07/03/2024
Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam UiTM DiHatiku.
-------------------
25 & 27 FEBRUARI 2024 - PROGRAM ZIARAH MAHABBAH 8.0 UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan rahmatNya.
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Pada 25, 27 Februari dan 3 Mac 2024 (Ahad dan Selasa), Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang (UZSW) yang diketuai oleh Dr Mohd Rilizam Bin Rosli selaku Penyelaras UZSW berpeluang menyantuni pelajar dan keluarga asnaf di sekitar negeri Johor seperti daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang.
Objektif program adalah bagi menjalinkan hubungan erat pelajar dan keluarga asnaf bersama Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf disamping dapat melihat sendiri keadaan dan situasi asnaf dengan lebih dekat lagi.
Rasa terharu, sedih dan hiba diterjemahkan oleh ahli keluarga dengan kunjungan kami ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim disamping memberi galakan dan semangat kepada pelajar asnaf untuk terus berusaha demi masa depan diri dan keluarga.
Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM - Media FB Rasmi
UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF
UiTM CAWANGAN JOHOR
Website : https://bit.ly/UZSW_UiTMCJ
page : https://m.facebook.com/uzswuitmjohor
Facebook : https://www.facebook.com/unitzsw.uitmj
Instagram : https://www.instagram.com/uzsw_uitmjohor/
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSNQmKtsS/