POLITEKNIK SANDAKAN SABAH

Call Directions Website

POLITEKNIK SANDAKAN SABAH Satu-satunya Politeknik di Borneo yang Menawarkan Program Agroteknologi dan Teknologi Akuakultur

🎖️MENERAJUI AMANAH, MENYANTUNI ASPIRASI SABAHPoliteknik Sandakan Sabah (PSS) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah k...
21/10/2026

🎖️MENERAJUI AMANAH, MENYANTUNI ASPIRASI SABAH

Politeknik Sandakan Sabah (PSS) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Zul Hadi bin Ahmad atas pelantikan sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah, berkuat kuasa 16 Oktober 2026.

Seluruh warga Politeknik Sandakan Sabah mendoakan agar YBhg. Datuk terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kelancaran dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri Sabah.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada,
Pengarah
dan seluruh warga Politeknik Sandakan Sabah.





20/10/2026
🚀 MENERAJUI AKADEMIK, MEMPERKASA TVET Warga Politeknik Sandakan Sabah (PSS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan sela...
19/10/2026

🚀 MENERAJUI AKADEMIK, MEMPERKASA TVET

Warga Politeknik Sandakan Sabah (PSS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Ts. Saril bin Haji Yusop atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Akademik DH13, Politeknik Sandakan Sabah, berkuat kuasa pada 14 Oktober 2026.

Semoga pelantikan ini memperkukuh kepimpinan akademik PSS dalam meneruskan agenda kecemerlangan pendidikan, meningkatkan kualiti penyampaian akademik serta memperkasa pembangunan graduan TVET yang kompeten dan memenuhi keperluan industri.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab demi kemajuan serta kecemerlangan PSS.





📚 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA SESI I: 2026/2027 🔥Warga Politeknik Sandakan Sabah (PSS) menguca...
18/10/2026

📚 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA SESI I: 2026/2027 🔥

Warga Politeknik Sandakan Sabah (PSS) mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir bagi Program Diploma Sesi I: 2026/2027, bermula 19 Oktober hingga 4 November 2026.

Semua pelajar diingatkan agar sentiasa mematuhi etika dan peraturan peperiksaan yang ditetapkan, antaranya:

📌 Mematuhi kod etika berpakaian dan penampilan pelajar.
📌 Hadir ke dewan peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan bermula.
📌 Membawa kad pelajar atau kad matriks.
📌 Tidak membawa masuk telefon bimbit, jam digital/pintar, nota, kertas, dompet dan sebarang jenis beg ke dalam dewan peperiksaan.
📌 Menyemak jadual waktu peperiksaan terkini melalui laman web SPMB.

Semoga semua pelajar diberikan ketenangan, dipermudahkan urusan sepanjang peperiksaan dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Laksanakan tanggungjawab dengan penuh disiplin, integriti dan keyakinan.

Selamat menduduki peperiksaan. Semoga berjaya!





PELAJAR PSS MENCIPTA PENGALAMAN, MEMBINA POTENSI MELALUI PROGRAM FUSEXSERY 2026Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inova d...
18/10/2026

PELAJAR PSS MENCIPTA PENGALAMAN, MEMBINA POTENSI MELALUI PROGRAM FUSEXSERY 2026

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inova dari Politeknik Sandakan Sabah (PSS) atas pencapaian meraih Hadiah Saguhati bagi Kategori A dalam Program Cabaran Keusahawanan Sosial Belia: FUSE × SERY (Social Entrepreneurship for Rural Youth) 2026.

Kumpulan Inova diwakili oleh Mohamad Taufiq Hidayat bin Mohd Yusoff, Sufi Saniy bin Hamka dan Mohammad Najib, pelajar Diploma Teknologi Akuakultur (DTQ), serta Ahmad Zuhairi Marzuqi bin Dzul, alumni Asasi Teknologi Kejuruteraan (FTV), PSS.

Menerusi projek INOVA – “Peneraju Transformasi Ekologi Lestari”, kumpulan ini mengetengahkan idea penghasilan produk organik berasaskan ikan invasif yang berpotensi menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui pendekatan keusahawanan sosial.

Semoga pengalaman dan pendedahan yang diperoleh melalui program ini dapat dimanfaatkan untuk terus memperkembangkan idea serta potensi inovasi pada masa hadapan.

Syabas kepada Kumpulan Inova atas usaha dan pencapaian ini!





🚀 PENSYARAH PSS PACU PEMBANGUNAN BAKAT STEM MUDA DI SANDAKAN!Dua orang pensyarah Politeknik Sandakan Sabah (PSS) telah d...
18/10/2026

🚀 PENSYARAH PSS PACU PEMBANGUNAN BAKAT STEM MUDA DI SANDAKAN!

Dua orang pensyarah Politeknik Sandakan Sabah (PSS) telah diberi kepercayaan sebagai penceramah dan juri jemputan bagi program Challenge for Makers 2026: Pertandingan Inovasi STEM dan Kejuruteraan, anjuran KPSTI dengan kerjasama Penyelaras STEM SMK Sandakan pada 17 Oktober 2026.

Penglibatan ini menyaksikan Ts. Norina binti Yadin sebagai penceramah dan juri jemputan bagi kategori Arduino Innovation Challenge, manakala Encik Marc Rudy Johndery bagi kategori Robo ESP Innovation Challenge.

Program ini menghimpunkan seramai 50 orang pelajar daripada SMK Sandakan dan Kolej Vokasional Sandakan, sekali gus menyediakan platform kepada peserta untuk meneroka idea, membangunkan prototaip serta mengasah kemahiran penyelesaian masalah melalui inovasi STEM dan kejuruteraan.

Penglibatan pensyarah PSS ini mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam berkongsi kepakaran, memperkukuh jaringan kolaborasi serta menyokong pembangunan bakat muda dalam bidang teknologi dan inovasi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pensyarah atas sumbangan kepakaran dalam memperkasa bakat STEM muda!





SEIRING MELANGKAH, BERSAMA MENYERLAH !Warga Politeknik Sandakan Sabah (PSS) mengucapkan selamat datang kepada Ts. Mahale...
16/10/2026

SEIRING MELANGKAH, BERSAMA MENYERLAH !

Warga Politeknik Sandakan Sabah (PSS) mengucapkan selamat datang kepada Ts. Mahaletchumy A/P Krishnamoorthy, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH12, yang telah melapor diri di PSS pada 16 Oktober 2026.

Semoga kehadiran beliau dapat menyumbang kepakaran dan pengalaman dengan penuh komitmen serta dedikasi demi memperkukuh kecemerlangan pendidikan TVET dan kemajuan Politeknik Sandakan Sabah.

Selamat maju jaya!





✨ MENGANGKAT AMANAH, MENJULANG INTEGRITI Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah diucapkan kepada semua pensyara...
15/10/2026

✨ MENGANGKAT AMANAH, MENJULANG INTEGRITI

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah diucapkan kepada semua pensyarah Politeknik Sandakan Sabah yang menerima pelantikan baharu.

Semoga kepercayaan yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh integriti, profesionalisme serta komitmen tinggi dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan.

Semoga sentiasa dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan dan semangat kepimpinan dalam meneruskan khidmat bakti, menyumbang idea serta mencetuskan kecemerlangan demi memperkukuh aspirasi Politeknik Sandakan Sabah sebagai institusi TVET yang unggul dan berdaya saing.

Semoga setiap usaha dipermudahkan, setiap cabaran dihadapi dengan hikmah, dan setiap pengorbanan membuahkan kejayaan yang berterusan demi kemajuan institusi, masyarakat dan negara.

Pengarah serta seluruh warga Politeknik Sandakan Sabah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar semua yang dilantik terus cemerlang, berintegriti dan sukses dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Tahniah dan selamat maju jaya!





🌹 BUDI DIKENANG, JASA DIHARGAI Politeknik Sandakan Sabah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan p...
15/10/2026

🌹 BUDI DIKENANG, JASA DIHARGAI

Politeknik Sandakan Sabah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan pensyarah atas segala sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang menjalankan amanah dalam portfolio masing-masing.

Setiap usaha, kerjasama dan tanggungjawab yang dilaksanakan menjadi sebahagian daripada kekuatan institusi dalam memastikan kelancaran pengurusan serta kecemerlangan perkhidmatan. Segala bakti yang dicurahkan amat bermakna dalam mendukung aspirasi dan hala tuju PSS.

Semoga segala usaha dan jasa yang disumbangkan terus membawa manfaat, menjadi inspirasi kepada warga kerja serta menyumbang kepada kemajuan Politeknik Sandakan Sabah yang berterusan.

Pengarah bersama seluruh warga PSS mengucapkan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga setiap langkah dan usaha sentiasa dipermudah, diberkati serta membuahkan kejayaan yang membanggakan.





🎖️ SEKALUNG PENGHARGAAN & SELAMAT BERSARASetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada YBhg. Dat...
15/10/2026

🎖️ SEKALUNG PENGHARGAAN & SELAMAT BERSARA

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada YBhg. Datuk Mohd. Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah, atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Kepimpinan, komitmen dan dedikasi yang dizahirkan dalam melaksanakan amanah serta memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah amat dihargai. Segala sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan menjadi sebahagian daripada legasi perkhidmatan yang akan terus dikenang dan dihargai.

Seluruh warga Politeknik Sandakan Sabah turut merakamkan penghargaan atas jasa beliau, serta mendoakan agar YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta dalam meniti fasa kehidupan yang baharu.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada lembaran baharu yang penuh ketenangan, keberkatan dan kebahagiaan.

Jasa Dikenang, Bakti Disanjung.

Tulus Ikhlas daripada,
Pengarah
dan Seluruh Warga Politeknik Sandakan Sabah





Address

Education Hub, Jalan Sungai Batang, Batu 10
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6089228351

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLITEKNIK SANDAKAN SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share