13/05/2026
FSKM UiTM Johor Lebar Sayap ke Indonesia Melalui Program Outbound Antarabangsa
FSKM UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menghantar delegasi pelajar Diploma Sains Komputer ke Program Outbound anjuran Fakultas Ilmu Komputer, Universitas Brawijaya (FILKOM), Indonesia pada 19 hingga 25 April 2026.
Program bertaraf antarabangsa ini menghimpunkan peserta dari Malaysia, Filipina dan Pakistan melalui pelbagai pengisian akademik, aktiviti kebudayaan serta lawatan pelancongan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi syarahan berkaitan teknologi dan AI, bengkel batik, dialog kepimpinan pelajar, lawatan kampus, aktiviti outbound di Lembah Tumpang serta lawatan ke Gunung Bromo.
Delegasi FSKM turut mempersembahkan tarian Zapin Johor semasa majlis penutup sebagai simbol memperkenalkan budaya Malaysia di peringkat antarabangsa.
Program ini berjaya memperluas jaringan antarabangsa, meningkatkan pengetahuan serta memperkukuh kemahiran insaniah dan profesional pelajar selaras dengan aspirasi global UiTM