kanak-kanak yang terlalu asyik dengan permainan gajet menjadi tidak ambil peduli mengenai perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan kurang aktif untuk melakukan aktiviti luar. Ini secara tidak langsung menyebabkan tumbesaran mereka terbantut kerana tidak memperoleh keperluan makan minum secara teratur. Begitu juga remaja yang seharian bermain dengan gajet menjadi tidak aktif, badan mereka lesu hingga menjejaskan kesihatan. Ia juga boleh menjejaskan kualiti tidur kerana otak mereka terlalu aktif dan sukar untuk bertenang akibat mata terlalu lama tertumpu kepada skrin gajet. Semua ini mengundang masalah pada tubuh badan mereka yang sedang membesar. Bukankah ini sangat bertentangan dengan falsafah pendidikan anak dalam Islam

Kedua: Membantutkan Perkembangan Mental dan Kemahiran Fizikal.

Bermain gajet juga membantutkan perkembangan otak si kecil yang sepatutnya dibangunkan secara berperingkat mengikut usia mereka. Bukan itu saja, ia juga boleh menyekat perkembangan kemahiran mereka. Apabila si kecil hanya menggunakan satu atau dua jari menyentuh skrin tablet untuk bermain, ia sebenarnya membantutkan perkembangan kemahiran seluruh jari mereka. Akibatnya ada di kalangan kanak-kanak yang tidak mahir memegang pensel apabila masuk ke pra-sekolah ataupun tadika. Di samping itu juga ia akan melambatkan kemampuan mereka bercakap. Jika dilihat realiti pada masa kini, terdapat kanak-kanak berusia dua tahun setengah pun masih belum dapat menuturkan walau sepatah perkataan akibat terlalu aktif melayan permainan gajet. Malah remaja yang aktif bermain gajet ini juga bermasalah dari sudut sikap, hilang minat dan tumpuan kepada pelajaran.

Ketiga: Memberi Kesan Negatif Kepada Emosi dan Jiwa.

(ii) Teori behavioural displacement yang mana masa berlebihan di media sosial menyebabkan semakin berkurangnya gaya hidu...
11/06/2022

(ii) Teori behavioural displacement yang mana masa berlebihan di media sosial menyebabkan semakin berkurangnya gaya hidup sihat (bersukan, berekreasi dan bersosial).
(iii) Fenomena fear of missing out. Lazimnya berlaku dalam kalangan remaja di media sosial yang menyaksikan mereka sentiasa terdedah kepada tekanan untuk sentiasa mengikuti trend terkini. Ini secara tidak langsung boleh menyumbang kepada tekanan sosial, rasa rendah keyakinan diri dan kemurungan.
(iv) Teori social displacement. Persahabatan maya telah menggantikan persahabatan realiti. Akibatnya ramai yang hilang kemahiran bersosial dan sokongan sosial yang diperlukan dalam keadaan seseorang itu mengalami tekanan hidup.
(3) Kes penceraian.
Trend penggunaan gajet elektronik dan media sosial didapati mampu menjadi penyebab penceraian, kata seorang pakar keluarga iaitu Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor. Beliau berkata aplikasi seperti WhatsApp boleh menjadi platform untuk pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah tangga.
Di London, terdapat kajian yang dikendalikan oleh firma guaman Slater dan Gordon mendapati, Facebook, Skype, Snapchat, Twitter, WhatsApp dan beberapa media sosial yang lain memainkan peranan dalam kes penceraian.

JAGA percakapan dan tulisanMengawal lisan bukanlah semudah yang disangka. Ditambah lagi dunia moden hari ini, ‘lisan’ ti...
11/06/2022

JAGA percakapan dan tulisan

Mengawal lisan bukanlah semudah yang disangka. Ditambah lagi dunia moden hari ini, ‘lisan’ tidak hanya pada tutur bicara namun ia juga pada ‘tulisan’

Kaedah menyebut:
الكتابة تقوم مقام قول الكاتب

“Tulisan dikira (dihukumkan) pada martabat perkataan bagi si penulis.”
Sedangkan dalam Islam, sesuatu hak atau kebebasan adanya garis panduan. Selama mana ia tidak melampaui maka ia diharuskan, jika melampaui batasan, maka ia dilarang.
Sebab itu, dalam mengawal lisan begitu juga tulisan, ia diikat dengan pasak keimanan. Walaupun dilihat remeh, namun panduan Hadis Rasulullah S.A.W mengingatkan dengan permulaan pasak keimanan bagi mengawal lisan sama ada bercakap baik atau diam dari bercakap perkara yang tidak elok serta sia-sia.
Hadis dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيرًا أو ليصمت

“Siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah sesuatu yang baik atau diam (dari perkara sia-sia dan tidak elok).”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jaga penampilan dalam bergambar
Bergambar tidak salah. Ada yang bergambar untuk berkongsi kisah dan ada juga bergambar sebagai simpanan kenangan. Asas penampilan bergambar di media sosial sama sahaja sebagaimana asas penampilan secara bersemuka atau dunia realiti. Selagimana penampilan itu:
(1) Menjaga pemakaian pematuhan syariah.
(2) Menjaga syaksiah Muslim dan Muslimah.
(3) Beradab dan tidak keterlaluan pada pertimbangan uruf dan moral.
(4) Tidak sengaja mengundang fitnah mendatang.
Maka penampilan itu adalah diharuskan sebagaimana di atas. Cuma bezanya jika dalam ruangan media sosial ia lebih luas rangkaiannya yang tidak terhad pada ruang sekeliling sahaja. Semakin luas, maka semakin besar impaknya jika tidak dipelihara.
Sebab itu, penjagaan penampilan sangat penting kerana ia boleh dimanipulasi apatah lagi zaman moden yang memiliki aplikasi pelbagai yang boleh mengundang negatif jika berlaku penyalahgunaan.
Ia boleh diambil pengajaran sebagaimana larangan menghentak hentak kaki untuk diperdengarkan apa yang dipakai di gelang kaki kepada orang ramai sekalipun tanpa memperlihatkannya secara zahir dan umum.
Firman Allah S.W.T:
وَلَا یَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِیُعۡلَمَ مَا یُخۡفِینَ مِن زِینَتِهِنَّۚ

“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;”
[an-Nur: 31]
Jangan jadikan media sosial gudang dosa
Media sosial hanyalah alat dan medium perkongsian sosial. Yang perlu dididik ialah pengguna media sosial agar matang dalam pertimbangan sesuatu tindakan yang diambil. Jangan menjadikan media sosial sebagai gudang dosa, rugi. Jadikanlah media sosial sebagai gudang pahala.
Kongsi, ceritakan dan tular akan:
(1) Yang benar.
(2) Yang bermanfaat.
(3) Yang ada nilai pengajaran dan pendidikan.
Hadis dari Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

“Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Riwayat Muslim)
Hari ini kesilapan penggunaan media sosial dengan keterbukaan tanpa didikan nilai iman, mengundang parah ke atas individu, keluarga dan masyarakat. Antara pengaruh buruk yang berlaku ialah:
(1) Bunuh diri.
Ketua Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia, Mohd Redzuan Zamberi berkata, kejadian gadis yang meragut nyawa sendiri akibat ‘undian maut’ dalam media sosial menunjukkan betapa pengaruh media sosial terhadap konsep diri dan tahap kesihatan mental khususnya remaja perlu dipandang serius. – sumber: Sinar Harian 12 Jun 2019.
(2) Penyakit mental.
Pakar Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria menyatakan teori yang membincangkan mengenai perkaitan antara penggunaan media sosial yang berlebihan dengan masalah mental antaranya ialah:
(i) Pendedahan kepada masalah gangguan secara maya seperti buli siber.

Contoh, ia dibenarkanuntuk menggunakan alat peranti mereka pada hujung minggu atau semasa cuti, dengan syarat bahawa ia ...
11/06/2022

Contoh, ia dibenarkanuntuk menggunakan alat peranti mereka pada hujung minggu atau semasa cuti, dengan syarat bahawa ia tidak pada tempoh peperiksaan. Pada permulannya akan memberi sedikit kekecewaan kepada anak-anak tetapi lama-kelamman mereka akan belajar untuk menghargai dan lebih cenderung untuk bersedia mematikannya dengan sendirinya.

c. Disamping itu, ibubapa juga boleh merancang dengan adakan filem malam di rumah bersama-sama pada hari jumaat, dengan popcorn, coklat panas dan selimut. Ini dapat merapatkan lagi sifat kekeluargaan kepada anak-anak. Boleh juga dengan melakukan aktiviti yang sihat bersama anak anda seperti membuat kek bersama, menyiram pokok atau bersukan untuk mengurangkan lagi masa mereka dengan alat gajet.

d. Ibu bapa juga perlu berhati-hati dengan apa yang anak-anak anda tonton atau berkaitan dengan alat gajet mereka gunakan, dan sentiasa menasihati merkeka untuk tidak mendaftar di mana-mana talian/social media tanpa kebenaran. Tetapi pastikan ibu bapa sentiasa konsisten mengawasi masa anak-anak. Sebaliknya diajar pada usia muda mereka.

e. Walaupun computer dan permainan video sering dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kanak-kanak, sebenarnya terdapat beberapa nilai yang baik untuk mereka, antaranya ialah dapat mengajar kanak-kanak dalam kemahiran penyelesaian masalah dan kreativiti. Disamping itu, bergantung kepada jenis permainan, mereka juga didedahkan dengan scenario kehidupan sebenar.

f. Dalam zaman dunia digital, tidak ada cara untuk melaksanakan sekatan berkenaan teknologi. Sebaliknya, seperti aktiviti lain, perlu ada masa dan tempat yang sesuai, dan terpulang kepada ibu bapa untuk mencari langkah bagi mengimbangi masa yang berkualiti anak-anak mereka di skrin dan di luar.

Apabila diperhati, ternyata pemandu tersebut leka menggunakan telefon pintar. Tak kurang juga penunggang motosikal ‘tawa...
11/06/2022

Apabila diperhati, ternyata pemandu tersebut leka menggunakan telefon pintar. Tak kurang juga penunggang motosikal ‘tawaduk’ yang menunggang perlahan tidak kena pada tempatnya. Apabila dipotong, rupanya penunggang tersebut sedang menggunakan telefon pintar. Amat berbahaya! Jika terlalu penting, hentikan kenderaan kita di tempat yang sesuai sebelum menggunakan gajet.

c. Menjauhkan yang dekat

Seperti yang saya terangkan pada perkara pertama di atas, kelalaian menggunakan telefon pintar boleh membuatkan kita secara tidak sengaja menjauhkan yang dekat. Kita lebih melayan ‘orang’ di dalam telefon berbanding dengan orang di sekitar kita. Jika keterlaluan, orang akan melabelkan kita sebagai seorang yang sombong, atau pun anti-sosial. Silaturrahim dengan orang di hadapan kita adalah lebih utama. Dan biasanya apabila kita berhubung dengan menggunakan telefon, kita akan faham apabila kita lambat mendapat respon. Mungkin ada sesuatu yang lebih penting bagi sahabat kita di sebelah sana.

d. Penyebaran fitnah
Teknologi maklumat masa kini membuatkan ‘segalanya’ di hujung jari kita. Ya, segalanya. Yang baik, yang jahat, yang hangat, yang sejuk, dan segala-galanya. Jika dahulu, untuk menyebarkan gosip, mungkin kita perlu menapak beberapa minit ke rumah kawan, atau menulis sepucuk surat dan menjilat satu-dua setem sebelum sesebuah info disebarkan. Tetapi kini, dalam beberapa saat, tanpa meninggalkan kerusi empuk kita, kita mampu menyebarkan maklumat kepada ribuan sahabat dan pengguna di seluruh dunia. Jadi, fikir-fikirkanlah dahulu sebelum kita sebarkan sesuatu. Apakah pahala yang kita bakal dapat, ataukah dosa yang akan mengisi buku amalan kita. Hanya satu sentuhan ringan pada sekeping Corning Glass akan menentukannya.

4. LANGKAH MENGATASI SMARTPHONE DAN APLIKASI DALAM PERSEPSI ISLAM

Penyalahgunaan smartphone akan mendatangkaan pelbagai keburukan dan kebaikan kepada manusia. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah dan cara mengatasi penyalahgunaan smartphone.

4.1 Langkah dan cara mengatasi

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu meterialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi penggunaan telefon pintar dalam persepsi Islam. Walaupun gajet ini tidak 100% membawa kesan negatif kerana ia turut dijadikan alat pendidikan atau boleh digunakan sebagai sebahagian untuk merapatkan ikatan silaturrahim. Tetapi perkara ini menjadi lebih rumit apabila perbualan makan malam di dalam keluarga yang sepatutnya “hati ke hati” tetapi ia menjadi perbualan yang tidak mesra kerana mereka bercakap dengan anak-anak mereka tetapi mata melihat pada alat gajet mereka. Ibubapa perlu mengawasi masa antara anak-anak dan aktiviti di skrin kerana kanak-kanak tidak tahu bila untuk berhenti dan mungkin menjadi kecewa apabila disuruh.

a. Salah satu kaedah untuk kanak-kanak belajar ialah melalui imitasi. Melihat ibu bapa mereka menggunakan gajet pada masa rutin yang seimbang akan memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak untuk mereka mencontohi. Beberapa contoh ialah aktiviti meminjam buku untuk membaca, menghabiskan masa di luar rumah atau tindakan yang mudah ialah menjauhkan alat peranti sewaktu di meja makan.

b. Selain itu, kaedah yang lain ialah ibu bapa boleh implikasikan ialah menghadkan penggunaan alat peranti ini kepada anak-anak anda dngan adakan peraturan di rumah untuk menggunakan gajet. Kaedah yang baik ialah merancangkan jadual masa.

SMART PHONE DAN APLIKASINYA BERKAITAN ISLAM                 Umumnya, kita sedia maklum media sosial sangat berpengaruh. ...
11/06/2022

SMART PHONE DAN APLIKASINYA BERKAITAN ISLAM


Umumnya, kita sedia maklum media sosial sangat berpengaruh. Melaluinya banyak manfaat yang boleh disumbangkan kepada Islam. Meskipun media sosial ini dianggap khazanah yang menyajikan beraneka jenis maklumat yang perlu diproses dan ditapis dahulu. Sebarang maklumat yang menyeleweng serta bahan-bahan paparan yang memberi kesan negatif kepada fikiran perlu dihindarkan. Ini kerana ada maklumat palsu yang dikongsi di media sosial tanpa kesahihan.

2.1 Memanfaatkan Media Sosial Dalam Mekanisme Islam

Perkembangan teknologi maklumat sememangnya menjadi rahmat kepada umat Islam keseluruhannya. Perkembangan ini amat menuntut umat Islam agar bergerak lebih pantas seiring dengan perkembangan semasa, pantas merebut peluang dan perlu bijak menilai dan membuat pilihan terutama menerusi media sosial.

Sehubungan itu juga kita dapati ledakan maklumat yang dibawa oleh perkembangan teknologi maklumat ini turut membawa perubahan kepada kaedah untun mendapat pelbagai maklumat. Perubahan yang berlaku kini amat hebat dan pantas. Sebarang kelekaan dan kealpaan boleh menyebabkan individu itu terpinggir, tertinggal atau barangkali tercicir dari arus perdana.

Oleh itu, dalam menangani masalah ini, ilmu pengetahuan yang dimiliki terutamanya ilmu agama memainkan peranan penting yang boleh bertindak selaku sistem penapis dalam membentuk minda yang sihat dan sejahtera.

Justeru, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan dalam menguasai kemahiran dalam media sosial, bukan sekadar menjadi pengguna biasa bahkan mampu untuk berjihad membangunkan sistem maklumat atau perisian tersendiri berasaskan panduan dan acuan Islam.

2.2 Adab Penggunaan Aplikasi Mengikut Cara Islam

Tidak ada satu agama di dunia ini yang memerhatikan umatnya dalam masalah adab terhadap hal-hal sekecil pun, kecuali agama Islam.

3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SMARTPHONE
Penggunaan smartphone atau telefon pintar boleh mendatangkan kesan kepada manusia. Kesan tersebut terbahagi kepada dua iaitu kesan baik dan buruk.

3.1 Kebaikan

a. Aplikasi yang menarik

Smartphone mengandungi banyak aplikasi yang dapat membantu kita dalam menjalankan aktiviti harian dengan lebih teratur. Contohnya, terdapat aplikasi yang membantu kita menguruskan waktu dengan baik, mengira kalori makanan dan banyak lagi.

b. Dapat berhubung dari jauh

Dengan adanya smartphone, kita dapat berhubung dengan sahabat handai, adik-beradik dengan lebih mudah. Boleh live video dengan sekelip mata tak kira di mana kita berada. Dengan syarat, kenalah ada internet.

c. Info yang cepat

Kita akan memperoleh info-info terkini dengan cepat dan pantas! Memang laju sahaja. Contohnya kalau kita tak tahu nak cari kedai makan yang sedap di sesuatu tempat, kita boleh google atau tanya sahaja di group whatsapp atau telegram.

d. Mudah ke mana-mana

GPS boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Dapatkan GPS koordinat dan kita dapat terus ke tempat yang ingin dituju tanpa perlu sesat sana sini. Tapi, jangan guna GPS pun sesat.

e. Alat hiburan
Bagi mereka yang sukakan muzik, mereka dapat mendengar lagu-lagu kesukaan dengan menggunakan smartphone. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menghiburkan hati dengan bermain game yang terdapat dalam smartphone. Cumanya, kita jangan terlalu lalai dengan game dan lagu sampai melewat-lewatkan solat.

3.2 Keburukan

a. Melalaikan

Telefon pintar bakal melalaikan kehidupan seseorang. Jika tidak banyak, setidak-tidaknya kehidupan kita sebagai pengguna telefon pintar akan sedikit melalaikan. Keasyikan melayan aplikasi yang menarik seperti aplikasi sosial dan videogame, kadang-kala membuatkan kita terlewat menunaikan solat, atau terlupa menyiapkan tugasan yang lebih penting di pejabat/rumah.

Cara atasinya: Pastikan kita siapkan perkara yang lebih utama dahulu pada waktu tersebut.

b. Membahayakan keselamatan

Saya selalu terganggu semasa memandu – apabila kereta di depan tidak bergerak selepas lampu hijau menyala. Apabila di hon barulah tergesa-gesa tekan minyak.

MEDIA SOSIAL BERPERANAN DALAM MENYAMPAI ILMUMedia sosial juga memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan ilmu yan...
10/06/2022

MEDIA SOSIAL BERPERANAN DALAM MENYAMPAI ILMU

Media sosial juga memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan ilmu yang berguna kepada masyarakat yang tidak memiliki kesuntukan masa untuk menghadiri majlis ilmu. Sedangkan menuntut ilmu dan menyebarkannya merupakan satu tuntutan wajib bagi umat Islam (Al-Adawi, 2007; Hanapi, 2012; Hassan, 1984; Ibrahim, 2004; Ina Fauzia, 2015; Jasmi, A. K., 2016; Jasmi, Kamarul Azmi, 2017b, 2019e; Masruri, 2012; Nairozle et al., 2018; Nugraha, 2017; Ujang, 2009; Wan Daud, 1990; Yusuf, 2011; Jasmi, Kamarul Azmi, 2018a, 2018c; Jasmi, Kamarul Azmi & Tamuri, 2007; Jasmi, Kamarul Azmi et al., 2007; Jasmi, Kamarul Azmi, 2002). Antara aplikasi yang membantu dalam menyampaikan ilmu adalah seperti YouTube di mana masyarakat boleh melayari aplikasi tersebut untuk mempelajari 20 segala ilmu yang ada dalam dunia. Contoh ilmu yang bermanfaat seperti ilmu berdakwah terhadap masyarakat Islam.

Terdapat beberapa syarat dalam menyampai ilmu dakwah Islam dalam kalangan masyarakat Islam. Pertama sekali ialah, betulkan niat dalam menerbit media semata-mata kerana Allah SWT. Hal ini demikian kerana apabila seseorang memasang niat yang baik semasa berdakwah, ianya akan membawa satu kesan yang baik terhadap golongan sasaran. Berdakwah juga sama sekali tidak boleh dilaksanakan secara sambil lewa (Jasmi, Kamarul Azmi, 2017c; Jasmi, K. A., 2016b). Dari perspektif Islam, sifat berdakwah haruslah menyeru kepada yang makruf (menerima kebaikan) dan mencegah kemungkaran (Samed et al., 2019; Idris et al., 2019; Ramiluddin, 2017; Jasmi, Kamarul Azmi, 2017a; Jasmi, K. A., 2016a; Mohamed, H., 1999). Oleh itu, sebagai pendakwah yang menerbit media massa, mereka harus menyampai ilmu berdasarkan ajaran Islam yang benar dan tidak memutarkan belit segala keadaan agar masyarakat dapat memahami Islam dengan jelas.

Melalui penggunaan media ini juga, segala aspek keperluan mengenai Islam dapat dicurahkan kepada masyarakat tanpa sebarang halangan. Penggunaan media dalam Islam seharusnya membekalkan kepada konsep tauhid dan akidah. Hal ini kerana akidah merupakan kompenen yang amat penting yang melibatkan hal ehwal agama Islam (Wan Embong & Jasmi, 2019; Ismail, A. M. & Jasmi, 2016; Awang, R., 2012; Sobri, 2011; Jasmi, Kamarul Azmi & Tamuri, 2011; Rahman, 2010; Din & Tamuri, 2010; Ismail, A. M., 2009; Awang, A. H., 2007; Sabiq, Sayid 2006; Taher, 2003; Al-Jazairi, 1999; al-Buraikan, 1998; Sabiq, Sayid, 1994; Al-Banna, 1986). Dalam konteks komunikasi Islam, Islam menetapkan bahawa media Islam mestilah selari dengan peranan agama dalam Islam dan tidak menyebarkan fitnah (Jasmi, Kamarul Azmi, 2006b) sebagaimana firman Allah SWT:
"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."(Surah Al-Hujurat, 49: 6)

Berdasarkan ayat yang tertera, sebagai umat Islam, mereka tidak perlu mempercayai segala apa-apa berita yang datang dalam bentuk apa sekali pun jika berita tersebut masih belum mendapat kesasihan yang sepenuhnya kerana segala berita palsu yang datang mampu membawa pelbagai bala seperti fitnah yang mampu merosakkan hubungan sesama Islam.

MENAMBAH PENDAPATAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN   Penggunaan telefon pintar juga dapat membantu masyarakat menambahkan pend...
10/06/2022

MENAMBAH PENDAPATAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Penggunaan telefon pintar juga dapat membantu masyarakat menambahkan pendapatan dengan melakukan perniagaan atas talian. Hal ini juga kita boleh nampak selepas berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 yang lalu di mana ramai masyarakat yang terkesan termasuklah yang melakukan perniagaan di kedai. Antara inisiatif yang di ambil ketika itu adalah melakukan perniagaan atas talian. Ia juga sedikit sebanyak membantu golongan yang memerlukan dengan memberi peluang pekerjaan dan membantu para usahawan untuk kekal bernafas dalam fasa pendemik tersebut.

Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dijadikan sebagai medium perniagaan seperti Lazada dan Instagram. Aplikasi-aplikasi tersebut mampu mengembangkan dan memasarkan perniagaan secara terbuka tanpa bersemuka dengan pelanggan. Aplikasi ini juga sesuai untuk para pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk membeli barang di luar sana yang mungkin sibuk dengan segala urusan seperti kerjaya dan belajar. Antara contoh barang jualan yang boleh dipasarkan atas beberapa aplikasi adalah seperti tudung, jubah, kasut, barang perhiasan dan kosmetik, komputer riba dan sebagainya. Pada kebiasaaanya, proses pembelian juga adalah mudah melalui tempahan, bayaran yang dibuat adalah melalui akaun bank penjual serta barangan yang dihantar dilaksanakan melalui pos laju. Oleh itu, secara keseluruhan, perniagaan secara talian ini mampu menjimatkan masa dan tenaga dan pelanggan tidak perlu beresak-esak untuk membeli barang di luar sana. Kesimpulannya, laman sosial ini juga mampu mewujudkan perniagaan secara mudah dengan hanya di hujung jari sahaja mampu melahirkan ahli perniagaan yang berjaya. Mengenai hal rezeki ini,

Allah SWT berfirman dalam firman-Nya: Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; (Surah Fatir, 35: 29) .

Berdasarkan maksud yang tertera bagi hambanya yang sentiasa terus membaca al-Quran dan melaksanakan solat wajib serta rukun-rukunnya, di samping itu juga bersedekah segala rezeki dan nikmat Allah SWT terhadap orang lain sama ada dalam bentuk zakat, maka segala perniagaan dan kebajikan yang dilaksanakan sama sekali tidak merugikan apa-apa, malah rezeki Allah SWT akan bertambah dengan lebih luas.

http://eprints.utm.my/id/eprint/85045/1/2%20LuqmanHakeemFrankWilkins2019_MediaSosialdanDampakPositif.17-32.pdf

Address

Politechnic Sandakan
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesan Telefon Pintar Dalam Perspektif Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share