Sijil Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Selandar

Sijil Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Selandar Platform bagi perkongsian info berkenaan Program Penyejukan & Penyamanan Udara yang ditawarkan di Ko

13/11/2025
13/11/2025

Temu bual eksklusif Utusan Malaysia bersama Puan Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid, Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK yang berkongsi lebih lanjut berkenaan TVET Tahfiz bentuk pelajar huffaz berkemahiran tinggi.


Iklan jawatan kosong.Kekosongan di Menara Kawalan Airport Batu Berendam, Melaka.Alumni SPU yang berminat bolehlah menghu...
14/12/2022

Iklan jawatan kosong.

Kekosongan di Menara Kawalan Airport Batu Berendam, Melaka.

Alumni SPU yang berminat bolehlah menghubungi Encik Hafizal (019-276 5460).

16/07/2022

Anda sedang mencari tempat belajar yang Kondusif ?🕵️ Kolej Komuniti Selandar adalah pilihan yang tepat untuk adik-adik lepasan SPM bagi merealiasikan impian kerjaya adik-adik semua.🎉🎉
Jangan buang masa adik-adik. 🧕🤵.
Jom sambung belajar di Kolej Komuniti Selandar. PENDAFTARAN sedang dibuka untuk ambilan OGOS 2022.
Kolej Komuniti adalah dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sepenuhnya milik kerajaan.
Kolej ini menawarkan 4 Bidang yang diiktiraf oleh pihak MQA.
📌Sijil Landskap(SLP)
📌 Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP)
📌Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)
📌Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU)
Syarat permohonan kemasukan :
✅ Warganegara Malaysia
✅ Lulus SPM (Bahasa Melayu & Sejarah)
Syarat Kelayakan tambahan
✅1 kredit mana-mana matapelajaran (Program SPP & SSK)
✅Lulus Matematik (Program SSK)
Elaun Bantuan RM 1800/semester juga disediakan utk pelajar yang layak. Anda tidak perlu gusar dengan yuran pengajian serendah RM200/semester.

Dengan syarat minima lulus Bahasa Melayu dan Sejarah sahaja anda boleh menyertai ambilan pelajar baharu Kolej Komuniti Selandar Sesi I 2022/2023.

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadi salah seorang juara TVET kami.

Daftar sekarang secara online klik pautan berikut:

https://bit.ly/PermohonanKemasukanKKSelandarv2
https://bit.ly/PermohonanKemasukanKKSelandarv2
https://bit.ly/PermohonanKemasukanKKSelandarv2

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi :
Pegawai Pengambilan Pelajar (Puan Siti Rohana Shamsudin) http://www.wasap.my/60136188861/daftarkolej
atau di talian 06-5253122





Terima kasih tidak terhingga Ts Mohd Fathi bin Ramli di atas jasa dan budi selama berkhidmat 16 tahun untuk Program Siji...
30/06/2022

Terima kasih tidak terhingga Ts Mohd Fathi bin Ramli di atas jasa dan budi selama berkhidmat 16 tahun untuk Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Selandar (SPUKKSL).

Selain sebagai pensyarah sepanjang bersama SPUKKSL, beliau juga telah memegang pelbagai jawatan penting di dalam program, termasuk pernah dilantik sebagai Ketua Program dalam tempoh yang agak lama.

Sesungguhnya SPUKKSL akan merasai satu kehilangan besar kerana beliau akan mula berkhidmat di Politeknik Kuching Sarawak sebagai Pensyarah Kanan mulai 4 Julai 2022.
Terima kasih dan selamat maju jaya.

Berlabuh sauh di Tanjung Jati
bawa bersama kain berlerang
patah tumbuh hilang berganti
manakan sama tuan seorang

Jasamu dikenang
1 September 2006 - 1 Julai 2022

Agak jarang terima perkhabaran alumni kami berjaya membuka syarikat penyelenggaraan penyamanan udara kenderaan, namun be...
18/06/2022

Agak jarang terima perkhabaran alumni kami berjaya membuka syarikat penyelenggaraan penyamanan udara kenderaan, namun beliau telah mampu buktikan.

Tahniah Fariz Haziq a.k.a Bob, alumni Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Selandar.

Semoga terus berjaya Faris Haziq bersama K.A Auto Cool Aircond Service.

Semoga berjaya kepada Fakhrul Alif bin Mohamad Halim mewakili Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, K...
10/06/2022

Semoga berjaya kepada Fakhrul Alif bin Mohamad Halim mewakili Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Selandar dalam penyertaan

Pertandingan Pra World Skill Malaysia Belia (WSMB) 2022
Refrigeration and Air Conditioning

yang akan berlangsung pada 11 Jun 2022 di Universiti Kuala Lumpur, Malaysia France Institute, Bangi Selangor.

Program Dialog Bersama Alumni Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Komuniti SelandarBertempat ...
02/06/2022

Program Dialog Bersama Alumni Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Selandar

Bertempat di SA Jannah Teguh Enterprise, Seremban Negeri Sembilan

Alumni terlibat

Mohamad Saiful Amri bin Mohd Yunus
Pemilik Syarikat SA Jannah Teguh Enterprise

Mohamed Hatta bin Janhuri
Pemilik Syarikat M&E Equipment Services

Zulkifly bin Bahrul Mazi
Pemilik Syarikat Jelati Enterprise

Muhammad Solihin bin Azman
Penyelia Juruteknik
Win Win M & E Sdn. Bhd

Mohd Fikhrie bin Mazlan
Juruteknik
KJ Technical Services

Program ini adalah anjuran bersama Program Sijil Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara dan Pegawai Alumni Kolej Komuniti Selandar

Kami pensyarah dan pelajar Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Selandar berada di Fe...
24/03/2022

Kami pensyarah dan pelajar Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Selandar berada di Felda Tun Ghafar, Bukit Senggeh hari ini bagi menjayakan Program Kongsi Rezeki Kolej Komuniti Melaka 2022.

Tugasan kami hari ini adalah menyelenggara penyamanan udara unit pisah di Masjid An - Nur, Balai Raya dan Bangunan Gerakan Persatuan Wanita.

Address

Kolej Komuniti Selandar, Kementerian Pendidikan Tinggi, Jalan Batang Melaka, Melaka
Selandar
77500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sijil Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara, Kolej Komuniti Selandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share