Muslimah garden

Muslimah garden Islam Agama yang Mulia..

Muslimah adalah golongan yang paling hebat

10/04/2020

Hari Jumaat
16 syaaban 1441 H

In shaa Allah harini kita kongsi tentang
*Kematian*

(كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ)
[Surat Aal-E-Imran 185]

Jom sama2 kita tadabbur ayat diatas,😊
👉 'Setiap yang bernyawa akan merasai mati'
pasti dan pasti kita akan merasai kematian. Perasaan detik² nyawa kita ditarik. Allahuakbar! Kepada Allah lah kita kembali. Kita akan melihat insan yang kita sayang satu persatu mniggalkan kita. 😔 persoalannya kita sdah sediakah? Amal kita?

👉 'Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu'
Yakinlah bahawa setiap kebaikan yg kita pernah buat walau sekecil zarah pun Allah akan ambil kira. Tak dapat didunia Allah bagi di akhirat kelak. Dan Hadiah yg Allah akan beri nanti lebih baik dari seisi langit dan bumi. Biarlah sakit di dunia tapi tersenyum di akhirat. Beramallah mencari redha Allah bukan kerana pandangan manusia.

👉 'Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemengan'

Maka beruntunglah mereka yang merasai nikmatnya syurga setelah berpenat lelah di dunia beribadah dan beramal soleh. Maka bersabar dan jagalah solatmu. Kerana dua perkara ini yg selalu di ambil remeh. Serumit mana pun keadaanmu jagalah solat.

👉 'Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya'

Ingatlah!! Dunia ini tempat tipu daya, kecantikan, kekayaan, anak, isteri, hp, dll. Kalo kita berjaya menghadapinya khabar gembira menanti kita 😊

Semoga kita mati dalam khusnul khotimah 🤲

10/04/2020

(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱجۡتَنِبُوا۟ كَثِیرࣰا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمࣱۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا یَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَیُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن یَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِیهِ مَیۡتࣰا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابࣱ رَّحِیمࣱ)
[Surat Al-Hujurat 12]

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengejek sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang s**a memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang.

Genggamlah erat tangan ku menuju ke JannahNya-- wahai temanku bersahabatlah dengan sesiapa sahaja walau dengan pencuri s...
24/06/2018

Genggamlah erat tangan ku menuju ke JannahNya
-- wahai temanku bersahabatlah dengan sesiapa sahaja walau dengan pencuri sekali pun dengan niat kerna Allah--
'Aku nak bawa dia bersama-sama mengetuk pintu redhaMu, mungkin dialah asbab kita mendapat keredhaanNya' siapa tahu..

Carilah sahabat yang boleh menarik kita mengetuk pintu syurga bersama-sama, jika tidak "KITA" lah yang menjadi permulaan...
20/10/2017

Carilah sahabat yang boleh menarik kita mengetuk pintu syurga bersama-sama, jika tidak "KITA" lah yang menjadi permulaannya..

Bila kita ditimpah musibah, bersangka baiklah dengan Allah kerna itu tandanya Iman kita sedang dinaiktarafkan lagi..Kata...
18/10/2017

Bila kita ditimpah musibah, bersangka baiklah dengan Allah kerna itu tandanya Iman kita sedang dinaiktarafkan lagi..Katakanlah dalam hati "La tahzan innallaha ma'ana"

22/03/2016

Ujian + Sabar = Semakin tabah.

11/03/2016

Wanita muslimah adalah da'iyah (orang yang berdakwah) di barisan kaum wanita dengan menggunakan perkataan yang baik melalui jalan menziarahi tetangganya, menyambung persaudaraan, melalui telefon, memberikan buku-buku dan kaset-kaset Islam. Ia pun beramal dengan apa yang ia ucapkan dan bersemangat dalam menghindarkan diri dari azab Allah, 'kalau Allah menghidayahi seseorang melalui perantara kamu maka hal tersebut lebih baik bagimu dari pada binatang ternak yang merah (harta dunia yang banyak). (HR. bukhari dan muslim).

11/03/2016

Wanita muslimah selalu menjaga solat2 wajibnya, berwudhu, menjaga kekhusyukan dan ketepatan waktu melaksanakan solat. Janganlah menyibukkan diri dengan aktiviti lain ketika datang waktu solat. Meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat yang memalingkan dari ibadah kepada Allah. Ia pun menampakkan atsar (kesan) solatnya dalam kehidupan , kerana sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, solat adalah penjaga terbesar dari kemaksiatan.

11/03/2016

Wanita muslimah yakin bahawa Allah adalah Tuhannya, Muhammad adalah nabinya, Islam adalah agamanya, dan menampakkan jejak keimanan dalam perkataan, amalan dan keyakinan. Maka ia selalu menjauhi murka Allah, takut akan pedihnya azab Allah dan balasan akibat tinggalkan perintah-Nya.

11/03/2016

Nasihat Ustaz Kazim.

Kepada muslimah,
Kekadang kamu perlu berterima kasih kepada Allah kerana tidak memiliki wajah yang cantik.
Oleh itu, kamu tidak selalu upload gambar sendiri (untuk mendapat likes dan pujian), seterusnya menanggung kemurkaan Allah atas perkara tersebut.
Alhamdulillah.

11/03/2016

Ada yang menganggap isteri yang cerdik itu isteri yang ‘up-to-date’ yang berpakain ikut ‘trend’, ‘make-up tebal’, rambut diset dengan pelbagai fesyen. Boleh ikut suami dalam apa sahaja majlis pun, pandai menari dan tidak kekok bergaul dengan rakan-rakan suami. Itu yang diharapnya dijadikan isteri. Hanya suami yang dayus sahaja yang sanggup melihat isteri ditonton oleh rakan-rakannya. Lelaki dayus tidak akan masuk syurga kata Allah. Itupun kita masih tidak sedar. Masih berkhayal dengan dunia yang bersifat sementara.
Cuba kita lihat apa pentingnya Rasulullah memilih wanita-wanita cerdik sebagai isteri? Pada sesetengah lelaki, ia hanya menilai pada cantiknya semata-mata. Pada pemimpin ummah seperti Rasulullah, sangat memerlukan isteri yang cerdik kerana dengan kecerdikannya dapat membantu baginda dan perjuangan Islam. Perempuan cerdik dapat membantu suami di sudut ia mampu semata-mata untuk membangunkan Islam. Dia senang diajak bertukar-tukar fikiran, berbincang, saling memberi dan menerima, dapat p**a melayan suami dengan baik, dapat menerima buah fikiran suami dan disampaikan dengan tepat p**a.
Sanggup berhadapan dengan bermacam-macam golongan masyarakat selagi tidak melanggar batas syariat, dapat membela Islam bila dipertikaikan dan lain-lain lagi. Kalau cantik semata-mata tanpa cerdik dan berstrategi, suami akan cepat jemu. Suami p**ang semata-mata untuk berehat dan bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak. Selepas itu dia akan diam membisu. Perasan jemu tinggal di rumah akan menyebabkan suami tidak s**a duduk di rumah. Apatah lagi kalau isteri itu tidak cerdik dalam menghadapi suami, tidak ada rupa p**a, lagilah suami jemu.

11/03/2016

Wanita cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum-hukum syariat. Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi.
Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah. Wanita cerdik berjiwa merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah wanita cerdik yang berstrategi dalam menghadapi hidup.

Address

Sandakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimah garden posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share