23/09/2026
Siapa yang dah tahu alif bulat ni apa tentu dia akan abaikan sahaja dalam bacaan kerana ia adalah alif ziyadah (alif tambahan).
Oleh itu huruf mim dibaca pendek sahaja dalam kalimah ู
ุงุฆุฉ.
Tapi kenapa sebenarnya ada alif tambahan ni ya kalau ia diabaikan dalam bacaan?
Tentu lah ada sebabnya iaitu dari segi penulisan. Menjawab persoalan ni kita perlu pergi kepada sejarah penulisan al Quran tu sendiri.
Sewaktu pembukuan mushaf al Quran ketika zaman khalifah uthman affan ayat al Quran ditulis tanpa baris dan titik kerana itulah penulisan bahasa arab ketika itu.
Seiring zaman apabila ramai orang bukan arab memeluk islam, tanda2 seperti baris dan titik diperkenal untuk mempermudahkan umat islam membaca quran.
Bayangkan huruf ุจ ุช ุซ ู asalnya tiada titik macam mana kita nak bezakan.
Untuk kalimah ู
ุงุฆุฉ menurut imam Abu Amru Ad Dani diletakkan alif ziyadah selepas huruf mim kerana untuk membezakan dengan kalimah ู
ูู
Kerana kalau tanpa alif ziyadah, kalimah ู
ุฆุฉ dan ู
ูู yang ditulis tanpa titik akan sama tulisannya iaitu berupa macam ini ู
ฺบู
Oh ya bentuk huruf hamzah asalnya tidak wujud ya๐
Dahulu huruf hamzah hanya wujud pada bacaan sahaja yang mana kemudiannya simbol huruf hamzah yang kita kenal harini dicipta oleh Khalil bin Ahmad al Farahidi.
Walaubagaimanapun saya nak panjangkan lagi tulisan ini. Sebenarnya pendapat kenapa alif ziyadah ditambah yang di atas sebenarnya dilemahkan oleh Ad Dani sendiri.
Imam Ad Dani mengemukakan dua pendapat dan beliau menguatkan pendapat yang kedua iaitu alif ziyadah diletakkan dalam kalimah ู
ุงุฆุฉ kerana ia menguatkan lagi dan menjelaskan sebutan huruf hamzah.
Huruf alif dipilih kerana alif lebih sinonim dengan huruf hamzah.
Hujah Ad Dani kenapa pendapat yang pertama lemah kerana kalau alif ditambah dalam kalimah ู
ุงุฆุฉ untuk membezakan dengan kalimah ู
ูู kenapa kalimah ู
ุงุฆุชูู juga ditambahkan alif.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan alif2 seperti ini jom daftar program fizikal di al Busyra Quran Center jumaat ni. Rujuk bahagian komen untuk info๐