PASTI Negeri Sembilan - Rasmi

Call Directions Website Contact the university

PASTI Negeri Sembilan - Rasmi Visi PASTI - Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting.

Selamat menjalani Kem Sahsiah Guru ( KSG ) kepada semua Guru Pelatih DPAK Semester 7,  ILPM Negeri SembilanProgram bermu...
22/10/2026

Selamat menjalani Kem Sahsiah Guru ( KSG ) kepada semua Guru Pelatih DPAK Semester 7, ILPM Negeri Sembilan

Program bermula dari 23 - 25 Oktober 2026, bertempat di
Akademi Kecemerlangan Minda & Fizikal (AKAL)
Felda Bukit Rokan

Semoga program Kem Sahsiah ini dapat dijalani oleh semua Guru Pelatih dengan semangat juang yang tinggi, dapat membina sahsiah guru yang terpuji dan menempuh segala cabaran demi amanah yang dipikul kerana Allah.

"Siiru Ala Barakatillah."

Ikhlas daripada,
Jabatan PASTI Negeri Sembilan

19/10/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππƒπ”πƒπ”πŠπˆ π”π‰πˆπ€π π‚π„π‹πˆπŠ πŒπˆππƒπ€ 𝟐𝟎𝟐6

Buat semua anak-anak PASTI berumur 5 & 6 tahun, semoga dipermudahkan menjawab dengan tenang, diberi kefahaman yang luas serta kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

πŸ“… Tarikh: 20 Oktober 2026
πŸ•£ Masa: 8.30 – 9.30 pagi
πŸ“ Tempat: PASTI cawangan masing-masing

Usaha dengan gigih, doa dengan sungguh, tawakal dengan penuh.

Ψ¨Ψ§Ω„ΨͺΩˆΩΩŠΩ‚ ΩˆΨ§Ω„Ω†Ψ¬Ψ§Ψ­ في Ψ§Ω„Ψ₯Ω…ΨͺΨ­Ψ§Ω†
"Semoga Allah memberi petunjuk dan kejayaan kepada anak-anak kita"

Melahirkan Generasi Celik Al-Quran




🌷 SELAMAT BERKURSUS GP SEMESTER 2 & 4 🌷Bismillahirrahmanirrahim 🀍Selamat menyambung pengajian  Kursus Diploma Pendidikan...
16/10/2026

🌷 SELAMAT BERKURSUS GP SEMESTER 2 & 4 🌷

Bismillahirrahmanirrahim 🀍

Selamat menyambung pengajian Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) Semester 2 & Semester 4 buat semua guru PASTI yang dikasihi. πŸ“šβœ¨

Semoga sepanjang kursus ini kita dipermudahkan dalam menimba ilmu, diberikan kefahaman yang baik serta memperoleh pengalaman yang bermanfaat untuk dibawa pulang ke PASTI masing-masing.

Teruslah melangkah dengan ikhlas, sabar dan istiqamah dalam mendidik anak-anak PASTI. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi amal jariah dan asbab lahirnya generasi yang soleh, pintar dan Rabbani.

Selamat berkursus dan selamat menimba ilmu!
Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus bersemangat hingga ke penghujung pengajian. πŸ’š

✨ Guru PASTI, pemangkin generasi Rabbani. ✨

Selamat berjuang, GP Semester 2 & 4! πŸ€²πŸ»πŸ’š

Jabatan PASTI Negeri Sembilan
Institut Latihan PASTI Malaysia

INGAT LAGI TAK SIAPA YANG JAGA KITA MASA KECIL DULU? πŸ₯ΉNak makan, muallimah.Nak tidur, muallimah.Nak ke tandas, muallimah...
14/10/2026

INGAT LAGI TAK SIAPA YANG JAGA KITA MASA KECIL DULU? πŸ₯Ή

Nak makan, muallimah.
Nak tidur, muallimah.
Nak ke tandas, muallimah.
Menangis, muallimah.
Merajuk, muallimah juga yang pujuk. ❀️

Dulu, kita datang ke PASTI dengan beg kecil dan langkah yang masih bertatih.

Di sinilah kita mula mengenal huruf, belajar mengaji, mengenal adab dan belajar menjadi insan.

Muallimah bukan sekadar mengajar kita membaca dan mengira. Mereka mendidik kita dengan penuh sabar, ketika kita sendiri belum mengerti betapa besarnya pengorbanan seorang guru.

Hari ini, kita sudah dewasa. Ada yang menjadi guru, doktor, jurutera, penjawat awam, usahawan, pempengaruh dan pelbagai lagi.

Namun, pernahkah kita terfikir…

Di sebalik perjalanan kita hari ini, ada insan yang pernah menjadi sebahagian daripada permulaan hidup kita.

Mungkin sudah tiba masanya kita kembali.
Bukan sekadar untuk mengenang kenangan lama, tetapi untuk menyumbang semula kepada tempat yang pernah mendidik kita.

Jika dahulu PASTI membentuk kita, hari ini, marilah kita bersama-sama membantu membentuk generasi seterusnya.

🌱 JOM DAFTAR SEBAGAI ALUMNI PASTI!

Kembalilah sebagai sebahagian daripada keluarga besar PASTI.

Kongsikan pengalaman, sumbangkan kepakaran dan hulurkan tenaga mengikut kemampuan kita.

Tak kisahlah apa pekerjaan kita sekarang. Setiap alumni ada nilai dan sumbangan tersendiri.

πŸ“Œ Daftar di sini:
https://forms.gle/N2wfr56uWnkYu7S7A

Dulu kita anak didik PASTI. Hari ini, kita berpeluang menjadi sebahagian daripada masa depan PASTI.

πŸ’š Sekali menjadi anak PASTI, selamanya kita sebahagian daripada keluarga PASTI.

Tag kawan-kawan lama yang pernah bersama-sama kita di PASTI. Jom ajak mereka kembali! πŸ‘‡

πŸ“ŒMEMO RASMI PEMAKLUMANAssalamualaikum wbt.PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN PASTI DI SELURUH NEGERI SEMBILANDimaklumkan bahawa se...
14/10/2026

πŸ“ŒMEMO RASMI PEMAKLUMAN

Assalamualaikum wbt.

PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN PASTI DI SELURUH NEGERI SEMBILAN

Dimaklumkan bahawa semua PASTI di seluruh Negeri Sembilan akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai 15 Oktober 2026 (Khamis), selaras dengan makluman pengoperasian sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sehubungan itu, semua pengurusan PASTI diminta memastikan pengoperasian berjalan lancar serta sentiasa memantau keadaan semasa dan mengambil langkah sewajarnya demi menjaga kesihatan serta keselamatan murid dan warga PASTI.

Sekian, terima kasih.

TERUS ISTIQAMAH MEMBINA GENERASI RABBANI

Pengarah
PASTI Negeri Sembilan

πŸ“Œ*MEMO RASMI PEMAKLUMAN*Assalamualaikum wbt.PEMAKLUMAN PENUTUPAN PENGOPERASIAN PASTI PADA 13 OKTOBER 2026Dengan segala h...
12/10/2026

πŸ“Œ*MEMO RASMI PEMAKLUMAN*

Assalamualaikum wbt.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN PENGOPERASIAN PASTI PADA 13 OKTOBER 2026

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa seluruh PASTI di Negeri Sembilan ditutup pada 13 Oktober 2026, berkuat kuasa pada tarikh tersebut.

Sehubungan itu, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)hendaklah dilaksanakan mengikut kesesuaian dan arahan pihak pengurusan PASTI. Semua warga PASTI juga dinasihatkan supaya mengutamakan kesihatan serta mematuhi arahan semasa.

Kerjasama semua pihak dalam memastikan pemakluman ini disampaikan kepada ibu bapa dan penjaga murid amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan _Jazakumullahu Khairan Kathira._

Sekian, terima kasih.

TERUS ISTIQAMAH MEMBINA GENERASI RABBANI

Pengarah
PASTI Negeri Sembilan

πŸŸ‘πŸ”΄ SELAMAT SAMPAI DI BUMI DARUL IMAN! πŸŸ‘πŸ”΄Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT!KONTINJEN PASTI NEGERI SEMBILAN SELAMA...
09/10/2026

πŸŸ‘πŸ”΄ SELAMAT SAMPAI DI BUMI DARUL IMAN! πŸŸ‘πŸ”΄

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT!

KONTINJEN PASTI NEGERI SEMBILAN SELAMAT TIBA DI TERENGGANU pagi tadi dengan selamat!

Perjalanan yang bermula malam tadi dari Seremban telah tiba di destinasi. Semua 34 orang Wira dan Wirawati cilik kita, guru-guru pengiring dan urusetia berada dalam keadaan sihat dan bersemangat!

Sejurus tiba, kontinjen kita sempat mengisi tenaga dengan sarapan pagi bersama secara santai sebelum bergerak ke penginapan dan sesi pendaftaran peserta di Stadium Tertutup Gong Badak.

Terima kasih atas doa-doa kalian semua. Semoga anak-anak kita terus diberi kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi pertandingan hari esok!

Doakan kejayaan mereka!

ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2026
πŸ“ Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu
πŸ“… 9 - 10 Oktober 2026

MEMBAWO SEMANGAT NOGORI, KITO MONANG, KITO JUARO! πŸ’›β€οΈπŸ–€




🚌 SELAMAT BERJUANG WIRA-WIRA N9! - MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN 🚌Alhamdulillah, malam tadi secara rasminya Kontinjen PASTI...
09/10/2026

🚌 SELAMAT BERJUANG WIRA-WIRA N9! - MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN 🚌

Alhamdulillah, malam tadi secara rasminya Kontinjen PASTI Negeri Sembilan telah selamat dilepaskan untuk berjuang di pentas kebangsaan!

Dengan iringan doa ibu bapa, guru-guru dan seluruh warga PASTI N9, bas yang membawa Wira & Wirawati cilik kita telah bertolak menuju ke:

ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2026
πŸ“ STADIUM TERTUTUP GONG BADAK, TERENGGANU
πŸ“… 9 - 10 OKTOBER 2026

Suasana penuh hiba dan semangat! Bendera PASTI dan Bendera Negeri Sembilan berkibar megah sebagai simbolik bermulanya misi besar kita!

Terima kasih Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan Ustaz Irsyaddudin b Mohd Fadhil bersama Pengarah PASTI N9 kerana sudi meraikan perlepasan Kontinjen Alam Ria PASTI N9 malam tadi.

Terima kasih jua kepada para ibu bapa, guru pengiring, urusetia dan semua yang hadir memeriahkan majlis pelepasan malam tadi.

Doakan perjalanan mereka selamat pergi dan balik, diberi kesihatan yang baik, ketenangan jiwa dan kejayaan cemerlang di Terengganu nanti.

Pergi membawa harapan, pulang membawa kejayaan!

*MEMBAWO SEMANGAT NOGORI, KITO MONANG, KITO JUARO!* πŸ’›β€οΈπŸ–€



08/10/2026

πŸ”₯ INILAH WIRA-WIRA KITA! KONTINJEN NEGERI SEMBILAN πŸ”₯

Dengan penuh rasa bangga, kami memperkenalkan BARISAN PAHLAWAN CILIK yang akan menggalas cabaran, membawa maruah dan semangat Negeri Sembilan ke pentas berprestij!

ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2026
πŸ“… 9 - 10 OKTOBER 2026
πŸ“ STADIUM TERTUTUP GONG BADAK, TERENGGANU

Inilah 34 Wira & Wirawati hebat kita yang telah berjuang dari peringkat kawasan hingga ke negeri:

🎀 ACARA INDIVIDU:
⭐ AZAN - Muhammad Rayyan bin Jumaat
⭐ BERCERITA (L) - Ahmad Adib Bin Ahmad Dhiyauddin
⭐ BERCERITA (P) - Naura Raissa Binti Mohd Redduan
⭐ HAFAZAN (L) - Muhammad Ariq Fayrell Bin Mohd Ashraf
⭐ HAFAZAN (P) - Anis Zukhaira Binti Shahril Hafifi
⭐ SAJAK (L) - Afiq Aqasha Bin Muhammad Irwan Kurniawan
⭐ SAJAK (P) - Nur Alya Safiyyah Binti Muhammad Syazwan
⭐ KHUTBAH - Amir Huzdaifah Bin Mohd Hazwan
⭐ PIDATO - Sofea Nadeera Binti Mohamad Shameer

🎢 ACARA BERKUMPULAN:
⭐ KALAM JAMAIE - PASTI As Syabab
⭐ NASYID - Kumpulan Soutul Saadah

Setiap seorang daripada mereka adalah permata PASTI Negeri Sembilan yang telah dilatih dengan penuh dedikasi. Doakan perjalanan mereka dipermudahkan, diberi ketenangan, kelancaran lidah dan keberanian di atas pentas kebangsaan!

Seluruh warga PASTI Negeri Sembilan berdiri teguh di belakang kalian!

Ayuh rakyat Negeri Sembilan, mari kita titipkan doa dan kata-kata semangat di ruangan komen untuk semua Wira Cilik kita!

MEMBAWO SEMANGAT NOGORI, KITO MONANG, KITO JUARO!πŸ’›β€οΈπŸ–€






---

Address

112-1, Jalan Lavender Heights 1, Pusat Perniagaan Lavender Heights
Senawang
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Negeri Sembilan - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to PASTI Negeri Sembilan - Rasmi:

Shortcuts

Share