HEP UITM Johor Kampus Segamat

Call Directions Contact the university

HEP UITM Johor Kampus Segamat "Core Business" HEP - Kebajikan & Pembangunan Diri Mahasiswa

https://vt.tiktok.com/ZSqXsRruD/๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐•๐„ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐ƒ๐„๐’๐“๐ˆ๐๐ˆ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ (๐Œ๐ƒ๐’)Bakal mahasiswa UiTM Johor, dah ready n...
17/09/2026

https://vt.tiktok.com/ZSqXsRruD/

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐•๐„ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐ƒ๐„๐’๐“๐ˆ๐๐ˆ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ (๐Œ๐ƒ๐’)

Bakal mahasiswa UiTM Johor, dah ready nak mulakan perjalanan baru di kampus?

Jom sertai LIVE khas sempena MDS untuk dapatkan perkongsian dan info yang pastinya berguna buat anda sebelum melangkah ke alam universiti.

Ada persoalan atau perkara yang masih bermain di fikiran? Jangan pendam sendiri! Tinggalkan soalan anda di ruangan komen sepanjang sesi LIVE dan dapatkan jawapan secara langsung.

๐Ÿ“… ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜)
โฐ ๐Ÿญ๐Ÿฌ:๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ ๐Ÿญ๐Ÿญ:๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ
๐Ÿ“ฑ ๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—ธ๐—ง๐—ผ๐—ธ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ ๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ: @๐˜‚๐—ถ๐˜๐—บ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ

Set reminder, sediakan soalan dan jangan lupa join LIVE!

Jumpa anda di TikTok UiTM Johor!

๐‘ผ๐’๐’Š๐’—๐’†๐’“๐’”๐’Š๐’•๐’Š ๐‘ผ๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’‚๐’„๐’– ๐‘ฉ๐’–๐’Ž๐’Š๐’‘๐’–๐’•๐’†๐’“๐’‚ ๐‘ท๐’“๐’๐’‡๐’†๐’”๐’Š๐’๐’๐’‚๐’

ุงูˆุณู‡ุงุŒ ุชู‚ูˆู‰ุŒ ู…ู„ูŠุง



Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera ๐ŸŒธ๐Ÿ“ข Permohonan Bantuan Orang Kurang Upaya (BKOKU-KPT) Sesi Okt 2026-Feb 2027๐Ÿ“ Mo...
11/09/2026

Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera ๐ŸŒธ

๐Ÿ“ข Permohonan Bantuan Orang Kurang Upaya (BKOKU-KPT) Sesi Okt 2026-Feb 2027

๐Ÿ“ Mohon semua pelajar OKU UiTM mengemaskini maklumat lengkap bagi tujuan permohonan BKOKU-KPT selewat-lewatnya pada:

๐Ÿ“… 18 Sept 2026 (Jumaat)

๐ŸŽ“ PELAJAR SEDIA ADA (Sem 3 ke atas, ada slip keputusan peperiksaan & telah menerima BKOKU sem lepas)
๐Ÿ”— Pautan: https://tinyurl.com/BKOKUOkt2026-Feb2027

๐ŸŽ“ PELAJAR BARU (Sem 2, ada slip keputusan peperiksaan & belum pernah mendapat BKOKU sem lepas)
๐Ÿ”— Pautan: https://tinyurl.com/PendaftaranBKOKUOkt2026

โ“ Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelaras U-DServeD UiTM Cawangan masing-masing.

Terima kasih atas kerjasama semua ๐Ÿ™

Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU (U-DServeD)
๐Ÿ“ž 03-5543 5063 / 5065 / 5068

๐Ÿ“ง [email protected]
๐ŸŒ u-dserved.uitm.edu.my

Hebahan:
- 11.09.2026

[ISU SEMASA]HEP TERUS PANTAU KEADAAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR KKEC 2026Gambar 1: Sehingga jam 4.00 petang hari ini, Profeso...
09/09/2026

[ISU SEMASA]

HEP TERUS PANTAU KEADAAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR KKEC 2026

Gambar 1: Sehingga jam 4.00 petang hari ini, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi telah menziarahi mahasiswa UiTM yang terlibat dalam program KKEC di Hospital Temerloh, Pahang. Pelajar berkenaan masih menerima rawatan di hospital dan keadaan beliau kini dilaporkan stabil serta telah dipindahkan ke wad biasa untuk pemantauan serta rawatan lanjut.

Gambar 2 & 3: Dua orang lagi pelajar masih menerima rawatan di Hospital Jengka. Keadaan mereka dilaporkan stabil dan kini sedang menunggu proses discaj setelah mendapat pengesahan daripada pihak hospital.

Semoga kesemua pelajar yang masih menerima rawatan diberikan kesembuhan sepenuhnya, dipermudahkan segala urusan dan dapat kembali bersama keluarga serta meneruskan pengajian seperti biasa. Aminn.

Zambry Abd. Kadir
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA Shah Alam

[ISU SEMASA]JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UiTM PRIHATIN KEBAJIKAN PELAJAR TERLIBAT INSIDEN KKEC 2026SHAH ALAM, 7 September 2...
09/09/2026

[ISU SEMASA]

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UiTM PRIHATIN KEBAJIKAN PELAJAR TERLIBAT INSIDEN KKEC 2026

SHAH ALAM, 7 September 2026 โ€“ Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) menzahirkan rasa amat dukacita atas pemergian Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana bin Mohd Fellimal, peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Seluruh warga JHEP UiTM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.
Dalam masa yang sama, JHEP memberikan perhatian penuh terhadap lapan pelajar lain yang menerima rawatan susulan dengan bekerjasama rapat bersama pihak pengurusan UiTM Cawangan Pahang, cawangan terlibat serta pihak hospital.

Sebagai tanda keprihatinan dan solidariti, wakil JHEP UiTM turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham, menziarahi pelajar yang dirawat serta menyalurkan bantuan dan sokongan kepada keluarga dan pelajar terlibat.

JHEP turut menyelaras komunikasi dengan keluarga serta memantau keperluan kebajikan dan emosi pelajar sepanjang tempoh rawatan. JHEP UiTM memandang serius insiden ini dan akan terus bekerjasama dengan pihak pengurusan Universiti serta pihak berkepentingan bagi memastikan tindakan susulan yang sewajarnya dilaksanakan.

JHEP UiTM komited untuk meneliti setiap dapatan berkaitan insiden ini secara menyeluruh dan akan mengambil langkah penambahbaikan yang sewajarnya berdasarkan dapatan tersebut bagi terus memperkukuh aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam pelaksanaan program mahasiswa pada masa hadapan.

Sehubungan itu, pihak UiTM telah membatalkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan pada 6 September 2026 sebagai langkah segera bagi mengutamakan keselamatan dan kesihatan peserta.

JHEP memohon kerjasama semua pihak agar menghormati privasi keluarga Allahyarham serta para pelajar yang dirawat dan tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau maklumat yang tidak sahih. Segala perkembangan berkaitan pelajar akan disampaikan melalui saluran rasmi Universiti.

Keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar kekal menjadi keutamaan JHEP UiTM, dengan penekanan berterusan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta tatacara keselamatan yang ditetapkan dalam setiap pelaksanaan program dan aktiviti mahasiswa.



Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
Yayasan Perkasa Siswa
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Sazili Shahibi
Sinar Varsity
Utusan Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Tuan/Puan,Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Yayasan UEM Wira untuk pel...
07/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Yayasan UEM Wira untuk pelajar baru ambilan 2026/2027 yang telah menerima tawaran/tempat untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara telah dibuka.

Sila rujuk butiran berikut:
Tarikh Permohonan: 7 September 2026 โ€“ 27 September 2026

Syarat Kelayakan:

Pelajar tahun pertama, semester pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA);
Lepasan Matrikulasi / STPM / Asasi (Foundation);
Mencapai keputusan akademik 3.50 ke atas.
Bersama-sama emel ini, turut dilampirkan poster rasmi untuk tujuan hebahan. Kami berharap pihak tuan/puan dapat berkongsi poster ini dengan para pelajar yang baru mendaftar di universiti awam agar mereka tidak terlepas peluang untuk memohon.

Pihak Yayasan UEM juga akan menganjurkan satu Sesi Webinar Penerangan Biasiswa seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: Khamis, 17 September 2026

๐Ÿ•” Masa: 3:00 petang

๐Ÿ“ Platform: Atas talian (imbas QR code yang terdapat pada poster terlampir)

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan boleh diajukan kepada En. Aizuddin (03-27276912) atau En. Famizan (03-27276986).
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan.

Best Regards,

Muhammad Famizan
Education, Yayasan UEM


*PELUANG MENJADI PEMIMPIN MAHASISWA โ€“ MINGGU DESTINI SISWA (PM MDS)*Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.Bahagian Hal...
13/08/2026

*PELUANG MENJADI PEMIMPIN MAHASISWA โ€“ MINGGU DESTINI SISWA (PM MDS)*

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat kini membuka peluang kepada mahasiswa untuk mencalonkan diri sebagai Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa (PM MDS) Semester September 2026 - Februari 2027.

Program ini merupakan platform untuk mahasiswa mengembangkan kemahiran kepimpinan, komunikasi pengurusan serta keyakinan diri di samping memperolehi pengalaman dalam membimbing dan membantu mahasiswa baharu.

๐Ÿ”— *Borang permohonan* :
https://forms.gle/Wd1YfJPt8oDHJiHN8

*Tarikh akhir permohonan : 23 Ogos 2026 (Ahad)*

Sekian, terima kasih.

๐ŸŽ“ PERMOHONAN iBITA 2026 KINI DIBUKA! ๐Ÿ“ขAnak Pulau Pinang yang mendapat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini bo...
23/07/2026

๐ŸŽ“ PERMOHONAN iBITA 2026 KINI DIBUKA! ๐Ÿ“ข

Anak Pulau Pinang yang mendapat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh memohon Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (IBITA) 2026.

๐Ÿ’ฐ Kadar bantuan:
* RM1,000 โ€“ Universiti di Semenanjung Malaysia
* RM1,200 โ€“ Universiti di Sabah & Sarawak
* RM300 โ€“ Politeknik Malaysia

๐Ÿ—“๏ธ Tempoh Permohonan
1 Julai 2026 โ€“ 30 September 2026

๐Ÿ“ฒ Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang ibita.penang.gov.my .

Bantuan adalah secara sekali sahaja dan tertakluk kepada syarat serta kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

KENYATAAN RASMIPEMAKLUMAN BERHUBUNG LAMAN WEB KEWANGAN PELAJAR PALSUUniversiti Teknologi MARA (UiTM) ingin memaklumkan b...
08/07/2026

KENYATAAN RASMI

PEMAKLUMAN BERHUBUNG LAMAN WEB KEWANGAN PELAJAR PALSU

Universiti Teknologi MARA (UiTM) ingin memaklumkan bahawa pihak universiti telah mengesan kewujudan sebuah laman web palsu yang menyamar sebagai laman web Sistem Kewangan Pelajar UiTM. Laman web tersebut menggunakan alamat berikut: https://u-financial.ruzentra.com/login.php

Laman web berkenaan bukan merupakan laman web rasmi UiTM dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Universiti Teknologi MARA atau Jabatan Bendahari UiTM.

Hasil pemantauan awal mendapati laman web tersebut dipercayai diwujudkan bagi mengumpul maklumat log masuk pengguna melalui kaedah penipuan (phishing). Sehubungan itu, semua pelajar dan warga UiTM dinasihatkan supaya tidak mengakses laman web tersebut serta tidak memasukkan sebarang maklumat log masuk, termasuk nama, nombor matrik, kata laluan, maklumat peribadi.

Bagi mengurangkan risiko keselamatan siber, pengguna disarankan agar:

ยท Mengakses sistem UiTM hanya melalui laman web rasmi universiti atau pautan yang telah disahkan.

ยท Menyemak alamat laman web (URL) dengan teliti sebelum memasukkan maklumat log masuk.

ยท Tidak mengklik pautan yang diterima melalui e-mel, SMS atau aplikasi pemesejan daripada sumber yang tidak dikenali atau mencurigakan.

ยท Tidak berkongsi kata laluan, kod pengesahan (OTP) atau maklumat log masuk dengan mana-mana pihak.

Sekiranya mana-mana pengguna telah memasukkan maklumat log masuk ke laman web tersebut, tindakan berikut hendaklah diambil dengan SEGERA:

1. Menukar kata laluan akaun yang terlibat.

2. Menukar kata laluan bagi mana-mana perkhidmatan lain sekiranya kata laluan yang sama turut digunakan.

3. Menghubungi Unit ICT di kampus masing-masing atau pihak yang berkaitan bagi mendapatkan bantuan lanjut.

4. Memantau akaun masing-masing dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan dengan segera.

UiTM melalui Jabatan Digital sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini, termasuk melaksanakan pelaporan kepada pihak penyedia perkhidmatan yang berkaitan bagi tujuan menyekat laman web tersebut serta menjalankan pemantauan berterusan bagi melindungi keselamatan sistem dan data warga universiti.

UiTM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan sistem ICT dan perlindungan data warganya. Semua warga universiti disaran agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan dalam talian serta hanya menggunakan saluran rasmi UiTM bagi urusan berkaitan sistem dan perkhidmatan universiti.

Sebarang pertanyaan atau laporan berkaitan insiden ini boleh disalurkan melalui saluran rasmi UiTM di https://aduan.uitm.edu.my.

Sekian, terima kasih.

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Tarikh: 8 Julai 2026

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan Salam SejahteraYBhg. Datuk / Dato' / Prof. / Tuan / Puan.Bersama-sama ini disertakan...
05/07/2026

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato' / Prof. / Tuan / Puan.

Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Timbalan Naib Canselor (HEP) Bilangan 9 Tahun 2026 berkaitan "Penangguhan Menjalankan Aktiviti Menjelang Peperiksaan Akhir Semester Mac 2026 - Ogos 2026 untuk rujukan YBhg. Datuk / Dato' / Prof. / Tuan / Puan.

Tarikh pelaksanaan ialah bermula pada 6 Julai 2026 sehingga 9 Ogos 2026.

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 6 Julai 2026.

Perhatian YBhg. Datuk / Dato' / Prof. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

ุงูˆุณู‡ุงุŒ ุชู‚ูˆู‰ุŒ ู…ูˆู„ูŠุง
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

b/p Timbalan Rektor HEP
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Unit Aktiviti Pelajar
UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
85000 Segamat
JOHOR
0136882229
079352013

Address

Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat, Jalan Universiti, Off KM12 Jalan Muar
Segamat
85000

Telephone

+6079352000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEP UITM Johor Kampus Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to HEP UITM Johor Kampus Segamat:

Shortcuts

Share