Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan

Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan, College & University, Faculty Of Sustainable Agriculture, Universiti Malaysia Sabah, Locked Bag No. 3, Sandakan.

The Faculty of Sustainable Agriculture endeavours to become a prominent centre of agricultural knowledge in this region based on Sustainable, Sensitive and High Technology principles.

Limau madu mampu berbuah dalam masa yang singkat dapat membantu petani meningkatkan hasil
21/01/2023

Limau madu mampu berbuah dalam masa yang singkat dapat membantu petani meningkatkan hasil

Ternakan puyuh sumber tambahan pendapatan petani.
21/01/2023

Ternakan puyuh sumber tambahan pendapatan petani.

POSTGRADUATE SYMPOSIUM, FAKULTI PERTANIAN LESTARI
22/12/2022

POSTGRADUATE SYMPOSIUM, FAKULTI PERTANIAN LESTARI

22/12/2022
07/09/2022
KOLOBRASI UMS - YAP YUN F**K RESOURCES SDN BHD TERUS DIPERKASASatu lawatan telah diadakan di Ladang Yap Yun F**k Resourc...
04/12/2021

KOLOBRASI UMS - YAP YUN F**K RESOURCES SDN BHD TERUS DIPERKASA

Satu lawatan telah diadakan di Ladang Yap Yun F**k Resources Sdn Bhd yang teletak di Keningau. Tujuan tersebut untuk meningkatkan kerjasama di antara Fakulti Pertanian Lestari dengan YFR. Menurut ketua rombongan Prof Madya Dr. Azwan Awang, Dekan FPL, lawatan ini memberikan peluang kepada kakitangan yang belum pernah melawat ladang Yap Yun F**k Sdn Bhd. Terdahulu kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian persefahaman dalam penghasilan rumah walit, ternakan walit, tanaman durian dan kelapa pandan, dan baja kompos.

Datuk Yap Yun F**k menyatakan syarikatnya sentiasa terbuka untuk menerima kakitangan dan pelajar fakulti untuk program sangkutan dan latihan industri. Begitu juga kerjasama dalam meningkatkan tahap kesuburan tanah. Ini amat penting untuk membangun masa depan lebih cerah anak² generasi masa depan khususnya yang menceburi dalam bidang pertanian.

YFR bergiat aktif dalam pelbagai perniagaan termasuklah ladang tenusu, tanaman kelapa sawit, kilang kelapa sawit, tanaman durian dan nanas, ternakan burung walit dan industri pembinaan.

Dairy Farm Eco Yap terkenal dengan amalan pertanian pintar iaitu, ternakan tenusu di kawasan tinggi dan tanaman napier di kawasan rendah. Baja kompos sisa tahi lembu digunakan untuk tanaman seperti sayuran, nanas dan durian. Sebagai rekod YFY menghasilkan kira² 5000 tan tahi lembu setahun yang dijual pada harga RM700 setan. Manakala tenusu menghasilkan kira² 10-12 ribu liter susu segar sehari dan dijual pada harga RM5.40 di pasaran tempatan

Kerjasama FPL-YFR terus diperkasakan untuk memberikan faedah kepada kedua² pihak. Input industri diperlukan untuk menghasilkan graduan yang menepati keperluan industri pertanian negara. Fakulti tersebut menghasilkan lebih seribu graduan dalam bidang pengeluaran tanaman, holtikultur dan landskap, dan pengeluaran tanaman. Selain itu, FPL sedang membangunkan dua lagi program baru iaitu, Agritourism dan precision farming yang dijangka akan ditawarkan pada tahun 2022/2023.

Sumber Berita Editor FPL

LADANG TERNAK UMS APIN-APIN KENINGAU BAKAL BEROPERASIKENINGAU (3 NOV 2021). Ladang Ternak Apin² seluas 70 ekar dilengkap...
03/12/2021

LADANG TERNAK UMS APIN-APIN KENINGAU BAKAL BEROPERASI

KENINGAU (3 NOV 2021). Ladang Ternak Apin² seluas 70 ekar dilengkapi dengan kemudahan pejabat, makmal dan tempat tinggal. Tumpuannya kepada pelajar yg mengikuti field trip, final year project dan praktikal khususnya untuk pelajar UMS. Demikian menurut Dr. Januarius Gobilik, Pengarah UMS Eco Farm.

Lawatan ini diketuai oleh Prof Madya Dr. Azwan Awang, Dekan Fakulti Pertanian Lestari. Turut bersama rombongan Prof Madya Dr. Suzan Benedick Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Salumiah Mijin Ketua Program HG35 Holtikultur dan Landskap, Prof Dr. Mohd Amin Mohd Soom, Prof Dr. Mohammad Mohd Lassim dan Prof Mohamad Selamat Madom, Siti Aisyah Sidik, Dr. Roslan Gimba, Dr. Lakshmipriya Thaigarajan, Musbah Abuh, M.Shafiq Zainal, M.Ilhami Jafri, Hanafiah Kacong dan Ruslan Musi.

Tanaman hidroponik akan dimulakan selepas ladang ini dibuka diikuti dengan tanaman makanan haiwan dan ternakan. Selain itu, elemen agro tourism turut diberi penekanan. Tambah beliau, ladang ini berhasrat untuk menjadi katalis kepada pengembangan teknologi dalam pertanian khususnya untuk manfaat warga Keningau. Ladang ternak penyelidikan ini bakal beroperasi pada tahun 2022.

Lawatan dua hari FPL ini akan diteruskan di Ladang Yun F**k Resources Sdn Bhd pada hari berikutnya.

Sumber berita Editor FPL

MoA UMS - LKM TINGKATKAN PENYELIDIKAN KOKO NEGARAKOTA KINABALU, SABAH. Majlis menandatangani dokumen MoA diadakan di Pej...
15/11/2021

MoA UMS - LKM TINGKATKAN PENYELIDIKAN KOKO NEGARA

KOTA KINABALU, SABAH. Majlis menandatangani dokumen MoA diadakan di Pejabat Lembaga Koko Malaysia. Prof Datuk Chm TS Dr. Yap Yun Hin, Naib Canselor mewakili UMS. Manakala LKM diwakili oleh Dr. Ramle Kasin, Ketua Pengarah.

Dalam ucapannya Ketua Pengarah LKM menzahirkan perasaan gembira dengan perkembangan positif hubungan kerjasama baik kedua-dua pihak khususnya dalam penyelidikan koko. Sebagai agensi yang berperanan penting meningkatkan potensi tanaman koko, LKM sentiasa melipatgandakan aktiviti penyelidikannya. Untuk rekod, Sabah merupakan salah sebuah negeri pengeluar utama koko negara.

Dalam ucapan balasnya Naib Canselor menyifatkan kerjasama ini sebagai amat penting dalam semua aspek termasuklah penyelidikan, perkongsian kepakaran dan melahirkan sumber manusia.

Sebelum ini hubungan kedua-dua agensi berjalan dengan baik. Seramai 5 orang pegawai LKM merupakan alumni UMS berkelulusan PhD dan sarjana. Manakala 2 orang lagi sedang mengikuti pengajian sarjana di universiti berkenaan. LKM secara berterusan sentiasa menerima pelajar UMS untuk mengikuti latihan industri. Kerjasama kedua-dua agensi terus dipacu untuk memberikan bukan sahaja untuk manfaat kedua-dua pihak malahan kepada masyarakat petani khususnya melalui community engagement- pemindahan teknologi.

Majlis turut dihadiri saksi iaitu, En. Luqman Ridha Anuar, Pendaftar UMS dan Pn. Rahimah Majid, Pengerusi Lembaga Pengelola LKM. Hadir bersama menyaksikan Dr. Ahmad Kamil Mohd Jaaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) LKM dan Prof Madya Dr Azwan Awang, Dekan Fakulti Pertanian Lestari bersama Prof Madya Dr. Suzan Benedick , Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi.

15.11.2021 (Isnin)

TALIAN HELPDESK DAN CANDLING EGG POUCH FPL MERANGKUL ANUGERAHSANDAKAN. Talian helpdesk merangkul tempat kedua dalam Konv...
12/11/2021

TALIAN HELPDESK DAN CANDLING EGG POUCH FPL MERANGKUL ANUGERAH

SANDAKAN. Talian helpdesk merangkul tempat kedua dalam Konvensyen Kumpulan Penggerak Inovasi (KKPI) UMS 2021. Program tersebut diadakan secara dalam talian pada 8-9 November 2021 lalu.

Projek inovasi ini adalah cetusan idea kumpulan AgriFPL yang diketuai oleh Santy Karim dan dianggotai Roslianah Opao, Dr. Nurul Aini Fitria Kaliwon, Dg. Zuraidyah Hj Mohd Yunus dan Zilpiree Jaabi. Khidmat talian berpusat ini berjaya membantu pelanggan mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian dalam masa yang singkat. Projek ini bertanding dalam kategori Lean Management.

Sementara itu projek Candling Egg Pouch yang dibawa oleh pasukan Gallus di tempat ke-3 dalam kategori KK Horizon Baharu. Projek inovasi ini dapat membantu petani mengenalpasti lebih awal telur-telur yang berjaya dieram. Kumpulan ini dietuai oleh Dr. Nurul Aini Fitria Kaliwon dan dianggotai Dr. Lakshmipriya Thaigarajan, Mohd Faizal Awang Yahya, Razalie P**a, Sayhun Laransa,, Ahmadi Mahanis dan Mohd Abnor Abdul Nasip.

Manakala Zilpiree Jaabi turut memenangi tempat ke-3 bagi kategori individu PDCA. Beliau menampilkan projek Pengurusan Aset Alih Umum 5.

KKPI merupakan pertandingan inovasi secara dalaman anjuran UMS. Ia diadakan setiap tahun untuk mengetengahkan idea-idea inovasi kakitangan yang dapat membantu mempercepat dan mempermudah proses kerja harian.

12.11.2021 (Jumaat)

Address

Faculty Of Sustainable Agriculture, Universiti Malaysia Sabah, Locked Bag No. 3
Sandakan
90509

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089248100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan:

Shortcuts

Share