Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan

Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR)

Syabas dan Tahniah✨
08/06/2026

Syabas dan Tahniah✨

MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA KEPAKARAN HANDAU, PENYAMPAIAN SIJIL DAN PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN KELAS I SI...
08/06/2026

MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA KEPAKARAN HANDAU, PENYAMPAIAN SIJIL DAN PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN KELAS I SIRI 83/26

SENDAYAN, 26 Mei 26 – Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Kepakaran HANDAU, Penyampaian Sijil dan Perasmian Penutup Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 83/26 bertempat di Dataran Munsyi, INSTAR. Seramai 42 Penuntut Kursus (PK) telah berjaya menamatkan kursus ini yang telah bermula pada 26 Jan 26 dan tamat pada 29 Mei 26.

Pegawai Memerintah INSTAR di dalam ucapannya mengingatkan kepada para penuntut agar praktikkan segala ilmu teori dan praktikal yang telah dipelajari sepanjang berkursus dengan sebaik-baiknya dan jadikan ianya sebagai panduan disepanjang bertugas di pangkalan/unit masing-masing. Beliau juga mengingatkan supaya sentiasa menjaga mutu kerja, menjaga disiplin diri, bersikap terbuka menerima teguran dan meningkatkan ilmu pengetahuan di sepanjang perkhidmatan. Beliau juga mengingatkan supaya sentiasa berintegriti serta jauhkan diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang negatif seperti berjudi, mengambil benda-benda terlarang seperti dadah yang mana boleh menjejaskan prestasi ditempat kerja dan juga disiplin diri.

Diakhir ucapan, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Penuntut Akademik Terbaik Kursus. Penerima Anugerah Penuntut Keseluruhan terbaik Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 83/26 telah dinobatkan kepada LU I Muhammad Nor Azani bin Abdul Rahman daripada PASKAU TUDM. Manakala Anugerah Penuntut Akademik terbaik telah disandang oleh LU I Muhammad Amirul Syafiq bin Md Nizam daripada Skn 214 HANDAU, PU Butterworth.

Beliau menyatakan bahawa kejayaan penuntut ini adalah sebagai contoh dan pendorong semangat kepada semua anggota untuk terus berusaha gigih dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada TUDM.

Turut hadir dalam majlis ini Adalah Mej Ahmad Syafiq bin Abdullah TUDM, Pemangku Ketua Bahagian Latihan, serta pegawai dan barisan jurulatih INSTAR.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penuntut kerana telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMBANTU PENTADBIRAN KELAS I SIRI 81/26 DAN KURSUS ASAS TETUANG SI...
05/06/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMBANTU PENTADBIRAN KELAS I SIRI 81/26 DAN KURSUS ASAS TETUANG SIRI 12/26

SENDAYAN, 25 Mei 26 - Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Perasmian Penutup Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 81/26 dan Kursus Asas Tetuang Siri 12/26. Seramai 43 x penuntut Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 81/26 dan 13 x penuntut Kursus Asas Tetuang Siri 12/26 telah berjaya menamatkan kursus masing-masing dengan jayanya.

Pegawai Memerintah INSTAR di dalam ucapannya mengingatkan kepada para penuntut agar sentiasa gunakan ilmu sepanjang berkursus dengan sebaik-baiknya dan jadikan ianya sebagai panduan disepanjang bertugas. Beliau juga mengingatkan agar sentiasa menjaga mutu kerja, menjaga disiplin diri, bersikap terbuka menerima teguran serta sentiasa bersifat inovatif, kreatif dan memiliki daya saing yang sihat.

Diakhir ucapan, Pegawai Memerintah mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Penuntut Akademik Terbaik Kursus.

Bagi Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 81/26, Penuntut keseluruhan terbaik telah dinobatkan kepada LU I (W) Wan Nor Zulaika Sofea binti Wan Mohd Zulkifli daripada INSPRA. Manakala penuntut akademik terbaik telah dinobatkan kepada LU I Fitri Irfan bin Abdullah daripada PU Jugra.

Bagi Kursus Asas Tetuang Siri 12/26 p**a, Penuntut keseluruhan terbaik telah dinobatkan kepada LU II Muhammad Farish Zukry bin Zakri daripada PU Butterworth. Manakala penuntut akademik terbaik telah dinobatkan kepada LU II Muhammad Naim bin Abu Bakar daripada Skn 222 HANDAU, KTU, Alor Star.

Beliau menyatakan bahawa kejayaan penuntut ini adalah sebagai contoh dan pendorong semangat kepada semua anggota untuk terus berusaha gigih dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada TUDM.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Mej Ahmad Syafiq bin Abdullah TUDM, Pemangku Ketua Bahagian Latihan INSTAR serta pegawai dan barisan jurulatih INSTAR.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penuntut kerana telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„-πŸ”πŸ– 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€.Ikhlas daripada Pegawai Memerintah dan seluruh wa...
31/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„-πŸ”πŸ– 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€.

Ikhlas daripada Pegawai Memerintah dan seluruh warga INSTAR.

Selamat Hari Raya Aidiladha Tahun 2026. Ikhlas daripada Pegawai Memerintah dan seluruh warga INSTAR
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha Tahun 2026. Ikhlas daripada Pegawai Memerintah dan seluruh warga INSTAR

LATIHAN MENEMBAK SENJATA BANTUAN FN MINIMI 7.62MM DAN BOM TANGAN HE HG 85KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN KELAS I SIRI 84/26GE...
23/05/2026

LATIHAN MENEMBAK SENJATA BANTUAN FN MINIMI 7.62MM DAN BOM TANGAN HE HG 85
KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN KELAS I SIRI 84/26

GEMAS, 18 - 21 Mei 26 – Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) melalui Sekolah Pembantu Pertahanan (SPP) telah melaksanakan Latihan Menembak Senjata Bantuan FN Minimi 7.62 mm dan Bom Tangan High Explosive Hand Gr***de 85 (HE HG 85) yang melibatkan 41 x Penuntut Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I (KPP Kls I) Siri 84/26.

Latihan telah dilaksanakan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas mulai 18 hingga 21 Mei 26. Latihan ini memfokuskan praktikal modul pengendalian Senjata Bantuan FN Minimi 7.62 mm dan Bom Tangan HE HG 85 sebagaimana yang terkandung dalam kurikulum Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I (Band 3).

Selain itu juga, ianya bertujuan memberi pendedahan serta menguji tahap kecekapan dan kemahiran penuntut dalam pengendalian senjata bantuan dan bom tangan serta melatih penuntut memupuk semangat kerjasama serta kerja berpasukan dalam melaksanakan latihan.

Kejayaan pelaksanaan latihan ini adalah hasil daripada komitmen tinggi serta persiapan rapi sebelum, semasa dan selepas latihan yang meliputi aspek fizikal dan mental penuntut dengan bimbingan berterusan daripada barisan jurulatih yang terlibat.

Latihan ini diketuai oleh Kapt Mohamad Salehin bin Md Shaffi PSSTUDM selaku Pegawai Latihan merangkap Pemangku Ketua Sekolah Pembantu Pertahanan, dengan sokongan padu daripada barisan jurulatih serta staf bantuan yang terlibat sepanjang latihan dilaksanakan.

Latihan ini juga turut dihadiri oleh Mej Muhammad Rezza bin Shaharuddin TUDM, Ketua Skn 221 HANDAU bersama 4 x Anggota mewakili Markas Rejimen TUDM sebagai Tim Pemerhati latihan bagi penyeragaman latihan menembak senjata bantuan yang akan dilaksanakan di setiap Skn/Flt HANDAU kelak.

Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan jutaan terima kasih kepada semua staf bantuan dari Pangkalan Udara Sendayan yang telah membantu sepanjang latihan ini serta tahniah kepada barisan jurulatih Sekolah Pembantu Pertahanan (SPP) INSTAR atas segala usaha yang telah disumbangkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penuntut Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 84/26 atas kejayaan menamatkan latihan ini dengan cemerlang. Diharapkan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas sebagai anggota Pembantu Pertahanan di unit masing-masing kelak.

Berilmu Berkhidmat.

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT ANJURAN SEKOLAH PEMBANTU PERTAHANAN SEMPENA LATIHAN MENEMBAK SENJATA BANTUAN DAN BOM...
17/05/2026

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT ANJURAN SEKOLAH PEMBANTU PERTAHANAN SEMPENA LATIHAN MENEMBAK SENJATA BANTUAN DAN BOM TANGAN HE HG KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN KELAS I SIRI 84/26

SENDAYAN, 14 Mei 26 - Sekolah Pembantu Pertahanan (SPP), Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) dengan kerjasama Penuntut Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 84/26 telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Latihan Menembak Senjata Bantuan FN Minimi 7.62mm dan Bom Tangan HE HG 85 yang akan dilaksanakan mulai 18 hingga 22 Mei 26 bertempat di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Sebelumnya, kelas teori serta dry run pengendalian Senjata Bantuan FN Minimi 7.62 mm dan Bom Tangan HE HG 85 telah dilaksanakan mulai 11 hingga 15 Mei 26 bertempat di Kubu Perwira INSTAR, PU Sendayan.

Majlis ini dilaksanakan bertujuan memohon keberkatan serta kelancaran latihan yang akan dilaksanakan. Semoga penganjuran majlis ini dan usaha Jurulatih SPP dan penuntut dalam mempersiapkan diri bagi menjalani latihan sebenar kelak mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala urusan latihan ini nanti.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR, Mej Muhammad Firdaus bin Md Anuar TUDM, Ketua Sekolah Pembantu Pertahanan, Kapt Mohamad Salehin bin Md Shaffi PSSTUDM, Pegawai Latihan serta barisan Pegawai, Jurulatih dan Staf INSTAR.

Semoga latihan yang akan dilaksanakan berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan dan dipermudahkan serta mendapat keberkatan oleh Allah SWT.

SELAMAT HARI GURUTerima kasih atas dedikasi, bimbingan dan pengorbanan tanpa henti dalam membentuk generasi yang berilmu...
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU

Terima kasih atas dedikasi, bimbingan dan pengorbanan tanpa henti dalam membentuk generasi yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti. Semoga segala usaha dan jasa semua jurulatih INSTAR mendapat keberkatan dan dihargai.

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KURSUS PEMBANTU PENTADBIRAN PENINGKATAN KELAS II SIRI 22/26Sendayan, 12 Mei 26 - Institut Pen...
13/05/2026

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KURSUS PEMBANTU PENTADBIRAN PENINGKATAN KELAS II SIRI 22/26

Sendayan, 12 Mei 26 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 22/26. Kursus ini bermula pada 11 Mei 26 dan dijangka akan tamat pada 28 Ogos 26. Majlis Perasmian Pembukaan ini telah disempurnakan oleh YBhg Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR bertempat di Dewan Al Fateh, INSTAR.

Seramai 24 penuntut telah terpilih untuk menghadiri kursus pada siri kali ini yang terdiri daripada 16 penuntut lelaki dan 8 penuntut Wanita.

Pegawai Memerintah INSTAR di dalam ucapan perasmian beliau mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani kursus kepada semua penuntut. Beliau turut mengingatkan para penuntut agar memanfaatkan sepenuhnya sesi pembelajaran di INSTAR demi mencapai objektif kursus masing-masing. Beliau juga mengingatkan kepada semua penuntut kursus agar tidak terlibat di dalam kes buli dan kes yang tidak bermoral yang boleh menjejaskan kerjaya dan perkhidmatan.

Turut hadir pada majlis ini adalah Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, Ketua Bahagian Latihan INSTAR bersama barisan pegawai dan jurulatih INSTAR.

Selamat menjalani kursus dan semoga semua penuntut kursus dapat menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya.

LATIHAN EKSESAIS WIRA MERAH 1 BAGI KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN PENINGKATAN KELAS II SIRI 26/26SENDAYAN, 4 Mei 26 – Sekola...
12/05/2026

LATIHAN EKSESAIS WIRA MERAH 1 BAGI KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN PENINGKATAN KELAS II SIRI 26/26

SENDAYAN, 4 Mei 26 – Sekolah Pembantu Pertahanan (SPP), Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Latihan Eksesais Wira Merah 1 yang melibatkan seramai 42 orang penuntut Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 26/26 bertempat di Bangunan PPHM, Pangkalan Udara Sendayan. Latihan ini telah bermula pada 30 Apr 26 hingga 4 Mei 26.

Latihan yang dilaksanakan ini merupakan salah satu komponen penting dalam meningkatkan tahap kompetensi, ketahanan mental dan fizikal serta kesiapsiagaan penuntut kursus dalam menghadapi situasi operasi sebenar. Sepanjang latihan berlangsung, para penuntut telah didedahkan dengan pelbagai bentuk latihan medan yang menekankan aspek disiplin, kepimpinan, komunikasi serta keupayaan bertindak secara pantas dan tersusun mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan.

Objektif utama latihan ini adalah untuk menguji tahap kecekapan dan kemahiran penuntut dalam melaksanakan penjejakan serta Military Operation in Urban Terrain (MOUT) secara berkesan. Selain itu, latihan ini juga turut memberi penekanan terhadap aspek pengendalian Operasi Pertahanan Darat yang merangkumi elemen penugasan, tatacara penyampaian maklumat, tatacara pelaksanaan operasi dalam situasi sebenar serta keupayaan membuat perkiraan keadaan dan keputusan yang tepat bagi memenuhi keperluan operasi semasa.

Di samping itu, latihan ini juga bertujuan membentuk semangat kerjasama berpasukan, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk nilai kepimpinan dan integriti dalam kalangan penuntut kursus. Setiap penuntut diuji dari aspek daya tahan, keupayaan menyelesaikan masalah serta kebolehan mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang kursus dalam suasana latihan yang mencabar dan realistik.

Pelaksanaan latihan ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan anggota serta memastikan setiap penuntut memiliki tahap profesionalisme dan kompetensi yang tinggi selaras dengan kehendak perkhidmatan dan keperluan operasi semasa TUDM.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penuntut Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 26/26 yang telah berjaya menamatkan Latihan Eksesais Wira Merah 1 dengan penuh semangat, dedikasi dan komitmen yang tinggi. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang latihan ini dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dengan sebaiknya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pada masa hadapan.

Address

Pangkalan Udara Sendayan
Sendayan Village
71950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan:

Share