12/01/2026
اَلْحَمْدُلِلّهِ
kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita dipertemukan lagi dengan satu tahun persekolahan yang baharu sesi 2026 di Maahad Tahfiz Sains Darul Ilmi.
Wahai anak,
kalian bukan sekadar pelajar biasa. Kalian adalah penjaga al-Quran, penuntut ilmu, dan bakal pemimpin ummah. Setiap langkah kaki kalian ke maahad ini adalah amanah. Setiap helaian al-Quran yang dibaca dan dihafaz, setiap ilmu yang dipelajari, semuanya akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT kelak.
Tahun baharu ini, jadikan ia tahun pembaikan diri.
Jika tahun lalu kita lemah dalam disiplin, perbaiki.
Jika hafazan belum kuat, pertingkatkan.
Jika adab dan akhlak masih longgar, perkemaskan.
Ingatlah, kejayaan tidak datang dengan niat sahaja, tetapi dengan istiqamah, sabar, dan doa.
semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua dan menjadikan kalian insan yang berilmu, berakhlak dan bermanfaat.
Doakan anak-anak soleh solehah kami dipermudahkan urusan mereka dalam mendalami ilmu Al-Quran.