Majlis Sukan Kolej Komuniti

Directions Contact the university

Majlis Sukan Kolej Komuniti MASKOM bermaksud Majlis Sukan Kolej Komuniti

πŸ₯ˆ Silver Shines Bright! Tahniah Muhamad Yusry Saifullah (KK Santubong) atas kejayaan podium dalam acara 400m (L) Varsity...
03/10/2026

πŸ₯ˆ Silver Shines Bright!

Tahniah Muhamad Yusry Saifullah (KK Santubong) atas kejayaan podium dalam acara 400m (L) Varsity Track & Field 2026 Grand Final! Bangga dengan anda! πŸŽ‰πŸ”₯

Tahniah Regu Elit KKMAS A! πŸͺ΅βœ¨Satu perjuangan yang cukup sengit dan membanggakan di Kejohanan VSL Varsity Sepaktakraw Lea...
03/10/2026

Tahniah Regu Elit KKMAS A! πŸͺ΅βœ¨

Satu perjuangan yang cukup sengit dan membanggakan di Kejohanan VSL Varsity Sepaktakraw League Grand Final 2026! Walaupun rezeki tidak menyebelahi untuk merebut tempat ketiga dalam perlawanan penentuan yang mendebarkan di Akademi Sepaktakraw Malaysia, menduduki tempat keempat terbaik dalam kelompok elit universiti adalah satu pencapaian yang luar biasa! πŸ†

Terima kasih atas peluh, kerja keras, dan aksi bertenaga yang dipamerkan. Ini bukan penghujung, tetapi batu loncatan untuk bangkit lebih kuat pusingan seterusnya! πŸ’ͺπŸ”₯

Kredit Photo : Nizam Din Official Photographer VSL Grand Final

Tahniah diucapkan kepada atlet Kolej Komuniti atas kejayaan cemerlang di Varsity Track and Field Grand Final 2026! πŸ₯ˆπŸƒβ€β™‚️...
03/10/2026

Tahniah diucapkan kepada atlet Kolej Komuniti atas kejayaan cemerlang di Varsity Track and Field Grand Final 2026! πŸ₯ˆπŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

1. Muhamad Yusry Saifullah (KK Santubong) - Pemenang Pingat Perak bagi Acara 200M (L)

2. Aina Afiqah (KK Bandar Darul Aman) - Pemenang Pingat Perak bagi Acara 5000M (W)

Kejayaan ini adalah bukti kejituan usaha, disiplin yang tinggi, dan semangat kesukanan yang luar biasa. Seluruh warga Kolej Komuniti Malaysia berbangga dengan pencapaian anda berdua!
Semoga kejayaan ini terus membakar semangat untuk melangkah lebih jauh dan menjadi inspirasi buat semua pelajar lain. Syabas! πŸ‘βœ¨

πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨ PENTAS AKHIR KINI BERMULA! πŸ…βœ¨Kolej Komuniti KKMAS kini bersedia mengegarkan Varsity Track & Field 2026 Grand Final...
03/10/2026

πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨ PENTAS AKHIR KINI BERMULA! πŸ…βœ¨
Kolej Komuniti KKMAS kini bersedia mengegarkan Varsity Track & Field 2026 Grand Final di Stadium UPM, Serdang!

Ayuh kita berikan sokongan padu dan tiada belah bagi kepada kontinjen Kolej Komuniti Malaysia (KKMAS) yang akan berjuang habis-habisan bermula 2 hingga 4 Oktober 2026 ini.

Segala latihan keras, peluh, dan air mata bakal diterjemahkan di atas balapan. Tunjukkan taring korang dan bawa pulang kejayaan demi nama Kolej Komuniti Malaysia!! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ͺ

πŸ”₯ SELAMAT BERJUANG REGU KK MAS A! πŸ”₯Kibarkan semangat juang yang tinggi, kekalkan fokus, dan berikan aksi yang paling pad...
02/10/2026

πŸ”₯ SELAMAT BERJUANG REGU KK MAS A! πŸ”₯
Kibarkan semangat juang yang tinggi, kekalkan fokus, dan berikan aksi yang paling padu di gelanggang Akademi Sepaktakraw Malaysia pagi ini! 🏟️⚑
Ayuh, kita rampas dan bawa pulang kemenangan tempat ketiga! πŸ₯‰πŸ’ͺ Taruhkan segalanya, libas sampai menang! 🐯πŸ’₯

πŸš€πŸŽ“

06/09/2026
Tirai SUKIPT Ke-7 rasmi dilabuhkan!Suasana Dewan Tunku Canselor, UM meriah sempena Majlis Perasmian Penutup yang disempu...
06/09/2026

Tirai SUKIPT Ke-7 rasmi dilabuhkan!

Suasana Dewan Tunku Canselor, UM meriah sempena Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Segala penat lelah, jerih perih atlet dan jawatankuasa terbayar dengan kejayaan majlis yang berjalan lancar dan penuh warna-warni!

Tahniah buat semua pemenang dan juara! Sampai jumpa lagi di SUKIPT edisi seterusnya!

"Anak kancil berlari pantas,
Singgah berteduh di bawah kayu;
Sukan melatih jiwa yang cekas,
Badan cergas negara maju.

Terbang tinggi si burung tempua,
Hinggap sebentar di pohon jati;
Kalah dan menang adat biasa,
Semangat kesukanan semat di hati."








Pukulan Emas & Perak Buat KKMAS!Danau Golf Club UKM, Bangi menyaksikan kehebatan dan kebangkitan Pasukan Golf KKMAS!Tahn...
05/09/2026

Pukulan Emas & Perak Buat KKMAS!

Danau Golf Club UKM, Bangi menyaksikan kehebatan dan kebangkitan Pasukan Golf KKMAS!

Tahniah diucapkan kepada Ammer Aiman Bin Mohd Fauzi yang tampil penuh tenang, fokus, dan konsisten sehingga berjaya menggondol PINGAT EMAS bagi kategori Golf Gross Individu Lelaki!

Sorakan tahniah juga buat skuad Berpasukan Golf Gross Lelaki diwakili Ammer Aiman, Ammar Aiman, Akmal Aiman & Amir Irfan yang berjuang habis-habisan demi membawa pulang PINGAT PERAK buat kontinjen.

Terima kasih atas sumbangan pingat yang menceriakan kontinjen KKMAS.








Address

Segamat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Sukan Kolej Komuniti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Majlis Sukan Kolej Komuniti:

Shortcuts

Share